Sunday, April 13, 2008

KURSUS SEHARI PEMIMPIN HEBAT SMK AMINUDDIN BAKI


Salam Kepemimpinan Semua....

Bagaimana anda sekarang? Adakah semangat menjadi pemimpin yang telah ditunjukkan dalam kursus sehari itu masih lagi membara hingga kini? Kami harapkan anda dapat mengekalkan semangat perjuangan itu dan menambahkannya dari hari ke hari untuk mencapai tahap sebagai PEMIMPIN HEBAT pada satu hari nanti. Pastinya banyak perubahan yang anda lakukan untuk mengukuhkan lagi badan Pengawas di sekolah anda. Penelitian yang telah saya buat terhadap tindakbalas yang anda berikan menunjukkan anda merupakan pemimpin yang Hebat dan pihak sekolah tidak silap memilih anda untuk menjadi pemimpin di sekolah. Teruskanlah kehebatan ini!!! Jangan sia-siakan peluang yang telah diberikan oleh pihak sekolah kepada anda. Balas semua kepercayaan yang telah diberikan oleh pihak sekolah kepada anda dengan berbagai perubahan yang telah anda janjikan dalam Ikrar Pemimpin Hebat yang telah anda lafaskan di hadapan mereka tempohari. Anda mampu lakukannya. Gerakkan seluruh jentera kekuatan badan pengawas di sekolah, susun strategi semula dan kukuhkan kerjasama antara ahli. Buang sikap mementingkan diri sendiri kerana semua ahli juga ingin berjaya dalam akademik dan kerjaya pada masa akan datang. Ingat pesanan saya ini:

1. CIPTA SEJARAH UNTUK BADAN PENGAWAS TAHUN 2008 INI.

2. BERKHIDMATLAH DENGAN SEPENUH KEIHKLASAN HATI BUKAN KERANA NAMA ATAU SIJIL.

3. MENYOKONG KETUA ANDA DALAM MENJALANKAN APA-APA JUGA TUGAS SELAGI IANYA MEMBERIKAN KEUNTNGAN KEPADA BANYAK PIHAK.

4. MENJAGA NAMA BAIK SEKOLAH ANDA KERANA ANDA ADALAH CERMIN KEPADA SEKOLAH. BURUK ANDA BURUKLAH NAMA SEKOLAH ANDA.

5. SENTIASA BERFIKIRAN BAHAWA ANDA DILAHIRKAN SEBAGA INSAN YANG HEBAT.


Teruskan usaha. Teruskan Tekad. Teruskan Perjuangan. Teruskan Kehebatan.


Salam Perjuangan dari Team Minda Fikir Hebat.

No comments:

KEM PEMIMPIN HEBAT 2009 - SEKOLAH AGAMA SENAI UTAMA

KENANGAN BERSAMA PELAJAR SMP 4 SRI PINANG, INDONESIA

KURSUS EKSPLORASI KEPEMIMPINAN PEMIMPIN SMK TASEK UTARA 2009

KURSUS KEMAHIRAN BERPERSATUAN - SMKSETA 2009

PROGRAM INTEGRASI PESERTA PLKN SIRI 6 KUMPULAN 1 2009 - KEM WARISAN MASJID TANAH, MELAKA

KEM PEMIMPIN HEBAT 2009 - SEKOLAH AGAMA TAMBATAN TINGGI

KURSUS JURULATIH MODUL INTEGRASI PLKN SESI 1 2009

KURSUS INTENSIF LEPASAN SPM 2008 - KOLEJ SAL JB

MOTIVASI MINDA FIKIR HEBAT BERSAMA SEKOLAH AGAMA KOPOK BARU

KENANGAN TERINDAH KEM PENGGUGAHAN KENDIRI SMK TASEK UTARA 2008

MEMORI KEM IHYA' RAMADHAN 2008

Bersama Fasilitator Kem Ihya Ramadhan

Bersama Fasilitator Kem Ihya Ramadhan
Jasamu Tetap Dikenang

Kem Minda Fikir Hebat

Kem Minda Fikir Hebat
kenangan bersama Sekolah Sri Johor Bahru