Wednesday, October 7, 2009

KEM MOTIVASI MINDA FIKIR HEBAT 2009 -MRSM PONTIAN (SPM)





Assalamualaikum dan Salam Kehebatan untuk semua....

Apa khabar calon-calon SPM di MRSM Pontian? Semoga bertambah Hebat lagi dalam menyusuri jalan menuju perjuangan terakhir pada bulan Novamber nanti. Peperiksaan SPM 2009 akan menjadi kayu pengukur kepada keHebatan yang telah anda semua buktikan dalam peperiksaan PMR dan UPSR yang lalu. Adakah anda mampu untuk mengekalkan keHEbatan itu? Semuanya terpulang kepada diri anda sendiri. Perubahan yang datang dari diri sendiri adalah lebih berkesan untuk menjadikan diri lebih baik. Orang lain hanya sebagai 'bahan perencah masakan' yang hendak di masak. Sama ada sedap atau tidak adalah bergantung kepada diri anda yang menentukannya.


Alhamdulillah, bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana masih lagi diizinkan untuk mengadakan program bersama-sama pelajar MRSM Pontian pada 2-4 Oktober 2009 yang lepas. Terimdak a kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada Tuan Pengetua dan guru dan pentadbiran MRSM Pontian kerana telah memberikan peluang untuk kali kedua bagi menjalankan program Kem Motivasi Minda Fikir Hebat kepada pelajar-pelajar HEBAT di MRSM Pontian, Johor. Ini merupakan satu penghargaan kepada kami dan kami di TMFH amat berterima kasih atas peluang ini.











Buat semua pelajar SPM yang mengikuti program tempohari, masih ingatkah anda dengan FORMULA H.E.B.A.T dan SIFIR KEJAYAAN? H - HASRAT YANG BERSUNGGUH-SUNGGUH E-EMOSI YANG TERKAWAL B-BERANI UNTUK BERTINDAK A-ATTITUDE / SIKAP/DISIPLIN DIRI YANG BAIK T- TINDAKAN DAN TAWAKAL. Program yang lepas telah membuktikan bahawa kejayaan akan hadir pada mereka yang mempunyai hasrat yang bersungguh-sungguh untuk berjaya, yang bijak mengawal emosi dirinya, yang sentiasa berani untuk bertindak dan mencuba perkara yang tidak diketahuinya, mestilah mempunyai sikap dan disiplin diri yang baik serta sanggup melakukan tindakan di samping bertawakal kepada Tuhan. Kesemua peserta telah diberikan kekuatan untuk mencapai kejayaan kerana "UNIVERSITI BUKAN UNTUK ORANG YANG PANDAI TAPI UNIVERSITI ADALAH UNTUK ORANG YANG RAJIN". Kami di TMFH mengharapkan anda semua akan melaksanakan segala janji-janji yang telah anda lafazkan sewaktu program tersebut. Jadilah pelajar yang sentiasa ingin berubah setiap hari dari yang baik kepada yang lebih baik dan akhirnya pasti anda akan menjadi ORANG YANG HEBAT.


Kami di TMFH sentiasa mendoakan kejayaan anda semua dalam SPM 2009 nanti. Ciptalah sejarah yang terindah untuk MRSM Pontian tahun 2009 ini. Hadiahkanlah ibubapa dan guru anda yang telah berpenat lelah memberikan segala ilmu selama ini dengan kejayaan yang cemerlang dalam SPM 2009. Di samping itu juga, janganlah lupakan tanggungjawab anda kepada yang MAHA PEMBERI dan MAHA PENYAYANG yang sentiasa bersama anda ketika anda gembira, sunyi, bersendiri, ramai, susah, senang, ketawa, sedih, berjaga, tidur dan semuanya. Teruslah berdoa kepada-Nya iaitu Allah Yang Esa dan percayalah pasti Dia akan memberikan kejayaan kepada hamba-Nya yang benar-benar ikhlas inginkannya.













Akhirkata....semoga kita berjumpa dalam keadaan yang lebih baik pada masa akan datang.....ingat GEMPUR HEBAT TMFH: ANDA HEBAT!!!!!!! YES..HEBAT 1...YES...HEBAT 2...YES YES...HEBAT 3...YES YES YES SIRRRRRRR!!!!!

6 comments:

Anonymous said...

Syabas kpd Team Minda Fikir Hebat!!.
Saya adalah diantara ibubapa yg hadir pd hari akhir seminar Motivasi di MRSM Pontian.

Termakasih tinggi diucapkan kpd Team anda yg telah memberi Impak yg Hebat terhadap pelajar2 dan termasuk anak perempuan saya..

Syabas!! syabas sekali lagi saya ucapkan!!..

norazlansarmudan said...

Terima kasih atas penghargaan yang diberikan. Sokongan dari tuan puan sekelian amat kami hargai dan Insyaallah kami akan cuba untuk memberikan program yang terbaik kepada semua peserta dengan izin yang punya ilmu iaitu Allah. Kami doakan agar anak tuan/puan akan beroleh kejayaan yang gemilang dalam SPM 2009 nanti dan menjadi anak yang beriman. aminnn

hm tuah said...

slam kehebatan..
kami warge kerja TMFH merakamkan ribuan terima kasih diatas sokongan dan dokongan semua pihak yang bekerjasma dgn kami selama ini terutama kpd guru - guru setiap sek yg kami kunjungi .. yang baik dan sempurna hanyalah miliknya dan kekurangan dan kekhilafan adalah milik insan..

amalina said...

aslkm...
tq tw sbb sudi dtg...

em.. cane nk pic2 ktorg ye dak2 SPM MRSM Pontian...

ley x emelkan??

lyna_cambridge_gurl@yahoo.com

mE not yOu said...

Yup!!Hebat memang Hebat..sronok mengikuti program Kem Motivasi Minda Fikir Hebat 2009-MRSM Pontian_

Anonymous said...

assalammualaikum...

Syabas abg Lan & shbt2 TMFH!!!I miss all the great moments we shared before.TMFH really awesome!!Wish to get back into the fields as soon as possible wif my new groups of clique..Wishng you an outstanding performance ahead....

~along -nuraslah~

KEM PEMIMPIN HEBAT 2009 - SEKOLAH AGAMA SENAI UTAMA

KENANGAN BERSAMA PELAJAR SMP 4 SRI PINANG, INDONESIA

KURSUS EKSPLORASI KEPEMIMPINAN PEMIMPIN SMK TASEK UTARA 2009

KURSUS KEMAHIRAN BERPERSATUAN - SMKSETA 2009

PROGRAM INTEGRASI PESERTA PLKN SIRI 6 KUMPULAN 1 2009 - KEM WARISAN MASJID TANAH, MELAKA

KEM PEMIMPIN HEBAT 2009 - SEKOLAH AGAMA TAMBATAN TINGGI

KURSUS JURULATIH MODUL INTEGRASI PLKN SESI 1 2009

KURSUS INTENSIF LEPASAN SPM 2008 - KOLEJ SAL JB

MOTIVASI MINDA FIKIR HEBAT BERSAMA SEKOLAH AGAMA KOPOK BARU

KENANGAN TERINDAH KEM PENGGUGAHAN KENDIRI SMK TASEK UTARA 2008

MEMORI KEM IHYA' RAMADHAN 2008

Bersama Fasilitator Kem Ihya Ramadhan

Bersama Fasilitator Kem Ihya Ramadhan
Jasamu Tetap Dikenang

Kem Minda Fikir Hebat

Kem Minda Fikir Hebat
kenangan bersama Sekolah Sri Johor Bahru