Thursday, July 30, 2009

YBJB & TMFH...JAUH DI MATA TAPI TETAP DI HATI....






Assalamualaikum dan Salam Kehebatan untuk semua warga YBJB di Johor Bahru. Apa khabar Bos (Pn. Juraidah), En Md Noh, Azli, Wan, Kak Aya, Izan, Izat dan Zul? Moga anda semua bertambah ceria dalam kesibukkan menguruskan tugas seharian. Hari ini genaplah 15 hari saya meninggalkan Yayasan Bandaraya Johor Bahru, tempat yang telah memberikan saya sejuta kenangan dan masa depan. Di YBJB lah saya belajar erti kehidupan dan ilmu mengenal diri dan masyarakat. Alhamdulillah, saya mengucap syukur kehadrat Allah kerana telah menemukan saya dengan semua rakan-rakan yang terbaik di YBJB, yang bukan setakat hanya kawan di pejabat, tapi seolah-olah menjadi ahli keluarga saya. Kemesraan yang telah dijalin sepanjang 12 tahun saya di sana amatlah akrab dan tidak dapat di gambarkan dengan kata-kata atau tulisan sebegini tetapi pastinya mereka yang berkenaan sahaja yang mengetahuinya.

Saya kini telah berada di tempat yang baru, serba serbi baru, rakan-rakan baru, pejabat baru, bos baru dan pastinya kehidupan yang baru. Walaupun kesesuaian masih lagi belum dapat diwujudkan seperti dahulu, namun di sini saya juga memiliki rakan-rakan yang baik dan saling tolong menolong antara satu sama lain. Pengarah yang 'sporting' dan saling berkomunikasi dengan semua staf dalam menjalankan apa juga tuasan. Alhamdulillah, kesyukuran ini saya panjatkan kepada Allah yang telah memudahkan perjalanan hidup saya selama ini. Yang pasti saya paling gembira adalah dapat bertemu setiap hari dengan keluarga saya yang dicintai dan sayangi iaitu isteri dan anak saya. Mereka adalah semangat bagi saya dan segala kesunyian selama ini apabila mereka jauh di mata telah terubat. Moga kebahagiaan ini akan menambahkan lagi kasih sayang antara kami sekeluarga.

Buat rakan-rakan di YBJB dan TMFH, perjuangan mesti kita teruskan walau di mana pun kita berada. Allah telah menciptakan masa kepada setiap hamba-Nya dan gunakanlah masa itu dengan sebaiknya. Sesungguhnya, kita sebagai manusia hanya merancang tetapi segala ketentuan itu adalah dari Allah. Di pagi jumaat yang indah ini, saya mengambil kesempatan untuk mengingatkan diri saya dan semua rakan-rakan mengenai beberapa perkara:

a) Ikhlaskanlah niat di hati kita semua dalam melakukan apa juga tugas kerana Allah.

b) Perjuangan yang sebenar adalah perjuangan untuk menyampaikan ilmu yang Allah telah pinjamkan kepada kita semua kepada orang lain dengan tujuan untuk bersama-sama menuju kebahagiaan dunia dan akhirat.

c) Masa yang paling berharga adalah masa yang kita gunakan untuk saling berpesan kepada kesabaran dan berpesan untuk kebenaran. Masa yang Allah berikan kepada kita adalah mencukupi untuk kita melakukan segalanya cuma kita yang tidak mampu untuk mengurus masa dengan betul dan berkesan.

d) Sentiasa muhasabah diri setiap hari atas segala kesalahan dan kesilapan yang telah kita lakukan kepada Allah dan kepada manusia.

e) Motivasikanlah diri kita setiap hari kerana setiap kali kita katakan diri HEBAT, sebenarnya kita telah bersyukur kepada Allah yang telah menjadikan diri kita dengan sepenuh kehebatan dari mula-mula kejadian dari setitis air mani, menjadi segumpal darah, menjadi daging dan tulang dan seterusnya menjadi manusia.

