Monday, January 18, 2010

PERUTUSAN JURULATIH UTAMA TMFH SEMPENA TAHUN BARU 2010


Assalamualaikum dan Salam Kehebatan pada semua...

Terlebih dahulu saya bagi pihak TMFH ingin mengucapkan Selamat Menyambut Lembaran Baru 2010 dan 1431H pada semua warga yang pernah terlibat dengan program TMFH. Ribuan malah jutaan terima kasih yang tidak terhingga juga saya hadiahkan kepada semua pihak yang telah sudi menjemput TMFH untuk berkongsi satu ilmu milik Allah yang telah diberikan kepada TMFH. Saya berharap agar segala pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi dalam kursus-kursus yang diikuti akan dijadikan sebagai pemangkin untuk menjadi lebih baik dan seterusnya mampu untuk berkongsi dengan orang lain agar lebih memantapkan lagi sesebuah institusi tersebut.

Tahun 2010 telah berlalu hampir sebulan. Begitu pantas masa berlalu meninggalkan kita semua. Saya secara peribadinya amat bimbang dan risau terhadap program yang dijalankan oleh TMFH. Persoalan yang berlegar di benak fikiran saya ketika ini adalah, 'Adakah saya mampu memberikan sesuatu yang lebih baik kepada semua peserta kursus nanti berbanding dengan tahun lepas?'. Selama ini tunjang kekuatan TMFH adalah atas dasar KEIKHLASAN untuk menyampaikan ilmu yang telah Allah kurniakan khususnya kepada saya tanpa mengira keuntungan atau apa sahaja faktor lain. Kekuatan inilah yang saya jadikan sebagai tonik penguat semangat saya untuk memastikan setiap program berjalan dengan lancar dan memberikan impak kepada semua pesertanya dan institusi penaja.

Tetapi kini, tahun 2010 adalah berbeza dengan 2009. Saya kini telah berada lebih kurang 250km dari Bandaraya Johor Bahru, tempat di mana saya mengenal erti kehidupan dan segalanya yang dimiliki sekarang. Jarak yang semakin jauh dan kekangan tugas yang semakin banyak pastinya akan menganggu keberkesanan program jika tidak diurus dengan cara terbaik. Apatah lagi, kini saya telah membuat keputusan untuk melanjutkan pelajaran di UKM semula. Kekangan masa yang semakin menghimpit ini telah menyebabkan saya semakin menghargai masa 24 jam yang Allah berikan. Memang sukar untuk membahagikan 6 perkara dalam masa yang kita miliki semua sama tapi tidak mustahil kan. INSYAALLAH, SAYA AKAN CUBA MELAKUKAN YANG TERBAIK UNTUK SEMUA!!!!!

Akhirnya, saya berharap semua tenaga kerja TMFH lebih bersedia untuk menghadapi cabaran yang saya maksudkan di atas tadi. Kuatkanlah TMFH dan janganlah ada sebarang dendam atau perasaan buruk sangka antara kita kerana kita sedang menjalankan urusan yang diperintahkan oleh Allah dan tidak pasti sampai bila kita mampu memiliki ilmu ini. Tingkatkan fokus pada program dan sentiasa berfikir untuk keberkesanan setiap program yang dijalankan. BERSAMA-SAMA KITA BERGANDING BAHU UNTUK KEJAYAAN SEMUA. MOGA TMFH TERUS HEBAT......HEBAT 1...YES...HEBAT 2....YES YES...HEBAT 3...YES YES YES SIRRRRRRRRR!!!!!!

Wasalamm

1 comment:

mohd zul hifdzi said...

salam tn.semoga panjang umur dan murah rezeki.

sy doakan agar tn sentiasa diberikan kekuatan oleh Allah untuk meneruskan perjuangan ini.. Amiin.

tq.
wasalam

KEM PEMIMPIN HEBAT 2009 - SEKOLAH AGAMA SENAI UTAMA

KENANGAN BERSAMA PELAJAR SMP 4 SRI PINANG, INDONESIA

KURSUS EKSPLORASI KEPEMIMPINAN PEMIMPIN SMK TASEK UTARA 2009

KURSUS KEMAHIRAN BERPERSATUAN - SMKSETA 2009

PROGRAM INTEGRASI PESERTA PLKN SIRI 6 KUMPULAN 1 2009 - KEM WARISAN MASJID TANAH, MELAKA

KEM PEMIMPIN HEBAT 2009 - SEKOLAH AGAMA TAMBATAN TINGGI

KURSUS JURULATIH MODUL INTEGRASI PLKN SESI 1 2009

KURSUS INTENSIF LEPASAN SPM 2008 - KOLEJ SAL JB

MOTIVASI MINDA FIKIR HEBAT BERSAMA SEKOLAH AGAMA KOPOK BARU

KENANGAN TERINDAH KEM PENGGUGAHAN KENDIRI SMK TASEK UTARA 2008

MEMORI KEM IHYA' RAMADHAN 2008

Bersama Fasilitator Kem Ihya Ramadhan

Bersama Fasilitator Kem Ihya Ramadhan
Jasamu Tetap Dikenang

Kem Minda Fikir Hebat

Kem Minda Fikir Hebat
kenangan bersama Sekolah Sri Johor Bahru