Alhamdulillah, pada 11-13 September 2009 yang lepas, pihak YBJB telah menganjurkan program Kem Ihya' Ramadhan untuk tahun ke 9 iaitu sejak 2001. Program ini telah disertai seramai 171 penerima Skim Anak Angkat YBJB tahun 2009 dari darjah 5 hingga tingkatan 5. Sekalung ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua fasilitator dan urusetia yang telah menjayakan program ini dan memberikan sepenuh komitment kepada modul-modul yang telah diberikan. Semoga Allah sahaja yang dapat membalas segala jasa anda sekelian yang setiap tahun tanpa mengenal erti jemu dan penat terus menabur bakti kepada YBJB.
Tahun 209 ini, saya telah membuat sedikit rombakkan terhadap modul yang digunakan selama ini iaitu memberikan fokus yang lebih kepada penghayatan kepada agama Islam dan bagaimana untuk menjadi pengikut agama Islam yang terbaik. Antara modul yang digunakan dalam program ini adalah seperti KEINDAHAN ISLAM, PERJUANGAN SAHABAT RASULULLAH, MENGUKUHKAN ILMU FARDU AIN KHUSUSNYA SOLAT DAN SIRAH PERJUANGAN RASULULLAH MENDAULATKAN ISLAM DI MUKA BUMI. Selain itu juga, aktiviti-aktiviti lain seperti Solat Fardhu dan sunat berjemaah, Tadarus Al-Quran, Solat Terawih dan Qiamulail juga dilaksanakan sebagai pengisian wajib dalam program ini. Aktiviti luar dan riadah juga diadakan bagi mengji kekuatan fizikal dan minda peserta khususnya mengadakan Explorace Ramadhan.
2 comments:
tuan hj azlan,, x ada lg ke gmba2 kem ihya' ni?? rse mcm sket je la.. hehe..
askum tn hj azlan....
np ta0n ni f0rm 1 xde??..
f0rm 2 ad plak?..
huhuh...
Post a Comment