Akhirnya, semoga kita semua menjadi manusia yang sentiasa ikhlas dalam melakukan apa juga kerja yang telah menjadi amanah yang perlu dilaksanakan kerana Allah. Keikhlasan itu akan membentuk kekuatan hati, jiwa dan diri untuk melakukan yang terbaik, untuk kebaikan diri sendiri, keluarga, masyarakat, bangsa dan negara serta yang paling penting untuk menegakkan agama ALLAH di muka bumi ini.

SALAM KEHEBATAN DARI SAYA.....MrAzlan....TMFH & YBJB TETAP DI HATIKU.....

Tuesday, July 28, 2009

KEM MOTIVASI MINDA FIKIR HEBAT 2009- PERSATUAN PENDUDUK TAMAN MALURI JOHOR






Assalamualaikum dan Salam Kehebatan buat semua.....

Team Minda Fikir Hebat ingin mengucapkan sekalung penghargaan buat Ahli Jawatankuasa Penduduk Taman Maluri Johor yang diketuai oleh En. MOhd Rani kerana telah memberikan peluang kepada kami untuk mengendalikan Kem Motivasi Minda Fikir Hebat 2009 bagi anak-anak penduduk Taman Maluri dan kawasan sekitarnya. Kami amat berbangga kerana telah dapat menjalinkan hubungan yang baik dengan pihak Persatuan Penduduk Taman Maluri Johor dan semoga kerjasama ini akan terus terjalin sampai bila-bila. Sekalung penghargaan juga diberikan kepada pihak Tiram Indah Village dan Jabatan Kebajikan Masyarakat kerana telah terlibat dalam menjayakan program ini. Sesungguhnya, kerjasama yang Hebat antara kita semua pastinya akan menghasilkan satu gabungan yang mantap untuk melahirkan masyarakat yang penyayang dan Hebat.

Program yang dijalankan selama 2 hari 1 malam bermula pada 25-26 Julai 2009 ini adalah bertujuan utama untuk melahirkan pelajar yang mantap luaran dan dalaman, jasmani dan rohani atau fizikal dan spiritualnya. Program ini berkonsepkan 'BELAJAR DARI PENGALAMAN SENDIRI' adalah memberikan tumpuan kepada berbagai aktiviti dalam bentuk tugasan kumpulan dan setiap kumpulan dikehendaki untuk menyelesaikannya dalam peruntukan masa yang tertentu. Setiap aktiviti yang dijalankan adalah memerlukan kerjasama yang baik antara sesama ahli dah mereka perlu memastikan kumpulan mereka akan bergelar juara kelak.

Nilai positif yang dapat dilihat dalam program ini adalah semua peserta akan berpeluang untuk menunjukkan bakatnya masing-masing kerana dalam setiap aktiviti, tiada ahli yang boleh dikecualikan untuk terlibat. Oleh itu, mereka tidak boleh mementingkan diri sendiri sebaliknya sentiasa bertindak untuk memastikan kumpulan mereka menang.

Program ini diharapkan akan dapat memberikan kesan yang mendalam terhadap spiritual peserta dan diharapkan mereka dapat menimba seberapa banyak pengalaman dari program ini. Ingatlah AZAM IKRAR JANJI PELAJAR HEBAT yang telah anda laungkan. Saya harap akan bertemua anda dalam keadaan yang lebih baik dari sekarang. Ingat lagi Gempur Hebat dan Tepuk Hebat yang kita buat bersama-sama dalam program tersebut....semoga akan dapat menaikkan lagi semangat dan seterusnya prestasi anda dalam akademik di sekolah dan tugasan anda sebagai ahli keluarga yang sentiasa taat pada kedua ibubapa dan yang paling penting, JADILAH HAMBA YANG SENTIASA BERBUAT BAIK KEPADA ALLAH YANG MAHA PENCIPTA.

Jumpa lagi di lain kesempatan. MINDA ANDA BERTAMBAH HEBAT ANDAI SENTIASA FIKIR HEBAT. ANDA HEBAT?...YES....HEBAT 1...YES...HEBAT 2...YES YES....HEBAT 3...YES YES YES SIRRRRRR!!!

KEM PEMIMPIN HEBAT - SA TAMAN CEMPAKA JOHOR BAHRU








Assalamualaikum dan Salam Kehebatan buat semua...

