Sunday, May 31, 2009

KEM MOTIVASI MINDA FIKIR HEBAT SK NONG CHIK 2009












Assalamualaikum dan Salam Kehebatan buat semua....

Pada 15-17 Mei 2009 yang lepas, TMFH telah diberikan kepercayaan untuk mengendalikan program Kem Motivasi MFH di SK Nong Cik, Johor Bahru. Program ini diadakan untuk membangikitkan lagi semangat semua murid untuk berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan UPSR 2009. Berbagai pendekatan secara luaran dan dalaman telah digunakan oleh TMFH untuk memastikan objektif program tercapai. Saya berharap agar FORMULA HEBAT yang digabungkan dengan Kemahiran Belajar Berkesan iaitu MENGULANGKAJI, MEMBUAT LATIHAN DAN MERUJUK yang telah diajarkan kepada semua murid yang mengikuti program ini dapat digunakan dalam mendapatkan kecemerlangan yang diimpikan. Ingatlah bahawa semasa program saya telah menekankan beberapa perkara iaitu untuk berjaya, adik-adik mestilah menjaga hubungan dengan 5 pihak ini iaitu HUBUNGAN DEGAN ALLAH, HUBUNGAN DENGAN IBUBAPA. HUBUNGAN DENGAN GURU, HUBUNGAN SESAMA RAKAN DAN HUBUNGAN DENGAN JIRAN. Jika adik-adik semua dapat menjaga hubungan ini, saya cukup yakin bahawa adik-adik akan mudah untuk beroleh kejayaan yang diimpikan tersebut.





Adik-adik semua, sesuatu kejayaan itu bukannya mudah, ianya memerlukan pengorbanan dan disiplin diri yang tinggi. Setiap manusia yang telah berjaya di dunia ini telah mengalami cabaran dan dugaan untuk berjaya. Ada yang sanggup meninggalkan kesenangan diri hanya untuk mencari sebuah kejayaan. Oleh itu, kejayaan akan jadi mudah jika kita semua mempunyai kekuatan dalaman yang HEBAT. Langkah pertama untuk menjadikan dalam kita menjadi HEBAT adalah anda mestilah sentiasa berfikir MINDA FIKIR HEBAT. Manusia adalah kejadian Allah yang terhebat antara semua makhluk yang dicipta-Nya. Cuma manusia sahaja yang suka merendah-rendahkan kemampuan diri sendiri. Jangan berfikiran sebagai manusia gagal walau anda berada di kelas yang terbelakang dari rakan-rakan yang lain. YANG MEMBEZAKAN ANTARA ORANG BERJAYA DAN GAGAL ADALAH USAHANYA. Oleh itu, teruskanlah berusaha untuk mencapai kejayaan yang anda impikan.

Buat semua warga SK Nong Chik Johor Bahru, terima kasih kerana sudi memberikan kepercayaan kepada saya dan rakan-rakan untuk mengendalikan program ini. Kepada Cikgu Badrul yang menjadi tulang belakang program ini, ikhlas dari hati sy...SYABAS, ANDA ADALAH INSAN HEBAT!!!. Buat semua pelajar Tahun 6 SK NOng Chik JB, jadikanlah tahun 2009 ini sebagai tahun yang bersejarah kerana anda telah mencipta sejarah menjadikan SK Nong Chik sebagai yang terHebat di Johor Bahru. HEBAT 1...YES, HEBAT 2..YES YES, HEBAT 3....YES YES YES SIR!!!!!!!

TAKLIMAT KELAS PERSEDIAAN PEPERIKSAAN YBJB 2009







Assalamualaikum dan Salam Kehebatan

Pada 10 Mei 2009, saya telah mengadakan satu taklimat Kelas Persediaan Peperiksaan kepada semua penerima-penerima Skim Anak Angkat YBJB 2009. Program ini merupakan program yang dijalankan untuk memberikan peluang kepada pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan di Bandaraya Johor Bahru mendapat peluang pendidikan secara kelas tuisyen. Program ini adalah dikhususkan kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR,PMR dan SPM tahun 2009 ini. Antara matapelajaran yang diajarkan adalah Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains (UPSR dan PMR), Matematik Tambahan, Sains Teras dan Kimia (SPM). Program ini dijalankan pada setiap hari Ahad bermula jam 8.30 pagi hingga 02.00 petang di SMK Tasik Utara 2. Saya mengharapkan program ini akan dapat membantu semua pelajar-pelajar yang terlibat untuk meningkatkan lagi prestasi mereka dalam akademik dan dapat mengubah diri mereka agar lebih cemerlang lagi pada masa akan datang. Buat semua pelajar tajaan Yayasan Bandaraya Johor Bahru, SELAMAT MENGIKUTI PROGRAM KELAS PERSEDIAAN PEPERIKSAAN 2009, TINGKATKAN DISIPLIN DIRI DAN TERUSKAN BERUSAHA MENJADI INSAN YANG HEBAT DI DUNIA DAN TERHEBAT DI AKHIRAT!!!!

