Tuesday, January 27, 2009

SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA USTAZ JOHAR DAN AZEAN


Salam Kehebatan untuk semua...


Direnjis-renjis dipilis, ditepungi hai mawar, hai beras pulut ditabur, disiram si air mawar....Alhamdulillah pada 25 Januari 2009 yang lepas saya bersama isteri dan akan telah menghadiri majlis perkahwinan Saudara Mohd Johar dengan Azean di Tangkak, Johor. Rasa gembira kerana seorang lagi kawan dalam TMFH telah memasuki alam rumah tangga. Saya doakan agar anda berdua sentiasa dalam rahmat Allah dan dikurniakan cahayamata yang soleh dan solehah. Kehidupan rumah tangga amat berbeza dengan kehidupan sebelum ini kerana keutamaan telah beralih kepada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan sebagai pasangan suami isteri. Tanggungjawab sebagai ketua keluarga untuk mengemudi arah tuju keluarga bukan satu tugas kecil kerana bangun dan jatuhnya keluarga adalah berada di bahu suami. Sukar untuk kita menjangkakan apa yang berlaku pada masa depan tetapi kehidupan masa depan boleh dicorakkan mengikut apa yang dilakukan pada masa sekarang.


Saya mewakili semua warga Team Minda Fikir Hebat mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Ustaz Johar dan isteri, semoga bertambah berjaya dalam kehidupan dan dikurniakan dengan rezeki yang barkat. Hiasilah perkahwinan itu dengan penuh rasa kasih sayang, sikap bertolak ansur dan yang paling penting cuba memahami perasaan pasangan masing-masing. Tidak salah sesekali lelaki merendahkan ego dirinya jika ianya memberikan kebaikan dan manafaat kepada semua pihak. Salam kehebatan dan teruskan kehebatan di dunia dan terhebat di akhirat.

Sunday, January 18, 2009

SELAMAT BERKHIDMAT KEPADA SEMUA JURULATIH MODUL INTEGRASI PLKN SIRI 1 2009











Assalamualaikum dan Salam Sejahtera dan pastinya Salam Kehebatan...

Apa khabar cikgu-cikgu semua? Masih lagi teringat pertemuan kita pada 16-18 Januari 2009 di Hotel Crystal Crown Johor Bahru dalam program Latihan Jurulatih Program Khidmat Negara Modul Integrasi sesi 1 2009. Pertemuan selama 3 hari tersebut telah memberikan kita lebih kefahaman mengenai pentingnya integrasi diterapkan kepada semua kaum yang ada di negara Malaysia tercinta ini. Betapa uniknya negara Malaysia ini kan. Alangkah bertuahnya kita semua kerana telah dipilih daripada berjuta rakyat Malaysia untuk bersama-sama mencurahkan khidmat bakti kepada remaja-remaja yang akan menjadi tunjang kepada negara pada masa akan datang. Jutaan penghargaan khususnya kepada pihak Straza Corporation Sdn Bhd kerana telah memberikan kami semua peluang yang amat bernilai ini serta jutaan terima kasih yang tidak tergambar kepada Master Trainner, Cikgu Tengku Naufal atau TN, Cikgu Hasni, Cikgu Amir dan Cikgu Anita kerana telah memberikan kami pelbagai ilmu yang amat berguna untuk membantu kami mengendalikan wira dan wirawati di kem nanti Terima Kasih Cikgu.

Akhirnya, kepada semua cikgu-cikgu yang telah bersama-sama menjalani kursus ini diucapkan selamat berkhidmat dengan penuh dedikasi, tegas dan jangan lupa berkecindan dengan wira dan wirawati di kem nanti. Semoga Tuhan memberikan kita kekuatan untuk menyempurnakan tanggungjawab yang berat ini kerana apa yang kita lakukan nanti adalah untuk masa depan negara Malaysia yang tercinta ini. Buat Straza Corporation, insyaAllah kami akan memberikan yang terbaik untuk membalas kepercayaan yang telah anda berikan kepada kami sebagai jurulatih program PLKN Modul Integrasi ini.