Pada 25 Julai 2009 yang lalu, TMFH telah berada selama sehari di Sekolah Agama Taman Cempaka Johor Bahru untuk berkongsi ilmu dengan pemimpin-pemimpin muda seramai 70 orang. Terlebih dahulu ucapan ribuan terima kasih atas segala kerjasama yang telah diberikan oleh pihak pentadbiran Sekolah Agama Taman Cempaka terutama kepada Pn. Guru Besar kerana telah sudi menjemput kami untuk mengendalikan program Pemimpin Hebat ini. Terima kasih juga kepada semua guru yang telah membantu kami sepanjang program ini hingga program ini dapat dijalankan dengan lancar sebagaimana dirancangkan.

Negara kita amat memerlukan pemimpin yang karismatik dan mempunyai misi dan visi yang jelas dalam kepemimpinannya. Walaupun saya hanya bersama selama lebih kurang 4 jam dalam program ini, namun saya dapat melihat yang semua peserta telah menunjukkan satu usaha yang positif untuk cuba menjadi pemimpin yang Hebat di sekolah. Semangat dan kesungguhan dalam menghadapi cabaran dan kreatif terhadap sebarang permasalahan yang timbul menjadikan saya yakin, sekiranya bakat mereka terus digilap, tak mustahil satu hari nanti ada di kalangan mereka akan menjadi pemimpin yang Hebat.

Pemimpin-pemimpin muda SA Taman Cempaka sekelian, menjadi pemimpin bukanlah sesuatu yang kita boleh banggakan. Ianya adalah satu tanggungjawab yang terlalu berat untuk dilaksanakan kerana ianya merupakan amanah yang telah diberikan kepada anda sekelian. Jawatan pemimpin yang anda semua pegang bukanlah untuk bermegah-megah tetapi mestilah digunakan untuk melatih diri anda untuk belajar erti tanggungjawab dan cuba menjalankan tugas yang diberikan kepada anda sekarang. Jika anda mampu menjalankannya dengan baik dan berkesan, itu menunjukkan anda telah berjaya menjalankan sebahagian tanggungjawab sebagai pemimpin muda di sekolah. Apa yang penting dalam menjadi pemimpin adalah ' JAGALAH DISIPLIN DIRI ANDA TERLEBIH DAHULU SEBELUM ANDA MENJAGA DISIPLIN ORANG LAIN' dan 'PEMIMPIN ADALAH CONTOH KEPADA ORANG LAIN, JIKA BURUK YANG ANDA TUNJUKKAN, MAKA SEMAKIN BURUK LAH ORANG LAIN'. Oleh itu, jika anda telah bersedia untuk menjadi pemimpin, teruslah belajar ilmu kepemimpinan dan sentiasa ingat yang anda sentiasa menjadi perhatian dari orang lain.

MOga anda semua terus ceria dan sentiasa bantulah guru-guru anda untuk menjadikan Sekolah Agama Taman Cempaka menjadi SEKOLAH YANG HEBAT DAN BERSIDIPLIN. Jumpa lagi....

ANDA HEBAT?...YES...HEBAT 1...YES..HEBAT 2...YES YES...HEBAT 3...YES YES YES SIRRRR!!!!

KEM MOTIVASI MINDA FIKIR HEBAT - SA KAMPUNG AMAN & TASIK UTARA










Assalamualaikum dan Salam Kehebatan untuk semua
Team Minda Fikir Hebat telah berpeluang untuk bersama-sama pelajar-pelajar dari Sekolah Agama Kampung Aman dan Tasik Utara dalam program Kem Motivasi Minda Fikir Hebat yang dijalankan pada 18-19 Julai 2009 yang lalu. Program ini disertai oleh seramai 107 orang pelajar yang terdiri dari murid darjah 3 hingga 6 dari kedua-dua sekolah berkenaan. Ucapan ribuan terima kasih kepada pihak Sekolah Agama Kampung Aman dan Tasik Utara terutama kepada Guru Besar dan guru-guru yang telah bersama-sama menjayakan program ini sehingga segalanya berjalan lancar dan sebagaimana dirancangkan. Terima kasih juga kepada semua peserta kerana telah memberikan kerjasama yang cukup Hebat dan 'sporting' terhadap semua aktiviti yang kami jalankan. Tahniah buat anda semua!!!!! ANDA MEMANG HEBAT!!!

