Wednesday, November 11, 2009

KEM MOTIVASI MINDA FIKIR HEBAT SK PASIR GUDANG 3



Assalamualaikum dan Salam Kehebatan...

Apa khabar adik-adik peserta Kem Motivasi Minda Fikir Hebat dari SK Pasir Gudang 3? PASTINYA HEBAT!!!! Masih ingat lagi 'tagline' program hari tu....PERHATIAN....SEDIA...SEDIA...HAITTTT....KHABAR...HEBAT....SENYUM...3....saya yakin anda semua masih lagi bersemangat setelah mengikuti program selama 2 hari 1 malam di Tiram Indah Village pada 7-8 Novamber 2009. Saya bagi pihak TMFH mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada pihak SK Pasir Gundang 3 khususnya kepada Guru Besar, Pn.Hjh. Zainon kerana telah memberikan sepenuh komitmen yang terbaik sepanjang program ini berlangsung, bersama-sama dengan pihak kami untuk memastikan program ini berjalan dengan lancar. Segala kerjasama cikgu amat saya hargai dan saya doakan agar SK Pasir Gudang 3 terus maju dan mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik, ko-kurikulum dan sahsiah murid-muridnya.

Program selama 2 hari ini cuba menggunakan pendekatan yang lebih menumpukan kepada pengubahan sikap peserta dari lalai kepada yang lebih berfokus dan mengetahui mengenai perlunya mereka menjadi insan yang berjaya. Pada awal pertemuan lagi saya telah menekankan tentang NIAT. Apa juga yang hendak dilakukan, mestilah dimulakan dengan NIAT. Jika anda masuk ke dalam kelas dengan niat hendak setakat belajar sahaja, niat anda masih lagi belum cukup lagi. Jadi anda mestilah memulakan niat dengan mengatakan bahawa AKU PERGI KE SEKOLAH NAK BELAJAR KERANA ALLAH / TUHAN. Niat yang sempurna akan mempengaruhi jiwa dan perasaan kita semua dalam melakukan apa juga pekerjaan. Dengan niat yang sempurna, anda akan mengetahui bahawa anda lebih ikhlas datang ke sekolah tanpa disebabkan oleh sesiapa atau sebarang paksaan.

Program ini juga cuba menunjukkan kepada setiap murid mengenai ERTI KEJAYAAN. Semua orang berhak untuk berjaya dan kejayaan akan datang hanya kepada orang yang rajin berusaha. Masihkah anda ingat formula H.E.B.A.T yang telah kita gunakan sepanjang kem ini. Untuk menjadi orang yang berjaya mestilah mempunyai HASRAT YANG BERSUNGGUH-SUNGGUH, EMOSI YANG TERKAWAL, BERANI UNTUK BERTINDAK, ATTITUDE/SIKAP YANG BAIK DAN TINDAKAN / TAWAKAL KEPADA ALLAH/TUHAN. Berbagai aktiviti telah anda jalani dengan cemerlang dan keseluruhannya menggambarkan bertapa pentingnya manusia itu untuk menjadi HEBAT.

Akhirnya, saya ingin berpesan kepada semua adik-adik yang telah mengikuti program ini agar sentiasa IKHLAS untuk berubah kerana TIADA ORANG YANG DAPAT MENGUBAH DIRI ANDA KECUALI DIRI ANDA SENDIRI. Anda semua akan tinggalkan bangku sekolah rendah dan anda akan melangkah kaki ke sekolah menengah. Pasti cabarannya berbeza dan segalanya terpulang kepada diri anda sendiri untuk menghadapinya.
Sekiranya anda gagal untuk menunjukkan prestasi terbaik di UPSR yang lalu, ingatlah banyak lagi peluang menanti anda di hadapan untuk anda buktikan kepada semua orang khususnya ibubapa anda yang ANDA JUGA BERHAK UNTUK HEBAT. Jika anda mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR, teruskanlah kecemerlangan itu kerana cabaran yang lebih getir lagi menanti anda di sekolah menengah khususnya di sekolah berasrama penuh nanti. Anda semua baru memulakan langkah yang pertama. Jalan yang berliku dan cabaran yang berbagai menanti anda di hadapan.
TERUSKANLAH LANGKAH KEJAYAAN ANDA DAN JANGAN TERUS MERATAPI KEGAGALAN LALU KERANA ORANG YANG BANGKIT SETELAH DIA JATUH ITU ADALAH SEBENARNYA ORANG YANG TELAH BERJAYA!!!!! AYUHHHHH.....BUKTIKAN LAH SEKARANG!!!!!!!!!!!!!!

Monday, October 26, 2009

Kursus Motivasi dan Jatidiri HEBAT Pelajar SPM 2009 Daerah Kota Tinggi, Johor

Assalamualaikum dan Salam Kehebatan pada semua.....

ANDA HEBAT??? YES.....HEBAT 1...YES...HEBAT 2...YES YES...HEBAT 3...YES YES YES SIRRRRR!!!!....