Buat semua, hayatilah lagu Warisan ini dengan penuh penghayatan:

Warisan

Disini lahirnya sebuah cinta...
Yang murni abadi sejati...
Disini tersemai cita cita...
Bercambah menjadi warisan...

Andai ku terbuang tak diterima...
Andai aku disingkirkan...
Kemana harusku bawakan...
Kemana harusku semaikan cinta ini...

Betapa...Dibumi ini ku melangkah...
Keutara selatan timur dan barat...
Ku jejaki...

Aku...Bukanlah seorang perwira...
Gagah menjunjung senjata...
Namun hati rela berjuang...
Walau dengan cara sendiri...
Demi cinta ini...

Ku ingin kotakan seribu janji...
Sepanjang kedewasaan ini...
Ku ingin sampaikan pesanan...
Aku lah penyambung warisan...

KITALAH PENYAMBUNG WARISAN NEGARA MALAYSIA YANG TERCINTA!!!!

JURULATIH CEMERLANG
PELATIH GEMILANG
NEGARA TERBILANG

(Nota: Gambar semasa kursus boleh didapati dibahagian gambar di bawah blog ini)

Wednesday, January 14, 2009

KURSUS INTENSIF LEPASAN SPM YBJB 2008


Salam Kehebatan untuk semua...

Apa khabar peserta yang telah mengikuti program Kursus Intensif Lepasan SPM YBJB 2008 yang lepas? Agaknya di mana sekarang anda ye? Adakah anda sekarang ini telah bekerja atau anda masih lagi berada di rumah membantu keluarga menguruskan urusan seharian. Walau apapun yang anda lakukan pada ketika ini, saya harapkan anda dapat menggunakan segala ilmu yang telah anda pelajari semasa kursus selama 14 hari di Kolej Sal tempohari. Berbagai ilmu yang anda pelajari semasa di sana termasuklah mengenai Membina Laman Web dan Internet, Penguasaan Bahasa Inggeris dan berbagai lagi saya harapkan ianya tidak hanya seketika sahaja anda kuasai umpama angan-angan mat jenin. Walaupun anda pergi ke kursus tersebut dengan perbelanjaan yang sangat minima kerana telah dibiayai oleh YBJB, saya inginkan anda semua hargai segala ilmu yang diperolehi kerana semuanya itu adalah amat penting untuk masa depan anda khususnya pada zaman yang serba mencabar ini. Jangan habiskan masa sengang seharian dengan perkara-perkara yang tidak bermanafaat sebaliknya cuba mahirkan diri dengan penguasaan IT dan bahasa kedua khususnya bahasa inggeris.

Jadikan masa menunggu keputusan SPM ini sebagai masa yang paling berharga untuk anda menuntut seberapa banyak ilmu yang bermanafaat untuk anda gunakan pada masa depan khususnya ilmu berkenaan agama. Cuba dalami dan selalu muhasabah diri anda ketika ini. Renungkan kembali sewaktu sebelum anda mengambil peperiksaan SPM dulu, anda rajin bersolat fardhu dan solat hajat, mengaji dan selalu melakukan perkara-perkara yang sunat. Tetapi cuba lihat diri anda sekarang? Adakah ianya anda teruskan atau anda hanya ingatkan Allah ketika anda susah dan memerlukan-Nya sahaja. Saya harapkan anda tidak lupakan segalanya disebabkan anda sibuk melakukan sesuatu contohnya anda sibuk bekerja sehinggakan lupa waktu menunaikan solat fardhu dan solat jumaat (bagi lelaki). Sentiasa dekatkan diri dengan Allah kerana ianya akan membawa anda lebih tenang dan yakinlah bahawa kejayaan akan sentiasa bersama anda, jika anda tak berjaya di dunia, pastinya anda akan berjaya di akhirat.