Program yang dijalankan selama 2 hari 1 malam ini menitikberatkan menaikkan semangat dan motivasi kepada diri setiap peserta agar menjadi pelajar yang sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan kerana KEJAYAAN ADALAH MILIK SEMUA. Kejayaan tidak ditentukan kepada sebahagian manusia yang telah berjaya sahaja tetapi Allah telah menciptakan kejayaan kepada semua hamba-Nya yang sentiasa berusaha untuk mencapainya. Perkara yang paling penting dimiliki oleh adik-adik semua adalah niat yang betul dalam apa juga yang dilakukan. Masihkah anda semua ingat terhadap cara untuk menetapkan niat di hati sebelum melakukan sesuatu conothnya belajar. Selama ini anda semua hanya mengatakan "AKU KE SEKOLAH UNTUK BELAJAR". Niat anda itu adalah tepat tetapi anda lupa sesuatu iaitu lupa dari mana datangnya ilmu yang anda ingin belajar tersebut. Oleh itu, saya telah mengajarkan anda semua mengenai berniat yang baru iaitu "AKU KE SEKOLAH UNTUK BELAJAR KERANA ALLAH". Amalkan pada setiap perlakuan anda dalam apa juga keadaan dan perkara. Insyaallah, apabila sesuatu yang anda lakukan dengan hati yang ikhlas, anda a semua akan mendapat berbagai manafaatnya termasuklah meguatkan iktikad kita semua kepada Allah, Pencipta Kita.

Perkara-perkara lain yang kami cuba sentuh adalah mengenai kesungguhan untuk cuba menunjukkan yang terbaik kepada orang yang mengharap kejayaan anda semua. Melalui slot ini, anda semua telah diingatkan semula mengenai tanggungjawab kepada ibubapa, guru, keluarga, agama dan akhirnya negara. Setiap apa juga tugas yang ada laukan anda perlu FORMULA H.E.B.AT. untuk dijadikan sebagai panduan kepada anda semua iaitu perlukan Hasrat yang bersungguh-sungguh jika ingin berjaya dalam apa juga bidang. Saya ucapkan tahniah juga khususnya kepada peserta yang baru berumur 9/10 tahun yang telah berani mencuba untuk 'JALAN MALAM' secara bersendirian. Semangat inilah yang ingin saya lahirkan dari setiap peserta yang mengikuti program di TMFH supaya ada semua mempunyai kepercayaan yang kukuh terhadap tanggungjawab sebagai anak, murid, rakan dan yang paling penting adalah tanggunjawab kepada Allah s.w.t.

Kami di TMFH tetap rindukan anda semua dan semoga kita jumpa lagi dalam program-program akan datang. SESUNGGUHNYA, KEJAYAAN ITU TIDAK AKAN DATANG DENGAN MUDAH KEPADA MEREKA YANG TIDAK BERSUNGGUH-SUNGGUH MENDAPATKANNYA. SEDIKIT PERUBAHAN DIRI ITU ADALAH LEBIH BAIK DARI ANDA HANYA BERANGAN-ANGAN UNTUK BERUBAH DAN HANYA MENANTI MASA UNTUK BERUBAH.
ANDA HEBAT!!!!!!! YES... HEBAT 1..YES...HEBAT 2...YES YES...HEBAT 3..YES YES YES SIRRRR!!!!!

KEM MOTIVASI MINDA FIKIR HEBAT - SA SUNGAI TIRAM 2009









Assalamualaikum dan Salam Kehebatan buat semua...

