Monday, December 29, 2008

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 1430H DAN 2009


Satu Muharam detik permulaan, perkiraan tahun Islam Hijrah, Penghijrahan Nabi dan umat Islam, Dari kota Mekah ke kota Madinah....begitulah lagu Maal Hijrah yang didendangkan kepada kita setiap tahun bila berubahnya tahun Hijrah. Telah lebih 1400 tahun penghijrahan Rasulullah dari Mekah ke Madinah sebagaimana yng telah kita ketahui dalam sejarah Islam. Ramai masyarakat yang mengambil endah perkara ini manakala ramai juga yang menganggapnya pertukaran tahun hijrah ini seperti berubahnya tahun masehi.

Tahun terus berlalu, bermakna usia kita semakin meningkat. Bagi pelajar pastinya anda akan berada pada darjah/tingkatan yang lebih tinggi menjelang sessi persekolahan baru pada 5 Januari 2009 nanti. Pastinya sekarang ini anda semua sedang sibuk dengan persiapan fizikal dan mental untuk menghadapi sessi persekolahan baru yang semakin mencabar. Di tengah kesibukkan anda membuat persiapan ini, terfikirkah kepada anda perkara-perkara ini:

a) Apakah prestasi akademik aku akan lebih baik pada 2009 nanti?
b) Apakah aku akan terus duduk di kelas yang terkebelakang sekali pada 2009 nanti?
c) Apakah cikgu akan menganggap aku sebagai pelajar yang bermasalah di sekolah?
d) Apakah mampu aku memikul tanggungjawab sebagai pelajar harapan sekolah pada 2009 nanti?
e) Apakah aku akan membaiki akhlak diri sepanjang 2009 nanti?
f) Apakah guru dan ibu bapa akan berbangga dengan aku pada tahun 2009 nanti?
g) Berapa banyak piala dan hadiah ganjaran kemenangan yang mampu aku perolehi pada 2009 nanti?
h) Berapa banyak duit mak ayah yang telah digunakan untuk menyekolahkan aku sepanjang 2009n nanti?
i) Berapa A yang boleh aku hadiahkan kepada ibubapa dan guru-guru yang sentiasa mengharapkan kejayaan aku selama ini?

dan banyak lagi persoalan yang akan menguji setakat mana kemampuan anda dalam meniti tahun 2009 nanti. Apakah pada akhir 2009 nanti diri akan akan lebih baik berbanding tahun 2008 yang lalu atau diri anda semakin teruk dan sukar dikawal. Segalanya adalah terletak dalam diri anda semua wahai pelajar-pelajar sekelian. Tepuk dada tanya iman bukannya tanya selera kerana bila tanya selera, semua benda yang kita nampak dan menarik, mesti kita ingin memilikinya atau mencubanya. Jadi tanyalah iman di dada anda. Selalulah berfikiran MINDA FIKIR HEBAT kerana apabila anda rangsang fikiran anda dengan sesuatu yang hebat pada setiap hari, pasti anda akan menjadi hebat pada satu masa nanti. Jika cita-cita anda belajar untuk mendapat 5A, 8/9A, 12,13,14,15,16A dalam SPM, katakanlah tiap hari pada diri anda yang TAK MUSTAHIL ANDA BOLEH MENCAPAINYA. Setelah itu, sulamilah matlamat anda dengan usaha yang tak kenal erti putus asa kerana KEJAYAAN BUKAN MUDAH!!!!!. Teruskan usaha anda!!!!! Semoga kita bertemu dalam program-program TMFH insyaAllah dan pastikan bila anda bertemu kami lagi, anda telah menjadi lebih baik dari tahun 2009.

Salam Kehebatan Untuk Semua!!!!!

