Monday, May 5, 2008

KEM PEMIMPIN HEBAT SMK KOMPLEKS SULTAN ABU BAKAR (KSAB)


Assalamualaikum semua pemimpin-pemimpin muda SMK KSAB...


Bagaimana anda sekarang? Apakah kesan program yang telah anda ikuti tempohari ke atas kepemimpinan anda di sekolah? Berbagai ilmu dan kemahiran menjadi pemimpin telah anda perolehi dalam Kem Pemimpin Hebat yang lepas kan. Apakah semangat berpasukan yang tinggi masih lagi anda kekalkan sehingga sekarang. Segalanya berada di tangan anda sekarang. Gunakanlah segalanya dengan cara yang terbaik. Kekalkan sikap bekerjasama dan tidak mengenal erti putus asa serta berjuang dan terus berjuang untuk satu matlamat iaitu mencipta sejarah di sekolah anda pada tahun 2008 ini. Bina pasukan anda sebagai pasukan yang mantap dari segenap sudut. Buktikan walaupun anda berasal dari keluarga yang kurang berkemampuan dan kurang pendedahan terhadap ilmu kepemimpinan, tapi anda mampu menunjukkan prestasi yang membanggakan setiap hari. Banggalah dengan sekolah anda dan sentiasa berusaha menaikkan nama guru-guru anda kerana tanpa mereka, sukar untuk anda berada pada tahap sekarang.


Akhirnya.....ingat IKRAR PEMIMPIN HEBAT yang telah anda lafaskan dihadapan guru-guru anda tempohari. Jadikan ianya sebagai ingatan dalam minda anda kerana anda semua mampu menjadi PEMIMPIN HEBAT pada satu masa nanti. Teruskan berusaha dan jangan mudah putus asa.


SALAM KEHEBATAN DARI TEAM MINDA FIKIR HEBAT...

No comments:

KEM PEMIMPIN HEBAT 2009 - SEKOLAH AGAMA SENAI UTAMA

KENANGAN BERSAMA PELAJAR SMP 4 SRI PINANG, INDONESIA

KURSUS EKSPLORASI KEPEMIMPINAN PEMIMPIN SMK TASEK UTARA 2009

KURSUS KEMAHIRAN BERPERSATUAN - SMKSETA 2009

PROGRAM INTEGRASI PESERTA PLKN SIRI 6 KUMPULAN 1 2009 - KEM WARISAN MASJID TANAH, MELAKA

KEM PEMIMPIN HEBAT 2009 - SEKOLAH AGAMA TAMBATAN TINGGI

KURSUS JURULATIH MODUL INTEGRASI PLKN SESI 1 2009

KURSUS INTENSIF LEPASAN SPM 2008 - KOLEJ SAL JB

MOTIVASI MINDA FIKIR HEBAT BERSAMA SEKOLAH AGAMA KOPOK BARU

KENANGAN TERINDAH KEM PENGGUGAHAN KENDIRI SMK TASEK UTARA 2008

MEMORI KEM IHYA' RAMADHAN 2008

Bersama Fasilitator Kem Ihya Ramadhan

Bersama Fasilitator Kem Ihya Ramadhan
Jasamu Tetap Dikenang

Kem Minda Fikir Hebat

Kem Minda Fikir Hebat
kenangan bersama Sekolah Sri Johor Bahru