Alhamdulillah, bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana telah memberikan kami di TMFH kekuatan untuk meneruskan tugas sebagai hamba-Nya menyampaikan ilmu-ilmu milik Allah kepada hamba-Nya yang lain. Terlebih dahulu ucapan jutaan terima kasih kepada pihak pentadbiran di Sekolah Agama Sungai Tiram terutama Tuan Guru Besar kerana telah memberikan peluang selama 2 minggu untuk bersama dengan pelajar Darjah 6 dan Darjah Khas dalam program Kem Motivasi Minda Fikir Hebat. Program ini telah dijalankan pada 10-12 Julai 2009 bagi peringkat Darjah 6 dan 17-19 Julai 2009 bagi peringkat Darjah Khas. Terima kasih atas kepercayaan ini buat semua ustaz dan ustazah yang cukup 'sporting' dan menunjukkan kerjasama yang cukup HEBAT sepanjang program ini berlangsung. Kami berbangga kerana diberi peluang untuk bersama-sama dengan sebuah sekolah yang mempunyai ikatan kekeluargaan yang cukup HEBAT kerana sepanjang pemerhatian kami, semua warga di Sekolah Agama Sungai Tiram sama ada di peringkat pentadbir, pelajarnya dan ibubapa mempunyai hubungan yang rapat seperti satu keluarga bahagia. Mereka saling menyokong antara satu sama lain dan bekerjasama dalam banyak perkara. Sekaung tahniah dari saya dan TMFH!!!!!!

Program yang telah dijalankan ini berbeza sedikit dari segi pendekatan yang digunakan. Program untuk peserta Darjah 6 adalah ditumpukan kepada pembentukan minda yang sihat untuk menonjolkan sebanyak yang mungkin potensi minda yang boleh ditonjolkan oleh setiap peserta. Semua peserta diuji dengan pelbagai cabaran yang berbentuk mental dan fizikal. Pengisian rohani yang ditumpukan kepada merenung kembali erti tanggungjawab diri peserta kepada ibubapa, guru dan yang paling penting kepada Allah agar mereka sentiasa ingat bahawa Allah telah menjadikan mereka dengan sebaik kejadian dan hidup mereka bukanlah untuk di sia-siakan tetapi punyai tanggungjawab kepada orang lain.

Manakala program untuk Darjah Khas pula lebih menumpukan kepada pembinaan perisai diri secara luaran atau dalaman untuk menangkis segala cabaran-cabaran yang semakin hebat dialami oleh remaja sekarang ini. Sesuai dengan peringkat umur mereka itu antara 14-17 tahun, mereka adalah remaja yang terdedah secara langsung dengan segala permasalahan yang melanda negara dan dunia pada hari ini iaitu isu keruntuhan akhlak yang semakin membimbangkan. Oleh itu, program ini menumpukan aspek pembinaan jatidiri Hebat serta pengukuhan dalaman (spiritual) serta memberikan keyakinan yang lebih mantap mengenai siapa itu Maha Pencipta.

Kedua-dua program ini diharapkan dapat memberikan impak yang mendalam kepada diri dan jiwa setiap peserta. Kami di TMFH tidak mampu membuat anda semua terus untuk berubah menjadi yang terHebat, tetapi diri anda yang menetukan sama ada anda ingin berubah atau tidak. Keputusan adalah di tangan anda sendiri dan saya cukup yankin, perubahan itu akan menjadikan diri anda semua orang yang HEBAT!!!!!!! TERUSKAN BERUBAH DAN CIPTALAH SEJARAH TERBAIK DI SEKOLAH AGAMA SUNGAI TIRAM TAHUN 2009 INI....HEBAT 1...YES...HEBAT 2...YES YES...HEBAT 3...YES YES YES SIRRRRRRR!!!!!!!!!!!!!!!!!..

KURSUS MOTIVASI MINDA FIKIR HEBAT - SKPK PRINCE ELIZABETH












Assalamualaikum dan Salam Kehebatan untuk semua...

