Setiap dari kita mesti mempunyai rakan sama ada kawan, sahabat atau teman. Masing-masing mempunyai pengertiannya yang tersendiri. Mereka pastinya mempunyai pelbagai ragam dan tingkahlaku. Kepelbagaian inilah yang menjadikan diri mereka terlalu istimewa bagi kita kan. Kali ini saya ingin bercerita mengenai kategori manusia yang terdpat dalam komuniti kita masa kini. Setelah itu, di harap pembaca bolehlah menilai diri anda dikategorikan dalam kumpulan apa?
Adakah anda seorang yang amat berhati-hati, anda anda sentiasa risau dengan perkara yang anda telah lakukan, adakah anda sentiasa gelisah sama ada anda telah melakukan perkara tersebut ataupun belum? Di mana kunci kereta anda.... anda kelam-kabut... hidup anda huru-hara. Baiklah, biarlah anda sendiri yang menilainya.
Kelakuan atau sikap ini dikenali sebagai “Gangguan Obsesif-Kompulsif”. Ini bermaksud pemikiran dan kelakuan yang berlaku berulang-ulang dan tidak dapat dikawal. Dan ini dibahagikan kepada beberapa kategori.
Kategori 1 : “MANUSIA PENCUCI”
- fanatik kepada kebersihan diri
Kategori 2 : “MANUSIA PENGUMPUL”
- Individu yang suka mengumpul barang
Kategori 3 : “MANUSIA PEMBERSIH”
- Fanatik kepada persekitaran dan diri
Kategori 4 : “MANUSIA PENGEMAS”
- Individu yang tersangat rapi dan kemas
Kategori 5 : “MANUSIA PEMERIKSA”
- Sentiasa rasa was-was dan gelisah sama ada sesuatu perkara dah buat ke belum
Kategori 6 : “MANUSIA PENAKUT DIRI”
- Sentiasa berfikir yang bukan-bukan dan juga sentiasa rasa yang perkara itu juga berlaku pada dirinya.
Jadi, anda dalam kategori mana?
Sunday, January 13, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
GAMBAR KENANGAN KEM MINDA FIKIR HEBAT
Bersama Fasilitator Kem Ihya Ramadhan
Jasamu Tetap Dikenang
Kem Minda Fikir Hebat
kenangan bersama Sekolah Sri Johor Bahru
No comments:
Post a Comment