Akhirnya, buat pelajar-pelajar lepasan SPM khususnya tajaan YBJB, saya harapkan anda sentiasa ingatkan matlamat yang anda inginkan dalam hidup. Ingat kembali program-program yang pernah anda bersama YBJB dulu dan segala pesanan saya ketika itu. Jadikanlah ianya sebagai penguat semangat anda untuk terus berjaya di dunia dan akhirat. Saya sentiasa doakan anda agar terus berjaya dalam apa juga bidang yang anda ceburi dan sentiasa ingat bahawa ANDA ADALAH HARAPAN KELUARGA UNTUK MENGUBAH TARAF HIDUP KEPADA YANG LEBIH BAIK PADA MASA AKAN DATANG. JANGAN SIA-SIAKAN HARAPAN MEREKA YANG MENGHARAP KEJAYAAN ANDA. JADILAH ANAK YANG HEBAT DI DUNIA DAN TERHEBAT DI AKHIRAT.


SELAMAT MEMULAKAN PERSEKOLAHAN TAHUN 2009




Assalamualaikum dan Salam Kehebatan untuk semua..


Apa khabar semua? Adakah anda masih lagi bersemangat dan Hebat untuk meneruskan persekolahan sesi baru tahun ini. Telah 2 minggu berlalu sesi persekolahan tahun 2009 dengan berbagai aktiviti dan kesibukkan yang anda alami di permulaan sesi ini. Antaranya dengan jadual waktu, kelas, pemilihan ketua kelas, sukan sekolah dan berbagai-bagai aktiviti. Adalah amat penting sekali untuk anda dapat membahagikan masa untuk mengikuti segala aktiviti ini kerana sepatutnya yang anda mesti tetapkan di awal sesi persekolahan ini adalah APAKAH MATLAMAT ANDA BERSEKOLAH TAHUN 2009 ini. Adakah anda telah menuliskan matlamat anda bersekolah pada tahun ini. Pelajar yang akan mengambil peperiksaan utama iaitu UPSR, PMR dan SPM pada tahun ini khususnya mestilah telah menetapkan matlamat persekolahan anda seawal cuti persekolahan ini kerana harapan yang tidak disertai dengan membina matlamat yang jitu akan berlalu begitu sahaja. Bagi pelajar-pelajar yang lain, anda juga mestilah menetapkan misi anda bersekolah tahun 2009 ini. Jangan anda semua membuat telalu banyak azam baru sedangkan anda tidak mampu mencapainya. Sebaliknya, biarlah azam itu satu tapi anda telah merancangnya dengan jitu dan mencapainya pada akhir tahun 2009 nanti.


Di kesempatan ini, saya bagi pihak semua Team Minda Fikir Hebat ingin mengucapkan SELAMAT MENEMPUH ALAM PERSEKOLAHAN TAHUN 2009 DENGAN PENUH KEHEBATAN DAN CIPTALAH SEJARAH TERBAIK BAGI DIRI ANDA TAHUN INI. Teruskan usaha dan NEVER NEVER NEVER NEVER NEVER SAY GIVE UP !!!!!!!!

KEM PEMIMPIN HEBAT 2009 - SEKOLAH AGAMA SENAI UTAMA

KENANGAN BERSAMA PELAJAR SMP 4 SRI PINANG, INDONESIA

KURSUS EKSPLORASI KEPEMIMPINAN PEMIMPIN SMK TASEK UTARA 2009

KURSUS KEMAHIRAN BERPERSATUAN - SMKSETA 2009

PROGRAM INTEGRASI PESERTA PLKN SIRI 6 KUMPULAN 1 2009 - KEM WARISAN MASJID TANAH, MELAKA

KEM PEMIMPIN HEBAT 2009 - SEKOLAH AGAMA TAMBATAN TINGGI

KURSUS JURULATIH MODUL INTEGRASI PLKN SESI 1 2009

KURSUS INTENSIF LEPASAN SPM 2008 - KOLEJ SAL JB

MOTIVASI MINDA FIKIR HEBAT BERSAMA SEKOLAH AGAMA KOPOK BARU

KENANGAN TERINDAH KEM PENGGUGAHAN KENDIRI SMK TASEK UTARA 2008

MEMORI KEM IHYA' RAMADHAN 2008

Bersama Fasilitator Kem Ihya Ramadhan

Bersama Fasilitator Kem Ihya Ramadhan
Jasamu Tetap Dikenang

Kem Minda Fikir Hebat

Kem Minda Fikir Hebat
kenangan bersama Sekolah Sri Johor Bahru