Apa khabar peserta-peserta HEBAT dari SKPK Prince Elizabeth Johor Bahru yang telah mengikuti program Minda Fikir Hebat pada 17 Julai 2009 yang lepas. Anda semua memang HEBAT!!!! Saya bersama-sama rakan TMFH iaitu Ustaz Abdul Halim dan Saudara Syahir telah berpeluang berprogram bersama dengan pelajar-pelajar buta dari SKPK Princes Elizabeth tempohari. Tidak ada kata-kata yang mampu kami ucapkan kecuali mengatakan ' ANDA SEMUA MEMANG HEBAT'. Saya cukup tersentuh melihatkan kesungguhan semua peserta mengikuti program yang dijalankan dari jam 8.00 pagi hingga 12 tengahari ini. Walaupun mereka tidak dapat berpeluang melihat keindahan dunia seperti yang orang normal alami, tetapi mereka mempunyai satu semangat yang tidak pernah mengalah dengan segala kekuarangan yang mereka miliki. Mereka tetap ingin berjaya sebagaimana yang dikecapi oleh orang lain dan itulah yang telah mereka tunjukkan kepada kami. Satu perasaan yang sukar digambarkan apabila melihat mereka menyambungkan straw-straw menjadi satu straw yang kukuh tanpa diberikan tunjuk ajar terlebih dahulu serta dapat mengimbangkan bola dengan baik dalam aktiviti hajaratul aswad. Sungguh tinggi kurnia Allah pada mereka ini dan paling meninggalkan kesan kepada saya hingga hari ini adalah, bila saya tanya 'Siapa yang rasa diri anda adalah HEBAT? Apa yang berlaku pada masa itu? Semua peserta mengangkat tangan menandakan mereka adalah HEBAT. Saya amat jarang berjumpa dengan situasi ini ketika mengendalikan peserta yang terdiri dari orang yang normal malah ada yang mengatakan diri mereka sederhana dan kurang HEBAT.

Program ini telah menginsafkan kepada kami semua mengenai "KEJAYAAN ADALAH MILIK SEMUA MANUSIA". Allah tidak akan menciptakan sesuatu itu dengan sia-sia dan tiada faedah sebaliknya setiap kelahiran manusia di dunia ini tela dijanjikan dengan rezekinya tersendiri. Tetapi mesti beringat ' FOR THINGS TO CHANGE, YOU MUST CHANGE FIRST' (Jika anda mengubah perkara-perkara yang lain, anda hendaklah mengubah diri anda sendiri terlebih dahulu'. Semoga kita semua mendapat sedikit pengajaran dari cerita ini dan teruskanlah perjuangan hingga anda mengerti erti perjuangan sebenar. Sentiasalah bersyukukur dengan apa yang Allah telah anugerahkan kepada kita kerana KITA HANYA MERANCANG, ALLAH YANG MENETKAN SEGALANYA. Sama-samalah kita doakan agar semua warga di SKPK Prince Elizabeth Johor Bahru akan diberikan limpahan rezeki dan ilmu dan mencapai cita-cita mereka.

Friday, July 24, 2009

PESAN DARIKU UNTUK SEMUA ADIKKU


Wahai semua adik-adik ku yang dikasihi dan disayangi…

Melalui ruangan ini, diriku ingin berpesan sesuatu buatmu…
Dirimu kini muda remaja, awasi setiap langkahmu, wajah manis dan manjamu pasti ramai yang tertawan dan tergoda, bukan melarang engkau bersuka dan bergembira, asalkan engkau tahu di mana batas-batasnya. Jangan sampai dirimu terlupa harapan dan cita-cita.

Wahai adik ku…Ibu dan ayahmu, selalu menaruh harapan yang tinggi agar engkau berjaya di masa hadapan. Jangan engakau kecewa dan sia-siakan harapan mereka…

Bila tiba waktu senja…Engkau pulang dari sekolah. Bergalas buku dibahu penuh keceriaan. Sesiapa yang melihat pasti merasa tertawan…Itulah adik ku…

Wahai adik ku…Engkau masih bersekolah. Harungi dan tempuhilah segala dugaan dan cabaran. Engkau akan ambil peperiksaan, agar senang masa depan.

Berikan tumpuan dengan sepenuhnya kepada pelajaranmu dan berusahalah bersungguh-sungguh. Kemudian barulah yang selainnya engkau serahkan kepada Yang Maha Esa.