Tuesday, December 23, 2008

TERIMA KASIH TUHANKU (ALLAH)



Terimakasih wahai Tuhanku
Yang sentiasa melimpahkan Rohmat-Nya
Membenarkan aku menghadap-Mu Tuhan
Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

Untuk bercakap dengan-Mu Tuhan
Mengizinkan kuminta pada-Mu
Memuja - memuji sepenuh hatiku
Memohon munajat pada-Mu Ya Rabbi

Terimakasih wahai Tuhanku
Yang sentiasa melimpahkan Rohmat-Nya
Membenarkan aku menghadap-Mu Tuhan
Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

Untuk bercakap dengan-Mu Tuhan
Mengizinkan kuminta pada-Mu
Memuja - memuji sepenuh hatiku
Memohon munajat pada-Mu Ya Rabbi

Tapi aku khwatir ketika menhadap-Mu
Tidak pula pandai beradab dengan-Mu
Aku mula bimbang kalau aku derhaka
Dalam ketaatan bukan Rohmat dari-MU yang kudapat
Tapi ku kan dapat kemarahan-Mu

Ya Rabbal Alamin
Maafkanlah Aku
Ya Rabbal Alamin
Maafkanlah Aku

Album : Terimakasih Tuhan
Munsyid : Mawaddah

Friday, December 12, 2008

KELAHIRAN CAHAYA MATAKU - NURUNNAJAH BTE NOR AZLAN








Assalamualaikum semua dan Salam Kehebatan walau di mana anda berada....Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini semoga lebih banyak perkongsian ilmu yang bermanafaat akan dapat dikongsikan bersama. Terima kasih kepada semua kawan-kawan dan sahabat-sahabat yang tidak putus-putus memberikan saya semangat untuk meneruskan perjuangan dakwah walau mungkin hasilnya tidak seberapa tapi mudah-mudahan di berkati Allah.




Alhamdulillah, pada tanggal 9 Disember 2008 tepat jam 05.58 petang telah lahir cahaya mata yang ditunggu-tunggu selama ini. Terasa terharu dan bersyukur atas limpah kurnia Allah s.w.t yang telah menanugerakan saya dan isteri seorang bayi perempuan yang sihat dan sempurna. Titisan air mata yang mengalir dipipi sewaktu mengazan dan qamadkannya menunjukkan bahawa sungguh tinggi kuasa Mu ya Allah kerana isteri saya terpaksa bergelut dengan kesakitan yang teramat selama hampir 11 jam di wad bersalin dan akhirnya setelah gagal melahirkan secara normal, pembedahan terpaksa dilakukan untuk menyelamatkan bayi berkenaan. Ketika itu, hanya Allah sahaja yang tahu betapa risaunya hati seorang ayah mengenangkan orang yang disayang terpaksa bertarung nyawa sendirian untuk melahirkan seorang zuriat. Subhanallah. Dan akhirnya, segala kerisauan dan bimbang itu lenyap semuanya bila melihat seorang bayi sedang menangis selamat dilahirkan di samping ibunya yang berwajah keletihan tetapi tenang. Ya Allah, terasa kecil rasa diri hamba Mu ini kerana tanpa bantuan Mu, segalanya ini tidak akan berlaku. Alhamdulillah..segala puji itu hanya bagi Allah, Tuhan pencipta sekelian alam.




Buat semua adik-adik dan pembaca blog ini, ketahuilah bahawa betapa susah payahnya seorang yang bernama ibu melahirkan kita semua ke dunia ini. Ibu terpaksa menyambung nyawa sendirian untuk melahirkan kita semua. Layakkah kita bila telah besar kita melawan kata ibu? layakkah kita ingkari kata ibu? layakkah kita derhaka kepada ibu? dan layakkah kita di gelar seorang manusia jika kita tidak menghormati insan yang terpaksa menyabung nyawa untuk melahirkan kita ke dunia ini? Ya Allah, ampunilah ibu kami.....Amin...Amin ya Rabbal Alamin...

Sunday, December 7, 2008

SALAM AIDILADHA






















Assalamualaikum dan Salam Kehebatan kepada semua...


