Wednesday, January 14, 2009

KURSUS INTENSIF LEPASAN SPM YBJB 2008


Salam Kehebatan untuk semua...

Apa khabar peserta yang telah mengikuti program Kursus Intensif Lepasan SPM YBJB 2008 yang lepas? Agaknya di mana sekarang anda ye? Adakah anda sekarang ini telah bekerja atau anda masih lagi berada di rumah membantu keluarga menguruskan urusan seharian. Walau apapun yang anda lakukan pada ketika ini, saya harapkan anda dapat menggunakan segala ilmu yang telah anda pelajari semasa kursus selama 14 hari di Kolej Sal tempohari. Berbagai ilmu yang anda pelajari semasa di sana termasuklah mengenai Membina Laman Web dan Internet, Penguasaan Bahasa Inggeris dan berbagai lagi saya harapkan ianya tidak hanya seketika sahaja anda kuasai umpama angan-angan mat jenin. Walaupun anda pergi ke kursus tersebut dengan perbelanjaan yang sangat minima kerana telah dibiayai oleh YBJB, saya inginkan anda semua hargai segala ilmu yang diperolehi kerana semuanya itu adalah amat penting untuk masa depan anda khususnya pada zaman yang serba mencabar ini. Jangan habiskan masa sengang seharian dengan perkara-perkara yang tidak bermanafaat sebaliknya cuba mahirkan diri dengan penguasaan IT dan bahasa kedua khususnya bahasa inggeris.

Jadikan masa menunggu keputusan SPM ini sebagai masa yang paling berharga untuk anda menuntut seberapa banyak ilmu yang bermanafaat untuk anda gunakan pada masa depan khususnya ilmu berkenaan agama. Cuba dalami dan selalu muhasabah diri anda ketika ini. Renungkan kembali sewaktu sebelum anda mengambil peperiksaan SPM dulu, anda rajin bersolat fardhu dan solat hajat, mengaji dan selalu melakukan perkara-perkara yang sunat. Tetapi cuba lihat diri anda sekarang? Adakah ianya anda teruskan atau anda hanya ingatkan Allah ketika anda susah dan memerlukan-Nya sahaja. Saya harapkan anda tidak lupakan segalanya disebabkan anda sibuk melakukan sesuatu contohnya anda sibuk bekerja sehinggakan lupa waktu menunaikan solat fardhu dan solat jumaat (bagi lelaki). Sentiasa dekatkan diri dengan Allah kerana ianya akan membawa anda lebih tenang dan yakinlah bahawa kejayaan akan sentiasa bersama anda, jika anda tak berjaya di dunia, pastinya anda akan berjaya di akhirat.

Akhirnya, buat pelajar-pelajar lepasan SPM khususnya tajaan YBJB, saya harapkan anda sentiasa ingatkan matlamat yang anda inginkan dalam hidup. Ingat kembali program-program yang pernah anda bersama YBJB dulu dan segala pesanan saya ketika itu. Jadikanlah ianya sebagai penguat semangat anda untuk terus berjaya di dunia dan akhirat. Saya sentiasa doakan anda agar terus berjaya dalam apa juga bidang yang anda ceburi dan sentiasa ingat bahawa ANDA ADALAH HARAPAN KELUARGA UNTUK MENGUBAH TARAF HIDUP KEPADA YANG LEBIH BAIK PADA MASA AKAN DATANG. JANGAN SIA-SIAKAN HARAPAN MEREKA YANG MENGHARAP KEJAYAAN ANDA. JADILAH ANAK YANG HEBAT DI DUNIA DAN TERHEBAT DI AKHIRAT.


No comments:

KEM PEMIMPIN HEBAT 2009 - SEKOLAH AGAMA SENAI UTAMA

KENANGAN BERSAMA PELAJAR SMP 4 SRI PINANG, INDONESIA

KURSUS EKSPLORASI KEPEMIMPINAN PEMIMPIN SMK TASEK UTARA 2009

KURSUS KEMAHIRAN BERPERSATUAN - SMKSETA 2009

PROGRAM INTEGRASI PESERTA PLKN SIRI 6 KUMPULAN 1 2009 - KEM WARISAN MASJID TANAH, MELAKA

KEM PEMIMPIN HEBAT 2009 - SEKOLAH AGAMA TAMBATAN TINGGI

KURSUS JURULATIH MODUL INTEGRASI PLKN SESI 1 2009

KURSUS INTENSIF LEPASAN SPM 2008 - KOLEJ SAL JB

MOTIVASI MINDA FIKIR HEBAT BERSAMA SEKOLAH AGAMA KOPOK BARU

KENANGAN TERINDAH KEM PENGGUGAHAN KENDIRI SMK TASEK UTARA 2008

MEMORI KEM IHYA' RAMADHAN 2008

Bersama Fasilitator Kem Ihya Ramadhan

Bersama Fasilitator Kem Ihya Ramadhan
Jasamu Tetap Dikenang

Kem Minda Fikir Hebat

Kem Minda Fikir Hebat
kenangan bersama Sekolah Sri Johor Bahru