Friday, December 12, 2008

KELAHIRAN CAHAYA MATAKU - NURUNNAJAH BTE NOR AZLAN








Assalamualaikum semua dan Salam Kehebatan walau di mana anda berada....Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini semoga lebih banyak perkongsian ilmu yang bermanafaat akan dapat dikongsikan bersama. Terima kasih kepada semua kawan-kawan dan sahabat-sahabat yang tidak putus-putus memberikan saya semangat untuk meneruskan perjuangan dakwah walau mungkin hasilnya tidak seberapa tapi mudah-mudahan di berkati Allah.




Alhamdulillah, pada tanggal 9 Disember 2008 tepat jam 05.58 petang telah lahir cahaya mata yang ditunggu-tunggu selama ini. Terasa terharu dan bersyukur atas limpah kurnia Allah s.w.t yang telah menanugerakan saya dan isteri seorang bayi perempuan yang sihat dan sempurna. Titisan air mata yang mengalir dipipi sewaktu mengazan dan qamadkannya menunjukkan bahawa sungguh tinggi kuasa Mu ya Allah kerana isteri saya terpaksa bergelut dengan kesakitan yang teramat selama hampir 11 jam di wad bersalin dan akhirnya setelah gagal melahirkan secara normal, pembedahan terpaksa dilakukan untuk menyelamatkan bayi berkenaan. Ketika itu, hanya Allah sahaja yang tahu betapa risaunya hati seorang ayah mengenangkan orang yang disayang terpaksa bertarung nyawa sendirian untuk melahirkan seorang zuriat. Subhanallah. Dan akhirnya, segala kerisauan dan bimbang itu lenyap semuanya bila melihat seorang bayi sedang menangis selamat dilahirkan di samping ibunya yang berwajah keletihan tetapi tenang. Ya Allah, terasa kecil rasa diri hamba Mu ini kerana tanpa bantuan Mu, segalanya ini tidak akan berlaku. Alhamdulillah..segala puji itu hanya bagi Allah, Tuhan pencipta sekelian alam.




Buat semua adik-adik dan pembaca blog ini, ketahuilah bahawa betapa susah payahnya seorang yang bernama ibu melahirkan kita semua ke dunia ini. Ibu terpaksa menyambung nyawa sendirian untuk melahirkan kita semua. Layakkah kita bila telah besar kita melawan kata ibu? layakkah kita ingkari kata ibu? layakkah kita derhaka kepada ibu? dan layakkah kita di gelar seorang manusia jika kita tidak menghormati insan yang terpaksa menyabung nyawa untuk melahirkan kita ke dunia ini? Ya Allah, ampunilah ibu kami.....Amin...Amin ya Rabbal Alamin...

2 comments:

Aisya Humaira said...

Assalamu'alaikum WBT...

Mabruq dengan kehadiran 'ahli baru' dalam keluarga kalian. Moga amanah ini akan menjadi permata yang membawa kebaikkan buat semua. Anak kecil adalah amanat bagi kedua orang tuanya. Hatinya masih suci merupakan permata yang bersih dari pahatan dan bentukan. Jika dibiasakan dan diajarkan kebaikan, dia akan tumbuh dalam kebaikan dan berbahagialah kedua orang tuanya di dunia dan akhirat, juga setiap pendidik dan gurunya.

Tapi jika dibiasakan kejelekan dan biarkan sebagai mana binatang ternak, nescaya akan menjadi jahat dan binasalah dia.

p/s: Jangan lupa 'tahnik' bayi iaitu sapukan dengan lembut sebutir kurma pada lelangit mulutnya. Selain itu, berkhitan dan aqiqah untuknya. Satu lagi saya nak berkongsi mengenai sunnah Rasulullah SAW. Diriwayatkan dari Ja'far bin Muhammad, dari bapanya, katanya:

"Fatimah Radhiyallahu 'anha menimbang rambut Hassan, Hussein, Zainab dan Ummi Kalsum; lalu ia mengeluarkan sedekah berupa perak seberat timbangannya." [HR. Imam Malik dalam Al-Muwaththa']

mandaOgarion said...

tahniah abg lan..
dapat gak wani tengok ank abg lan even x dapat dtg masa majlis kahwin abg.
alolololo..chomel nyew..tembam mcm ayh dia gak..
ngeh ngeh ngeh

KEM PEMIMPIN HEBAT 2009 - SEKOLAH AGAMA SENAI UTAMA

KENANGAN BERSAMA PELAJAR SMP 4 SRI PINANG, INDONESIA

KURSUS EKSPLORASI KEPEMIMPINAN PEMIMPIN SMK TASEK UTARA 2009

KURSUS KEMAHIRAN BERPERSATUAN - SMKSETA 2009

PROGRAM INTEGRASI PESERTA PLKN SIRI 6 KUMPULAN 1 2009 - KEM WARISAN MASJID TANAH, MELAKA

KEM PEMIMPIN HEBAT 2009 - SEKOLAH AGAMA TAMBATAN TINGGI

KURSUS JURULATIH MODUL INTEGRASI PLKN SESI 1 2009

KURSUS INTENSIF LEPASAN SPM 2008 - KOLEJ SAL JB

MOTIVASI MINDA FIKIR HEBAT BERSAMA SEKOLAH AGAMA KOPOK BARU

KENANGAN TERINDAH KEM PENGGUGAHAN KENDIRI SMK TASEK UTARA 2008

MEMORI KEM IHYA' RAMADHAN 2008

Bersama Fasilitator Kem Ihya Ramadhan

Bersama Fasilitator Kem Ihya Ramadhan
Jasamu Tetap Dikenang

Kem Minda Fikir Hebat

Kem Minda Fikir Hebat
kenangan bersama Sekolah Sri Johor Bahru