Tuesday, April 22, 2008

WIRA DAN WIRAWATI SMA AL-QURAN WADDIN


Assalamualaikum dan Salam Kehebatan.....


Apa khabar anda semua peserta Kem Pemimpin Hebat 2008 yang baru berlangsung pada 19-20 April yang lepas? Bagaimana dengan ilmu-ilmu untuk menjadi pemimpin Hebat yang telah anda perolehi tempohari? Pastikan ianya sentiasa subur mekar dalam jiwa anda semua dan sentiasa meningkatkan semangat dalam diri kita untuk menjadi pemimpin yang Hebat. Sesungguhnya kurniaan terbesar yang Allah kurniakan kepada kita adalah akal fikiran. Dengan akal fikiran, kita boleh menjadi apa sahaja yang kita inginkan asalkan ianya mengikut jalan Sunnah dan Al-Quran. Jangan terlalu membataskan diri kita dengan pelbagai halangan yang kita bina sendiri. Anda semua telah buktikan kepada kami yang anda semua mempunyai bakat kepemimpinan yang boleh diasah lagi menjadi lebih baik dan berkesan pada masa akan datang. Seorang pemimpin yang beragama Islam mestilah mempunyai prinsip perjuangan yang jelas, matlamat yang padu, sentiasa berusaha dan tidak putus asa serta yang paling penting memiliki pemikiran yang tajam serta kreatif (inovatif). Anda telah buktikan semuanya!!!. Asas menjadi pemimpin yang hebat telah anda ketahui dan sekarang, terserah kepada anda untuk mengembangkan asas berkenaan. Landaskanlah ianya dengan iman yang padu serta semangat perjuangan yang tidak mengenal erti gagal. Anda Pasti Berjaya!!!!!!


Sambutlah SALAM KEHEBATAN DRI TEAM MINDA FIKIR HEBAT....HEBAT MINDA...HEBAT MEMIMPIN...HEBAT HATI....HEBAT BERIBADAH...TERUSKAN PERJUANGAN!!!!!!!!!!

Monday, April 21, 2008

PEMIMPIN MASA DEPAN SIGS


Salam Minda Fikir Hebat untuk semua...


Bagaimana anda sekarang? Adakah anda semua semakin bersemangat untuk menjadi pemimpin yang hebat? Tanpa melangkah selangkah, anda tak mungkin akan tiba ke destinasi yang dituju. Tahniah kepada semua peserta yang telah menunjukkan semangat yang MENYERLAH JAUH DARI YANG BIASA. Memang tidak silap guru anda memilih anda sebagai pemimpin di sekolah yang mempunyai sejarah kegemilangan yang tersendiri. Pasti sekolah anda berbangga mempunyai pemimpin seperti anda untuk menjadi PENYAMBUNG WARISAN KEGEMILANGAN yang dibina oleh pelajar yang terdahulu. Tingkatkanlah semangat memimpin setiap hari dan ingatlah, seorang pemimpin yang hebat memerlukan kekuatan mental dan fizikal. Jangan mudah putus asa dan bersedia menjalankan apa juga tugas yang diarahkan. Anda telah buktikan kepada kami dalam aktiviti TITANIC tempohari kan.


Semoga pemimpin SIGS terus Hebat dari hari ke hari. Berilah kerjasama penuh pada Ketua Pengawas anda. Lupakan soal kepentingan diri dan binalah kerjasama dan semangat berpasukan yang jitu antara anda.


SALAM KEHEBATAN DARI TEAM MINDA FIKIR HEBAT....HEBAT DAN TERUS HEBAT!!!!!

PEMIMPIN MUDA SK MAJIDI BAHRU


Assalamualaikum dan Salam Kehebatan kepada semua,


Apa khabar pemimpin-pemimpin hebat dari SK Majidi Bahru. Semoga bakat kepemimpinan yang anda miliki dan telah anda tonjolkan pada kursus sehari tempohari dapat digunakan dengan sebaik-baiknya untuk masa depan yang lebih gemilang. Teruskanlah berusaha memimpin pelajar-pelajar lain di sekolah adik-adik dan tunjukkan bahawa adik mempunyai keinginan yang tinggi untuk menjadi pemimpin yang berjaya. Selalulah tersenyum. Jangan lupa SENYUM 3 .....Semoga kita berjumpa lagi pada masa akan datang. Jangan malu untuk laungkan:


ANDA HEBAT????........YES!!!!