Demikianlah kata-kata semangat dalam GEMPUR HEBAT yang dilaungkan oleh calon-calon SPM seramai 190 orang dari 14 buah sekolah di Daerah Kota Tinggi. Pada 24 Oktober 2009 yang lalu, saya dan Team Minda Fikir Hebat (TMFH) telah berpeluang bersama-sama mereka dalam program yang dipanggil Kursus Motivasi dan Jatidiri Hebat Pelajar SPM 2009 yang dianjurkan oleh Pejabat MARA Daerah Kota Tinggi dan ditaja oleh Yayasan Pelajaran Mara (YPM). Program yang dijalankan selama sehari ini menitikberatkan kepada pemantapan semangat dan motivasi pelajar untuk menghadapi peperiksaan SPM yang akan bermula pada pertengahan bulan Novamber nanti. Antara unsur yang menjadi tumpuan utama dalam program ini adalah MENGENAL POTENSI DIRI, ERTI KEJAYAAN, BERSAMA GEMILANG DAN PENGORBANAN.

Walaupun program ini hanya dijalankan selama sehari sahaja, tetapi melalui soal selidik yang telah saya teliti mendapati bahawa semua pelajar kembali mendapat semangat baru untuk terus berjuang hingga berjaya khususnya dalam SPM yang akan datang. KEJAYAAN ADALAH MILIK SEMUA. SETIAP MANUSIA ADALAH BERHAK UNTUK BERJAYA. Melalui program ini, semua peserta telah diberikan pengalaman melalui aktiviti yang dijalankan mengenai erti kejayaan sebenar dan perkara yang sentiasa menghalang diri mereka untuk berjaya dengan lebih cemerlang dalam pelajaran dan hidup mereka. Satu sikap utama penghalang kejayaan yang saya kenalpasti melaui program ini adalah MUDAH PUTUS ASA (GIVE UP). Saya mengharapkan semua peserta ingat kembali mengenai tayangan multimedia berkaitan 'HERO' dan seorang insan bernama NICK VUJICIC, tidak pernah mengenal erti putus asa dalam hidup mereka kerana mereka meletakkan satu semangat dalam diri mereka iaitu 'EVERY ONE IS NO 1'. Mereka tidak dianugerahkan Tuhan dengan fizikal yang sempurna seperti kita semua tetapi mereka memiliki satu semangat juang yang jitu untuk terus mengharungi masa depan tanpa menangisi kegagalan lepas. Mereka menjadikan kegagalan yang lalu sebagai penguat semangat untuk terus mencipta kejayaan demi kejayaan dalam kehidupan mereka kerana mereka mengetahui bahawa 'TUHAN TIDAK AKAN MENGUBAH NASIB SESEORANG ITU KECUALI DIA YANG MESTI MENGUBAHNYA SENDIRI'.

Akhirnya, saya dan TMFH mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam program ini khususnya kepada Pn.Haslina dari Pejabat MARA Daerah Kota Tinggi dan seluruh pentadbirannya serta kepada YPM kerana sudi menaja program ini tidak lupa juga kepada semua pelajar yang telah memberikan 200% kerjasama kepada kami sepanjang program ini berlangsung. Saya doakan anda semua memperolehi kejayaan yang HEBAT dalam SPM 2009 nanti. Moga kita berjumpa satu hari nanti dalam keadaan yang lebih baik lagi dan buktikanlah bahawa ANDA PELAJAR TERBAIK YANG MAMPU MENCIPTA SEJARAH UNTUK SEKOLAH ANDA.....AYUHHHHH....BUKTIKAN KEMAMPUAN ANDA!!!!!!

KEM PEMIMPIN HEBAT 2009 - SEKOLAH AGAMA SENAI UTAMA

KENANGAN BERSAMA PELAJAR SMP 4 SRI PINANG, INDONESIA

KURSUS EKSPLORASI KEPEMIMPINAN PEMIMPIN SMK TASEK UTARA 2009

KURSUS KEMAHIRAN BERPERSATUAN - SMKSETA 2009

PROGRAM INTEGRASI PESERTA PLKN SIRI 6 KUMPULAN 1 2009 - KEM WARISAN MASJID TANAH, MELAKA

KEM PEMIMPIN HEBAT 2009 - SEKOLAH AGAMA TAMBATAN TINGGI

KURSUS JURULATIH MODUL INTEGRASI PLKN SESI 1 2009

KURSUS INTENSIF LEPASAN SPM 2008 - KOLEJ SAL JB

MOTIVASI MINDA FIKIR HEBAT BERSAMA SEKOLAH AGAMA KOPOK BARU

KENANGAN TERINDAH KEM PENGGUGAHAN KENDIRI SMK TASEK UTARA 2008

MEMORI KEM IHYA' RAMADHAN 2008

Bersama Fasilitator Kem Ihya Ramadhan

Bersama Fasilitator Kem Ihya Ramadhan
Jasamu Tetap Dikenang

Kem Minda Fikir Hebat

Kem Minda Fikir Hebat
kenangan bersama Sekolah Sri Johor Bahru