Sunday, May 31, 2009

KEM MOTIVASI MINDA FIKIR HEBAT SK LAKSAMANA, KOTA TINGGI, JOHOR
















Assalamualaikum dan Salam Kehebatan..

Apa khabar adik-adik di SK Laksamana, Kota Tinggi Johor. Maaf dari saya kerana lambat memasukan cerita Kem Motivasi MFH yang diadakan pada 8-9 Mei 2009. Saya mengharapkan adik-adik semua masih lagi bersemangat dan meneruskan kesungguhan untuk berubah sebagaimana yang telah ditunjukkan tempohari. Masih ingatkah lagi Formula H.E.B.A.T yang telah saya ajarkan kepada adik-adik? Jika anda semua inginkan kejayaan dalam apa juga bidang, anda mestilah mempunyai HASRAT YANG BERSUNGGUH-SUNGGUH. Hasrat ini melambangkan matlamat yang ingin dicapai digabungkan dengan keinginan dan minat yang mendalam terhadap apa yang diimpikan. Jika adik mengimpikan kejayaan 5A dalam UPSR, adik-adik mestilah mempunyai hasrat yang bersungguh-sunggh untuk mendapatkannya. Selain itu juga, kejayaan juga mestilah dimulakan dengan EMOSI YANG TERKAWAL. Saya mengharapkan agar anda semua bijak untuk mengawal emosi diri kerana emosi yang tidak terkawal akan menyebabkan kehidupan anda seharian terasa tertekan dan stress. Adik-adik juga mestilah BERANI UNTUK BERTINDAK iaitu berani mencuba untuk mengubah kebiasaan diri dari malas kepada lebih rajin. Jika selama ini adik selalu tidak memberikan tumpuan sepenuhnya semasa guru mengajar di kelas, jika adik inginkan kejayaan, adik perlu untuk memberikan tumpuan sepenuhnya semasa guru mengajar dan bertanya sekiranya tidak faham. Seterusnya, formula yang saya berikan adalah ATTITUDE / SIKAP YANG BAIK iaitu kejayaan akan hanya hadir kepada mereka yang mempunyai disiplin diri yang tinggi kerana hanya itu sahaja jalan untuk menjadikan diri seseorang boleh dihormati dan mampu menghadapi semua cabaran yang datang. Dan akhirnya, setelah semuanya formula di atas tadi adik gunakan, TINDAKAN DAN TAWAKAL perlu dilakukan kerana kita jangan jadi orang yang hanya pandai merancang untuk berjaya tetapi tidak boleh melaksanakan peranangan itu dengan baik dan berkesan.

Sebagai akhirnya, saya mewakili semua warga TMFH mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak SK Laksamana, Kota Tinggi kerana memberikan kepercayaan kepada saya dan rakan-rakan untuk bersama-sama murid-murid cikgu. Kenangan bersama anda semua tidak akan kami lupakan selamanya dan kami doakan agar SK Laksamana akan mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR tahun 2009 ni dan tahun-tahun seterusnya. AMinnnnn

No comments:

KEM PEMIMPIN HEBAT 2009 - SEKOLAH AGAMA SENAI UTAMA

KENANGAN BERSAMA PELAJAR SMP 4 SRI PINANG, INDONESIA

KURSUS EKSPLORASI KEPEMIMPINAN PEMIMPIN SMK TASEK UTARA 2009

KURSUS KEMAHIRAN BERPERSATUAN - SMKSETA 2009

PROGRAM INTEGRASI PESERTA PLKN SIRI 6 KUMPULAN 1 2009 - KEM WARISAN MASJID TANAH, MELAKA

KEM PEMIMPIN HEBAT 2009 - SEKOLAH AGAMA TAMBATAN TINGGI

KURSUS JURULATIH MODUL INTEGRASI PLKN SESI 1 2009

KURSUS INTENSIF LEPASAN SPM 2008 - KOLEJ SAL JB

MOTIVASI MINDA FIKIR HEBAT BERSAMA SEKOLAH AGAMA KOPOK BARU

KENANGAN TERINDAH KEM PENGGUGAHAN KENDIRI SMK TASEK UTARA 2008

MEMORI KEM IHYA' RAMADHAN 2008

Bersama Fasilitator Kem Ihya Ramadhan

Bersama Fasilitator Kem Ihya Ramadhan
Jasamu Tetap Dikenang

Kem Minda Fikir Hebat

Kem Minda Fikir Hebat
kenangan bersama Sekolah Sri Johor Bahru