ANDA HEBAT????........YES...YES...!!!!!!!!!!!

ANDA HEBAT????........YES...YES...YES!!!!!!!!!!!

Sunday, April 13, 2008

KEM PEMIMPIN HEBAT SMK TANJUNG PUTERI RESORT


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...

Masih segar lagi ingatan anda pada Kem Pemimpin Hebat yang baru berlalu kan. Pastinya!!!!. Kami pun masih lagi teringat kenangan indah bersama pemimpin-pemimpin yang hebat dan 'nakal' dari SMK Tanjung Puteri Resort. Semoga semua peserta mendapat berbagai manafaat dari aktiviti-aktiviti yang telah anda lalui sepanjang kem ini. Memang sukar kan menjadi seorang pemimpin yang hebat. Mungkin anda boleh menjadi pemimpin yang biasa, tetapi untuk menjadi Pemimpin Hebat, anda memerlukan semangat dan kerjasama yang hebat juga dari semua yang terlibat. Buanglah semua sikap-sikap negatif yang boleh menjejaskan bakat kepemimpinan anda pada masa kini dan akan datang. Cuba melatih fikiran anda agar bersikap terbuka dan sentiasa sedia menerima tunjuk ajar dan teguran yang diberikan oleh orang lain khususnya guru-guru anda. Anda semua sepatutnya merasa bertuah kerana mempunyai guru-guru yang ikhlas ingin membantu anda berjaya menjadi pemimpin kepada diri sendiri dan masyarakat anda. Hormati dan sokonglah usaha-usaha mereka yang ingin menjadikan anda insan cemerlang dan hebat. Jadikanlah pengajaran segala apa yang telah anda pelajar di kem ini sebagai satu titik tolak untuk menjadikan anda MENYERLAH JAUH DAR YANG BIASA!!!!!. Ingat janji dan ikrar yang telah anda buat kepada kami semua. Jangan sekali-kali mudah mengalah dan sentiasalah berfikir untuk membuktikan bahawa anda akan mampu "STANDING IN THE EYES OF THE WORLD" pada satu hari nanti.


SALAM PEMIMPIN HEBAT DARI KAMI. MOGA TERUS MAJU DAN CIPTALAH SEJARAH UNTUK PERSATUAN ANDA PADA TAHUN 2008 INI !!!!!!!! BUKTIKAN LAH SEKARANG!!!!!!

KURSUS SEHARI PEMIMPIN HEBAT SMK AMINUDDIN BAKI


Salam Kepemimpinan Semua....

Bagaimana anda sekarang? Adakah semangat menjadi pemimpin yang telah ditunjukkan dalam kursus sehari itu masih lagi membara hingga kini? Kami harapkan anda dapat mengekalkan semangat perjuangan itu dan menambahkannya dari hari ke hari untuk mencapai tahap sebagai PEMIMPIN HEBAT pada satu hari nanti. Pastinya banyak perubahan yang anda lakukan untuk mengukuhkan lagi badan Pengawas di sekolah anda. Penelitian yang telah saya buat terhadap tindakbalas yang anda berikan menunjukkan anda merupakan pemimpin yang Hebat dan pihak sekolah tidak silap memilih anda untuk menjadi pemimpin di sekolah. Teruskanlah kehebatan ini!!! Jangan sia-siakan peluang yang telah diberikan oleh pihak sekolah kepada anda. Balas semua kepercayaan yang telah diberikan oleh pihak sekolah kepada anda dengan berbagai perubahan yang telah anda janjikan dalam Ikrar Pemimpin Hebat yang telah anda lafaskan di hadapan mereka tempohari. Anda mampu lakukannya. Gerakkan seluruh jentera kekuatan badan pengawas di sekolah, susun strategi semula dan kukuhkan kerjasama antara ahli. Buang sikap mementingkan diri sendiri kerana semua ahli juga ingin berjaya dalam akademik dan kerjaya pada masa akan datang. Ingat pesanan saya ini:

