Wednesday, July 9, 2008

KEM MOTIVASI SMART EXAM SMK TAMAN SELESA JAYA






Assalamualaikum dan Salam Kehebatan untuk semua....

Apa khabar anda semua? Ingat, jawapan bukan 'khabar baik' tapi 'ALHAMDULILLAH HEBAT'. Pastinya masih segar lagi di ingatan anda semua segala cebisan kenangan dalam program berkenaan. Walaupun anda bersama kami dalam masa yang cukup singkat, tetapi anda antara peserta-peserta yang terbaik yang pernah kami kendalikan. Kami amat berbangga dengan kesedaran dan keinsafan yang telah anda tunjukkan tempohari khususnya sewaktu aktiviti mencari puzzle terakhir. Sesungguhnya, kesedaran yang disertai dengan kesungguhan untuk menjadi anak dan pelajar yang terbaik, yang dapat membanggakan ibubapa, keluarga, guru-guru dan sekolah anda mesti anda teruskan dan bertambah baik dari masa ke semasa. Saya yakin anda mampu lakukan kerana anda semua memang dilahirkan sebagai insan yang HEBAT. Percayalah, jika anda ikhlas dalam melakukan apa sahaja, pasti rahmat dan keredaan Allah akan bersama dengan anda. Hadapailah peperiksaan yang akan anda hadapi kelak sebagai satu tanggungjawab yang perlu anda tunaikan sebagai seorang pelajar yang menuntut ilmu. Paling penting, anda menganggap belajar itu sebagai satu kewajiban yang disuruh oleh Allah.

Saya amat terharu bila membaca kata-kata anda dalam borang penilaian yang anda tulis tempohari. Kami di TMFH akan sentiasa mendoakan agar anda semua akan teruskan kesedaran ini dan terus.....terus.....terus....terus....terus berusaha hingga akhirnya. JANGAN TINGGALKAN SOLAT DAN TERUSKAN BERDOA. ALLAH SAYANGKAN ANDA SEMUA!!!!


Ingat Identiti ini: SEDIA...YES SIR!!!!..ARE U READY? YES...YES...YES SIR!!!!....SIAPA ADA? ....PELAJAR HEBAT SMK....TSJ.....SATU...YES...DUA..YES YES....TIGA...YES...YES...YES SIR!!!!!

1 comment:

intan akmal said...

assalamualaikum...
hmm bile tgk semula gmbar ini terase rndu sgt2 mase kte bersame..
kenangan yg mmg xkn dpt dilupakan bersame team minda fikir hebat....
rindunyerr dgn kalian semua..harap semua shat2 blake ye....
hmm ini r kem yg paling best dlm bnyk2 kem yg prnah kte sertai...
smpai skarg still ingat dgn knangan2 manis wk2 itu..harap semuanye brade dalam keadaan sihat walafiat...

KEM PEMIMPIN HEBAT 2009 - SEKOLAH AGAMA SENAI UTAMA

KENANGAN BERSAMA PELAJAR SMP 4 SRI PINANG, INDONESIA

KURSUS EKSPLORASI KEPEMIMPINAN PEMIMPIN SMK TASEK UTARA 2009

KURSUS KEMAHIRAN BERPERSATUAN - SMKSETA 2009

PROGRAM INTEGRASI PESERTA PLKN SIRI 6 KUMPULAN 1 2009 - KEM WARISAN MASJID TANAH, MELAKA

KEM PEMIMPIN HEBAT 2009 - SEKOLAH AGAMA TAMBATAN TINGGI

KURSUS JURULATIH MODUL INTEGRASI PLKN SESI 1 2009

KURSUS INTENSIF LEPASAN SPM 2008 - KOLEJ SAL JB

MOTIVASI MINDA FIKIR HEBAT BERSAMA SEKOLAH AGAMA KOPOK BARU

KENANGAN TERINDAH KEM PENGGUGAHAN KENDIRI SMK TASEK UTARA 2008

MEMORI KEM IHYA' RAMADHAN 2008

Bersama Fasilitator Kem Ihya Ramadhan

Bersama Fasilitator Kem Ihya Ramadhan
Jasamu Tetap Dikenang

Kem Minda Fikir Hebat

Kem Minda Fikir Hebat
kenangan bersama Sekolah Sri Johor Bahru