Wednesday, September 9, 2009

KEM MOTIVASI MINDA FIKIR HEBAT 2009 -MRSM PONTIAN











Assalamualaikum, Salam Kehebatan, Salam Ramadhan Kareem buat semua...

Alhamdulillah, sepenuh kesyukuran saya panjatkan kehadrat Allah s.w.t kerana telah memberikan kekuatan kepada kami di TMFH untuk meneruskan program motivasi MFH di MRSM Pontian bagi pelajar-pelajar PMR pada 04-06 September yang lalu. Sebenarnya program ini dijadualkan diadakan sebelum Ramadhan tetapi kita hanya merancang Allah yang telah menentukan kem ini dijalankan akhirnya di bulan yang diberkati iaitu Ramadhan. Seramai 146 pelajar telah terlibat dalam program ini yang terdiri dari keseluruhan calon-calon PMR tahun 2009. Setinggi-tinggi penghargaan kami berikan kepada pihak pentadbiran MRSM khususnya Tuan Pengetua, En. Ahmad Kamal dan Kaunselor, En. Fardi kerana telah memberikan peluang ini kepada TMFH untuk berkongsi ilmu dan pengalaman berkaitan dengan 'Apa itu Kejayaan'.








Program ini dijalankan dengan menggunakan pendekatan secara praktikal mengenai perkara-perkara yang diperlukan untuk menuju kejayaan. Pada awal pertemuan, semua pelajar telah didedahkan dengan konsep 'PENGORBANAN' dan 'KERJASAMA BERSAMA' antara satu sama lain. Pelajar telah diuji dengan pelbagai aktiviti yang membuatkan mereka berfikir tentang SUKARNYA UNTUK BERJAYA tetapi ianya adalah TIDAK MUSTAHIL selagi mereka sanggup dan ada hasrat yang bersungguh-sungguh.







Pada hari kedua pula, pelajar dikenalkan dengan BERANI MENGAMBIL TINDAKAN DAN RISIKO. Kejayaan tidak akan dapat dikecapi sekiranya mereka tidak mampu untuk mengawal mental dan emosi serta tidak berani untuk bertindak dalam masa yang cepat. Setiap perkara yang dilakukan pastinya ada risikonya dan mereka telah diberikan pengalaman untuk menghadapi dan mengawal diri setiap masa agar sentiasa berfikiran positif untuk berjaya. Pada sebelah malamnya pula, pelajar telah diajak bersama-sama dalam malam penghayatan merenung erti tanggungjawab kepada ibubapa, guru, rakan, diri dan yang paling penting kepada Allah yang Maha Besar. Mudah-mudahan keberkatan bulan Ramadhan ini mampu untuk melembutkan hati semua peserta dan individu yang bersama dalam program tersebut.











Pada hari ketiga, peserta telah bersama-sama dengan TMFH dalam slot 'Simpul Hati' yang diadakan bersama dengan penglibatan ibubapa peserta. Sesi ini dilihat dapat menyentuh hati semua peserta khususnya dalam mengejar kejayaan, anda amat perlu menjaga perhubungan dengan kedua ibubapa dan guru kerana mereka adalah pemangkin kepada kejayaan anda sehingga sekarang.
Akhirnya, kami mengharapkan semua pelajar-pelajar PMR di MRSM Pontian akan dapat merealisasikan impian dan cita-cita anda untuk beroleh kejayaan yang cemerlang iaitu mendapat 8A1 dalam PMR yang akan tiba pada bulan Oktober nanti. Jadikanlah kejayaan itu sebagai tonik penguat semangat untuk anda lebih berjaya pada masa akan datang. USAH CEPAT BERPUASHATI DENGAN SEJARAH KEJAYAAN YANG LALU. JALAN MENUJU KEJAYAAN MASIH JAUH LAGI DI HADAPAN ANDA. Gunakanlah formula H.E.B.A.T yang telah anda perolehi tempohari iaitu :

H - HASRAT YANG BERSUNGGUH-SUNGGUH












E - EMOSI YANG TERKAWAL












B - BERANI UNTUK BERTINDAK












A - ATITTUD / SIKAP YANG BAIK











T - TINDAKAN DAN TAWAKAL

Semoga kita dapat berjumpa lagi nanti. Sambutlah SALAM KEHEBATAN DAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN JIKA KAMI ADA MELAKUKAN KESALAHAN DAN KESILAPAN SAMA ADA SENGAJA ATAU TIDAK.

1 comment:

Aa said...

abg lan, saye adalah salah seorang pelajar tingkatan 3 yang menhikti program abg lan... ari tu banyak gambar dalam blog nie... tapi ape2 pon saya meminta jasa baik abg lan atau mana2 warga TMFH untuk menghantar segala koleksi kenangan kem PMR mrsm pontian ke emel saya aslam_itachi@yahoo.com.my>>>> apa2 pown trimas banyak2

KEM PEMIMPIN HEBAT 2009 - SEKOLAH AGAMA SENAI UTAMA

KENANGAN BERSAMA PELAJAR SMP 4 SRI PINANG, INDONESIA

KURSUS EKSPLORASI KEPEMIMPINAN PEMIMPIN SMK TASEK UTARA 2009

KURSUS KEMAHIRAN BERPERSATUAN - SMKSETA 2009

PROGRAM INTEGRASI PESERTA PLKN SIRI 6 KUMPULAN 1 2009 - KEM WARISAN MASJID TANAH, MELAKA

KEM PEMIMPIN HEBAT 2009 - SEKOLAH AGAMA TAMBATAN TINGGI

KURSUS JURULATIH MODUL INTEGRASI PLKN SESI 1 2009

KURSUS INTENSIF LEPASAN SPM 2008 - KOLEJ SAL JB

MOTIVASI MINDA FIKIR HEBAT BERSAMA SEKOLAH AGAMA KOPOK BARU

KENANGAN TERINDAH KEM PENGGUGAHAN KENDIRI SMK TASEK UTARA 2008

MEMORI KEM IHYA' RAMADHAN 2008

Bersama Fasilitator Kem Ihya Ramadhan

Bersama Fasilitator Kem Ihya Ramadhan
Jasamu Tetap Dikenang

Kem Minda Fikir Hebat

Kem Minda Fikir Hebat
kenangan bersama Sekolah Sri Johor Bahru