Apabila dirimu berjaya…Selain ibu bapamu, guru-gurumu juga turut merasa gembira. Tetapi seandai sebaliknya…Jangan engkau rasa kecewa. Sekali engkau gagal, bukan bererti untuk selamanya…

Di hati semakkan bicara dan coretan diriku ini, walau di mana pun engkau berada…INGATLAH PESANAN INI AGAR ENGKAU MENJADI INSAN BERGUNA YANG TAAT PADA KEDUA IBUBAPA, GURU DAN YANG PALING PENTING KEPADA PENCIPTA YANG MAHA PENGASIH DAN PENYAYANG.

SALAM KEHEBATAN DARI SAYA.... mrAzlan

Monday, July 13, 2009

KURSUS MOTIVASI MINDA FIKIR HEBAT - SK CAHAYA BARU, MASAI JOHOR







Assalamualaikum dan Salam Kehebatan untuk semua... Pada 2 Julai 2009 yang lepas, TMFH telah diberikan peluang untuk mengendalikan program Motivasi Minda Fikir Hebat kepada murid-murid tahun 6 SK Cahaya Caru, Masai Johor. Walaupun saya tidak berpeluang untuk bersama dengan TMFH mengendalikan program ini, tetapi dari maklum balas yang diberikan oleh peserta dalam borang soal selidik telah memperlihatkan semangat yang membara telah ditunjukkan untuk mencapai kejayaan dalam peperiksaan nanti. Kesungguhan yang telah ditunjukkan oleh semua peserta melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan telah berjaya menimbulkan satu semangat baru untuk berubah menjadi murid yang lebih baik dan HEBAT. TAHNIAH saya ucapkan. Anda semua telah melafaskan ikrar janji untuk menjadi pelajar HEBAT dihadapan guru-guru anda dengan penuh semangat. Sematkanlah selalu ikrar tersebut agar ianya akan terus menjadi pendorong dan pencetus semangat dalam diri anda serta sentiasa berfikir untuk membuktikan kepada semua orang yang anda adalah orang yang Hebat di Dunia dan Terhebat di Akhirat. Akhir kata dari saya, semoga kita dapat bertemu pada satu hari nanti dan teruskanlah perubahan dalam diri anda setiap masa. Sentiasalah berasa bersyukur dengan apa yang anda ada dan berusaha untuk meningkatkan kemampuan diri ke tahap yang tertinggi yang mampu anda capai. Apa yang penting adalah minat dan kesungguhan yang anda tunjukkan untuk berjaya. BUKTIKANLAH PADA SEMUA ORANG!!!!!! MULAKAN LANGKAH HEBAT SEKARANG!!!!!! ANDA HEBAT...YES...HEBAT 1....YES..HEBAT 2...YES YES..HEBAT 3...YES YES YES SIRRRRRRRR!!!!!!

KEM PEMIMPIN HEBAT 2009 - SEKOLAH AGAMA SENAI UTAMA

KENANGAN BERSAMA PELAJAR SMP 4 SRI PINANG, INDONESIA

KURSUS EKSPLORASI KEPEMIMPINAN PEMIMPIN SMK TASEK UTARA 2009

KURSUS KEMAHIRAN BERPERSATUAN - SMKSETA 2009

PROGRAM INTEGRASI PESERTA PLKN SIRI 6 KUMPULAN 1 2009 - KEM WARISAN MASJID TANAH, MELAKA

KEM PEMIMPIN HEBAT 2009 - SEKOLAH AGAMA TAMBATAN TINGGI

KURSUS JURULATIH MODUL INTEGRASI PLKN SESI 1 2009

KURSUS INTENSIF LEPASAN SPM 2008 - KOLEJ SAL JB

MOTIVASI MINDA FIKIR HEBAT BERSAMA SEKOLAH AGAMA KOPOK BARU

KENANGAN TERINDAH KEM PENGGUGAHAN KENDIRI SMK TASEK UTARA 2008

MEMORI KEM IHYA' RAMADHAN 2008

Bersama Fasilitator Kem Ihya Ramadhan

Bersama Fasilitator Kem Ihya Ramadhan
Jasamu Tetap Dikenang

Kem Minda Fikir Hebat

Kem Minda Fikir Hebat
kenangan bersama Sekolah Sri Johor Bahru