1. CIPTA SEJARAH UNTUK BADAN PENGAWAS TAHUN 2008 INI.

2. BERKHIDMATLAH DENGAN SEPENUH KEIHKLASAN HATI BUKAN KERANA NAMA ATAU SIJIL.

3. MENYOKONG KETUA ANDA DALAM MENJALANKAN APA-APA JUGA TUGAS SELAGI IANYA MEMBERIKAN KEUNTNGAN KEPADA BANYAK PIHAK.

4. MENJAGA NAMA BAIK SEKOLAH ANDA KERANA ANDA ADALAH CERMIN KEPADA SEKOLAH. BURUK ANDA BURUKLAH NAMA SEKOLAH ANDA.

5. SENTIASA BERFIKIRAN BAHAWA ANDA DILAHIRKAN SEBAGA INSAN YANG HEBAT.


Teruskan usaha. Teruskan Tekad. Teruskan Perjuangan. Teruskan Kehebatan.


Salam Perjuangan dari Team Minda Fikir Hebat.

Tuesday, April 8, 2008

KEM PEMIMPIN HEBAT SMK SERI KOTA PUTERI 2


SALAM KEPEMIMPINAN untuk semua peserta.....


Bagaimana anda semua ketika ini? Adakah anda telah merasakan bahawa diri anda telah menjalankan semua tugas-tugas yang telah dijanjikan semasa kem pemimpin hebat tempohari. Anda semua mempunyai bakat yang besar untuk menjadi pemimpin pada masa akan datang. Segalanya berada di tangan anda sendiri. Anda yang menentukan sejauhmana corak kepemimpinan yang akan anda pilih untuk memastikan anda terus dilihat unggul di pesada kepemimpinan anda. Adakah anda merasakan perkara-perkara seperti di bawah:

1. Anda sentiasa berfikir mengenai apa yang anda lihat

2. Anda ingin melihat dahulu barulah anda berfikir mengenainya.

3. Anda tidak berbuat apa-apa mengenai perkara yang anda lihat.

4. Anda sentiasa melihat dan berfikir tetapi tidak berbuat apa-apa tindakan untuknya.


Sebagai pemimpin, kekalkanlah sikap tidak mengenal erti putus asa dan sentiasalah berusaha untuk menjadi pemimpin yang hebat. Semua orang mampu lakukannya dengan syarat anda sentiasa FIKIR HEBAT. Semoga kita berjumpa lagi dalam keadaan yang lebih baik dari semalam dan sambutlah SALAM KEPEMIPINAN dari TEAM MINDA FIKIR HEBAT.


JUMPA ANDA DI PUNCAK KEHEBATAN!!!!!!

KEM PEMIMPIN HEBAT 2009 - SEKOLAH AGAMA SENAI UTAMA

KENANGAN BERSAMA PELAJAR SMP 4 SRI PINANG, INDONESIA

KURSUS EKSPLORASI KEPEMIMPINAN PEMIMPIN SMK TASEK UTARA 2009

KURSUS KEMAHIRAN BERPERSATUAN - SMKSETA 2009

PROGRAM INTEGRASI PESERTA PLKN SIRI 6 KUMPULAN 1 2009 - KEM WARISAN MASJID TANAH, MELAKA

KEM PEMIMPIN HEBAT 2009 - SEKOLAH AGAMA TAMBATAN TINGGI

KURSUS JURULATIH MODUL INTEGRASI PLKN SESI 1 2009

KURSUS INTENSIF LEPASAN SPM 2008 - KOLEJ SAL JB

MOTIVASI MINDA FIKIR HEBAT BERSAMA SEKOLAH AGAMA KOPOK BARU

KENANGAN TERINDAH KEM PENGGUGAHAN KENDIRI SMK TASEK UTARA 2008

MEMORI KEM IHYA' RAMADHAN 2008

Bersama Fasilitator Kem Ihya Ramadhan

Bersama Fasilitator Kem Ihya Ramadhan
Jasamu Tetap Dikenang

Kem Minda Fikir Hebat

Kem Minda Fikir Hebat
kenangan bersama Sekolah Sri Johor Bahru