KEM MOTIVASI MINDA FIKIR HEBAT SK LAKSAMANA, KOTA TINGGI, JOHOR
















Assalamualaikum dan Salam Kehebatan..

Apa khabar adik-adik di SK Laksamana, Kota Tinggi Johor. Maaf dari saya kerana lambat memasukan cerita Kem Motivasi MFH yang diadakan pada 8-9 Mei 2009. Saya mengharapkan adik-adik semua masih lagi bersemangat dan meneruskan kesungguhan untuk berubah sebagaimana yang telah ditunjukkan tempohari. Masih ingatkah lagi Formula H.E.B.A.T yang telah saya ajarkan kepada adik-adik? Jika anda semua inginkan kejayaan dalam apa juga bidang, anda mestilah mempunyai HASRAT YANG BERSUNGGUH-SUNGGUH. Hasrat ini melambangkan matlamat yang ingin dicapai digabungkan dengan keinginan dan minat yang mendalam terhadap apa yang diimpikan. Jika adik mengimpikan kejayaan 5A dalam UPSR, adik-adik mestilah mempunyai hasrat yang bersungguh-sunggh untuk mendapatkannya. Selain itu juga, kejayaan juga mestilah dimulakan dengan EMOSI YANG TERKAWAL. Saya mengharapkan agar anda semua bijak untuk mengawal emosi diri kerana emosi yang tidak terkawal akan menyebabkan kehidupan anda seharian terasa tertekan dan stress. Adik-adik juga mestilah BERANI UNTUK BERTINDAK iaitu berani mencuba untuk mengubah kebiasaan diri dari malas kepada lebih rajin. Jika selama ini adik selalu tidak memberikan tumpuan sepenuhnya semasa guru mengajar di kelas, jika adik inginkan kejayaan, adik perlu untuk memberikan tumpuan sepenuhnya semasa guru mengajar dan bertanya sekiranya tidak faham. Seterusnya, formula yang saya berikan adalah ATTITUDE / SIKAP YANG BAIK iaitu kejayaan akan hanya hadir kepada mereka yang mempunyai disiplin diri yang tinggi kerana hanya itu sahaja jalan untuk menjadikan diri seseorang boleh dihormati dan mampu menghadapi semua cabaran yang datang. Dan akhirnya, setelah semuanya formula di atas tadi adik gunakan, TINDAKAN DAN TAWAKAL perlu dilakukan kerana kita jangan jadi orang yang hanya pandai merancang untuk berjaya tetapi tidak boleh melaksanakan peranangan itu dengan baik dan berkesan.

Sebagai akhirnya, saya mewakili semua warga TMFH mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak SK Laksamana, Kota Tinggi kerana memberikan kepercayaan kepada saya dan rakan-rakan untuk bersama-sama murid-murid cikgu. Kenangan bersama anda semua tidak akan kami lupakan selamanya dan kami doakan agar SK Laksamana akan mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR tahun 2009 ni dan tahun-tahun seterusnya. AMinnnnn

KEM PEMIMPIN HEBAT 2009 - SEKOLAH AGAMA SENAI UTAMA

KENANGAN BERSAMA PELAJAR SMP 4 SRI PINANG, INDONESIA

KURSUS EKSPLORASI KEPEMIMPINAN PEMIMPIN SMK TASEK UTARA 2009

KURSUS KEMAHIRAN BERPERSATUAN - SMKSETA 2009

PROGRAM INTEGRASI PESERTA PLKN SIRI 6 KUMPULAN 1 2009 - KEM WARISAN MASJID TANAH, MELAKA

KEM PEMIMPIN HEBAT 2009 - SEKOLAH AGAMA TAMBATAN TINGGI

KURSUS JURULATIH MODUL INTEGRASI PLKN SESI 1 2009

KURSUS INTENSIF LEPASAN SPM 2008 - KOLEJ SAL JB

MOTIVASI MINDA FIKIR HEBAT BERSAMA SEKOLAH AGAMA KOPOK BARU

KENANGAN TERINDAH KEM PENGGUGAHAN KENDIRI SMK TASEK UTARA 2008

MEMORI KEM IHYA' RAMADHAN 2008

Bersama Fasilitator Kem Ihya Ramadhan

Bersama Fasilitator Kem Ihya Ramadhan
Jasamu Tetap Dikenang

Kem Minda Fikir Hebat

Kem Minda Fikir Hebat
kenangan bersama Sekolah Sri Johor Bahru