Tuesday, August 5, 2008

KEM MOTIVASI MINDA FIKIR HEBAT PELAJAR SDEA SG TIRAM






Assalamualaikum dan Salam Kehebatan buat semua....

Apa khabar anda semua? Semoga sentiasa hebat dan ceria selalu di samping menjalankan tugas seharian. Rasanya dah 3 minggu program Kem Motivasi Minda Fikir Hebat berlalu kan. Tapi ingatan dan kenangan kami semua terhadap anda tidak pernah luntur malah sentiasa kami ingati sebagai kenangan terindah selamanya. Tak mungkin segala kenangan itu akan berulang semula sampai bila-bila pun kerana ianya akan menjadi satu lipatan sejarah dalam hidup anda dan kami semua. Harapan kami agar anda semua teruskan usaha untuk menjadi pelajar dan anak yang hebat di dunia dan terhebat di akhirat. Kejayaan bukannya mudah kerana ianya akan hadir kepada mereka yang sentiasa inginkan kejayaan dan sentiasa berusaha untuk kejayaan itu. Sebab itulah walau anda berada dalam sekolah yang sama, guru yang sama, kelas yang sama, buku yang sama dan tempat peperiksaan yang sama namun keputusan yang anda perolehi nanti tetap berbeza. Beza itulah yang menggambarkan segala usaha yang telah anda lakukan untuk mendapatkan kejayaan tersebut.

Kehidupan hanya sementara. Kejayaan yang akan kita perolehi adalah sesuatu yang boleh kita banggakan kepada diri kita sendiri selama kita masih hidup kerana dengan kejayaan kita akan boleh memberi manafaat kepada orang lain dan itulah yang mampu kita banggakan selama kita hidup di atas muka bumi ini. Jika kita telah tinggalkan dunia ini, itulah yang akan dikenang sampai bila-bila.

Semoga kita berjumpa dalam keadaan yang lebih hebat dari sebelum ini. Ingatlah adik semua, KEJAYAAN BUKAN MUDAH DAN CIPTALAH SEJARAH TERHEBAT UNTUK DIRI ANDA SENDIRI.


Ingat Identiti Anda Ini:

satu...YES...dua...YES,YES...tiga...YES, YES, YES SIR!!!!!!!!!!!!!!....

1 comment:

ahadancoach said...

Tahniah diatas kursus yang berlalu moga tuan di panjangkan umur dan diberi kesihatan yg sempurna untuk menjalankan tugas2 fathanah ini...

KEM PEMIMPIN HEBAT 2009 - SEKOLAH AGAMA SENAI UTAMA

KENANGAN BERSAMA PELAJAR SMP 4 SRI PINANG, INDONESIA

KURSUS EKSPLORASI KEPEMIMPINAN PEMIMPIN SMK TASEK UTARA 2009

KURSUS KEMAHIRAN BERPERSATUAN - SMKSETA 2009

PROGRAM INTEGRASI PESERTA PLKN SIRI 6 KUMPULAN 1 2009 - KEM WARISAN MASJID TANAH, MELAKA

KEM PEMIMPIN HEBAT 2009 - SEKOLAH AGAMA TAMBATAN TINGGI

KURSUS JURULATIH MODUL INTEGRASI PLKN SESI 1 2009

KURSUS INTENSIF LEPASAN SPM 2008 - KOLEJ SAL JB

MOTIVASI MINDA FIKIR HEBAT BERSAMA SEKOLAH AGAMA KOPOK BARU

KENANGAN TERINDAH KEM PENGGUGAHAN KENDIRI SMK TASEK UTARA 2008

MEMORI KEM IHYA' RAMADHAN 2008

Bersama Fasilitator Kem Ihya Ramadhan

Bersama Fasilitator Kem Ihya Ramadhan
Jasamu Tetap Dikenang

Kem Minda Fikir Hebat

Kem Minda Fikir Hebat
kenangan bersama Sekolah Sri Johor Bahru