Tuesday, January 26, 2010

LOGO & ' TAGLINE' TERBARU TMFH 2010


Assalamualaikum dan Salam Kehebatan buat semua....

Tahun 2010 telah menjelang dan membawa seribu cabaran pada semua warga TMFH untuk meneruskan perjuangan melahirkan modal insan yang sentiasa berfikir HEBAT dan sentiasa menjadi inspirasi kepada orang lain untuk menjadi lebih HEBAT dari dirinya. Pengertian HEBAT menurut pengertian saya adalah INSAN YANG SELALU BERSYUKUR DENGAN SEGALA YANG DIKURNIAKAN OLEH ALLAH KEPADA DIRINYA AGAR SENTIASA MERANGSANG DIRI UNTUK MENCAPAI KEJAYAAN HIDUP DI DUNIA DAN AKHIRAT DI SAMPING MENJADI CONTOH KEPADA ORA NG LAIN UNTUK BERJAYA SEPERTINYA.

Mungkin ada individu yang salah mentafsir makna perkataan 'HEBAT' yang saya gunakan dalam setiap program dan aktiviti yang dijalankan selama ini. Perkataan ini muncul dalam pemikiran saya kerana saya memerhatikan punca kelemahan diri kita adalah suka merendah-rendahkan kemampuan diri dan mengatakan diri lemah dan gagal. Bagaimana kita mampu mencapai kejayaan jika kita selalu menuturkan ucapan yang membunuh semangat dan kehebatan diri kita sendiri. Oleh itu, saya berfikiran, tidak salah jika kita mengatakan diri kita HEBAT kerana memang Allah Yang Maha Hebat telah menciptakan diri kita dari setitis air mani yang tidak punyai apa-apa kekuatan sehingga kita diangkat nilai diri kita menjadi Khalifah di muka bumi ini. Bukankah kita ni Hebat? Dan saya cukup yakin jika setiap individu sedar yang diri mereka adalah HEBAT, mereka akan mencapai kejayaan walalu dalam apa juga bidang yang diceburi kerana setiap insan yang dijadikan oleh Allah mempunyai kelebihan yang tersendiri.

Akhirnya, marilah kita sama-sama membuat TRANSFORMASI MINDA FIKIR HEBAT pada diri kita sendiri agar kita lebih yakin untuk berjaya kerana kejayaan akan hanya datang pada mereka yang menyedari potensi diri mereka sendiri. Ayuh!!!!! marilah berganding bahu untuk menjadi insan yang HEBAT DI DUNIA DAN TERHEBAT DI AKHIRAT!!!

No comments:

KEM PEMIMPIN HEBAT 2009 - SEKOLAH AGAMA SENAI UTAMA

KENANGAN BERSAMA PELAJAR SMP 4 SRI PINANG, INDONESIA

KURSUS EKSPLORASI KEPEMIMPINAN PEMIMPIN SMK TASEK UTARA 2009

KURSUS KEMAHIRAN BERPERSATUAN - SMKSETA 2009

PROGRAM INTEGRASI PESERTA PLKN SIRI 6 KUMPULAN 1 2009 - KEM WARISAN MASJID TANAH, MELAKA

KEM PEMIMPIN HEBAT 2009 - SEKOLAH AGAMA TAMBATAN TINGGI

KURSUS JURULATIH MODUL INTEGRASI PLKN SESI 1 2009

KURSUS INTENSIF LEPASAN SPM 2008 - KOLEJ SAL JB

MOTIVASI MINDA FIKIR HEBAT BERSAMA SEKOLAH AGAMA KOPOK BARU

KENANGAN TERINDAH KEM PENGGUGAHAN KENDIRI SMK TASEK UTARA 2008

MEMORI KEM IHYA' RAMADHAN 2008

Bersama Fasilitator Kem Ihya Ramadhan

Bersama Fasilitator Kem Ihya Ramadhan
Jasamu Tetap Dikenang

Kem Minda Fikir Hebat

Kem Minda Fikir Hebat
kenangan bersama Sekolah Sri Johor Bahru