Alhamdulillah dengan izin Allah esok kita akan sama-sama menyambut Hari Raya Aidiladha iaitu perayaan yang lebih dikenali sebagai hari raya korban. Teringat kembali saya kepada pengorbanan Akbar yang telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s kepada anaknya yang dikasihi, Nabi Ismail a.s. Begitu mulia pengorbanan yang telah dilakukan oleh mereka berdua dengan hanya berladaskan iman dan takwa yang menebal dalam diri iaitu menunjung kalimah ' TIADA TUHAN YANG DI SEMBAH SELAIN ALLAH'. Pengorbanan ini menunjukkan bahawa kita hanyalah hamba Allah yang sangat memerlukan kekuataan dari Allah untuk menjadi Hebat. Cuba kita renung kembali asal kejadian diri kita dari setitis air mani yang tak bernilai sehinggalah kita diberikan segala-galanya oleh Allah sehinggalah akhirnya kita menjadi manusia yang tinggi darjatnya berbanding dengan makhluk lain ciptaan Allah. Hebat sangat kejadian diri kita kan. Subhanallah. Selama lebih kurang 9 bulan Allah hidupkan kita di tempat yang amat gelap dan dipenuhi air tanpa sebarang bantuan dari peralatan moden dan canggih. Akhirnya sedikit demi sedikit kita bertambah sempurna sehinggalah kita menjadi manusia Hebat seperti sekarang ini. Lihatlah kejadian ini dengan mata hati nescaya kita semua akan merasai bahawa Allah menjadikan kita dengan penuh keHebatan dan kesempurnaan.


Tapi, apa yang telah kita lakukan untuk membalas pengorbanan yang telah Allah buat kepada kita selama ini. Adakah kita telah menjadi hamba yang mengaku dirinya bertakwa tetapi masih lagi sombong dengan Allah, adakah kita telah menjadi hanba yang mengaku dirinya beriman tetapi masih lagi meninggalkan solat lima waktu dan adakah kita telah menjadi hamba yang mengaku dirinya bertawakal tetapi kerap berputus asa dan mengatakan diri dilahirkan untuk gagal. Adakah kita......adakah kita......adakah kita....Oleh itu, saya ingin mengajak pada semua untuk menghayati erti pengorbanan yang telah kita lakukan untuk menunjukkan yang kita adalah hamba Allah yang bersyukur dengan segala kenikmatan yang telah diberikan selama ini. Apakah kita sanggup meninggalkan solat hanya kerana ingin bermain bola sepak bersama rakan, adakah kita sanggup meninggalkan solat hanya kerana takut rambut cantik kita basah kerana mengambil wudu' atau adakah kita sanggup meninggalkan solat hanya kerana melihat rakan-rakan yang bersama kita tidak bersolat. Marilah kita insafi bersama segala pengorbanan kita untuk melawan nafsu jahat dan diganti dengan akhlak yang mulia dan menjadi hamba Allah yang bertakwa. Hidup hanya sementara kerana bila-bila masa Allah akan menjemput kita untuk kembali menemuinya semula sebagaimana permulaan kita dulu. Mudah-mudahan kita semua termasuk dalam golongan hamba-Nya yang mendapat petunjuk taufik hidayah. InsyaAllah.


Di kesempatan ini saya dan keluarga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha. Semoga kehadiran hari raya ini akan dapat mengeratkan lagi ukhuwah antara kita dan bersama-samalah kita MEMBINA MINDA FIKIR HEBAT!!

KEM PEMIMPIN HEBAT 2009 - SEKOLAH AGAMA SENAI UTAMA

KENANGAN BERSAMA PELAJAR SMP 4 SRI PINANG, INDONESIA

KURSUS EKSPLORASI KEPEMIMPINAN PEMIMPIN SMK TASEK UTARA 2009

KURSUS KEMAHIRAN BERPERSATUAN - SMKSETA 2009

PROGRAM INTEGRASI PESERTA PLKN SIRI 6 KUMPULAN 1 2009 - KEM WARISAN MASJID TANAH, MELAKA

KEM PEMIMPIN HEBAT 2009 - SEKOLAH AGAMA TAMBATAN TINGGI

KURSUS JURULATIH MODUL INTEGRASI PLKN SESI 1 2009

KURSUS INTENSIF LEPASAN SPM 2008 - KOLEJ SAL JB

MOTIVASI MINDA FIKIR HEBAT BERSAMA SEKOLAH AGAMA KOPOK BARU

KENANGAN TERINDAH KEM PENGGUGAHAN KENDIRI SMK TASEK UTARA 2008

MEMORI KEM IHYA' RAMADHAN 2008

Bersama Fasilitator Kem Ihya Ramadhan

Bersama Fasilitator Kem Ihya Ramadhan
Jasamu Tetap Dikenang

Kem Minda Fikir Hebat

Kem Minda Fikir Hebat
kenangan bersama Sekolah Sri Johor Bahru