Wednesday, May 14, 2008

KLINIK SMART EXAM...JOM SERTAI RAMAI-RAMAI

MAKLUMAN UNTUK SEMUA YANG BERMINAT...

TMFH DAN SAIDINA SMART CONSULTANCY AKAN MENGADAKAN SATU KLINIK SMART EXAM UNTUK PERINGKAT UPSR, PMR DAN SPM PADA CUTI SEKOLAH NI SEPERTI BUTIRAN DI BAWAH:

TARIKH : 2-4 JUN 2008 (UPSR)
2-5 JUN 2008 (PMR & SPM)
TEMPAT : TIRAM INDAH VILLAGE, ULU TIRAM, JOHOR

KLINIK INI ADALAH MENEKANKAN PEMBELAJARAN SECARA MUDAH BAGI SUBJEK-SUBJEK SEPERTI DI BAWAH :

UPSR - B.M, B.I, MATEMATIK DAN SAINS
PMR - B.INGGERIS, MATEMATIK, SAINS, SEJARAH DAN GEOGRAFI
SPM - B.MALAYSIA, B.INGGERIS, MATEMATIK MODEN, SAINS TERAS, FIZIK, SEJARAH

SEMUA TENAGA PENGAJAR ADALAH MEREKA YANG PAKAR DALAM BIDANG MASING-MASING. ANDA PASTI BERPUASHATI DAN TAK RUGI MENGELUARKAN SEDIKIT PERBELANJAAN UNTUK MENGIKUTI KLINIK INI.

JOM RAMAI-RAMAI JOIN. SEMUA JURULATIH DAN FASILITATOR TMFH DAN SAIDINA SMART AKAN BERSAMA-SAMA DALAM KLINIK INI. DI BAWAH INI DI SERTAKAN TENTATIF PROGRAM:

02 JUN 2008 (Isnin)
07.30 - 09.30 - Pendaftaran
09.45 - 10.00 - Sarapan Pagi
10.00 - 01.00 - SMART B.MALAYSIA (UPSR), SMART SAINS (PMR), EASY MATH MODEN (SPM)
01.00 - 02.00 - Makan Tengahari dan Solat Zohor
02.00 - 04.30 - SMART B.MALAYSIA (UPSR), SMART SAINS (PMR), EASY MATH MODEN (SPM)
04.30 - 05.15 - Solat Asar dan Persiapan
05.15 - 06.30 - Riadah Minda
06.30 - 07.15 - Makan Malam dan Persiapan
07.15 - 09.00 - Solat Maghrib, Kuliah Maghrib, Solat Isyak
09.00 - 11.00 -MEMBINA MINDA DAN DIRI HEBAT
11.00 - 11.30 - Solat Isyak, Bacaan Yasin dan Solat Hajat
11.30 - 12.00 - Minum Malam / Tidur

03 JUN 2008 (Selasa)
05.00 - 06.00 - Persiapan
06.00 - 07.15 - Solat Subuh dan Kuliah Subuh
07.15 - 08.15 - Senaman Pagi
08.15 - 09.00 - Sarapan Pagi
09.00 - 10.30 - SMART SAINS (UPSR), EASY MATH (PMR), SMART SAINS TERAS/ EASY ADD MATH
10.30 - 11.00 - Minum Pagi
11.00 - 12.30 - SMART SAINS (UPSR), EASY MATH (PMR), SMART SAINS TERAS/ EASY ADD MATH
12.30 - 02.00 - Makan Tengahari dan Solat Zohor
02.00 - 03.30 - EASY MATH (UPSR), EASY MATH (PMR), SMART SAINS TERAS/ EASY ADD MATH
03.30 - 04.00 - Minum Petang / Rehat
04.00 - 05.30 - EASY MATH (UPSR), EASY MATH (PMR), SMART SAINS TERAS/ EASY ADD MATH
05.30 - 06.00 - Solat Asar dan Persiapan
06.00 - 07.15 - Makan Malam dan Persiapan
07.15 - 09.00 - Maghrib, Bacaan Yassin, Solat Hajat dan Isya’
09.00 - 11.00 - JALAN MENUJU KEJAYAAN
11.00 - 11.30 - Minum Malam / Tidur


04 JUN 2008 (Rabu)
05.00 - 06.00 - Persiapan
06.00 - 07.15 - Solat Subuh dan Kuliah Subuh
07.15 - 08.15 - Senaman Pagi
08.15 - 09.00 - Sarapan Pagi
09.00 - 10.30 - EASY ENGLISH (UPSR), SEJARAH (PMR), SMART FIZIK/ SMART B.MALAYSIA (SPM)
10.30 - 11.00 - Minum Pagi
11.00 - 12.30 - EASY ENGLISH (UPSR), SEJARAH (PMR), SMART FIZIK/ SMART B.MALAYSIA (SPM)
12.30 - 02.00 - Makan Tengahari dan Solat Zohor
02.00 - 03.30 - EASY ENGLISH (UPSR), GEOGRAFI (PMR), SMART FIZIK / SEJARAH (SPM)
03.30 - 04.00 - Minum Petang / Rehat / TAMAT PROGRAM UPSR / BERSURAI
04.00 - 05.30 - GEOGRAFI (PMR), SMART FIZIK / SEJARAH (SPM)
05.30 - 06.00 - Solat Asar dan Persiapan
06.00 - 07.15 - Makan Malam dan Persiapan
07.15 - 09.00 - Maghrib, Bacaan Yassin, Solat Hajat dan Isya’
09.00 - 11.00 - MINDA PANTAS
11.00 - 11.30 - Minum Malam / Tidur

05 JUN 2008 (Khamis)
05.45 - 06.50 - Solat Subuh dan Kuliah Subuh
06.50 - 07.00 - Persiapan dan Kemas Diri
07.00 - 08.00 - Senaman Pagi
08.00 - 09.00 - Sarapan pagi
09.00 - 11.30 - EASY ENGLISH (PMR & SPM)
11.30 - 12.00 - Minum Pagi / Berkemas
12.00 - 01.30 - EASY ENGLISH (PMR & SPM)
01.30 - 02.30 - Makan Tengahari / Solat Zohor
02.30 - 04.00 - EASY ENGLISH (PMR & SPM)
04.00 - 04.30 - Majlis Penutup
05.00 - Bersurai

SESIAPA YANG BERMINAT, BOLEH MEMBUAT PENDAFTARAN DENGAN MENGHUBUNGI TALIAN BERIKUT:

019-3350637 (Kak Long)
012-7079596 (En. Rafik)
012-7222066 (Hj. Azlan)

KADAR BAYARAN :

UPSR : RM130.00 SAHAJA (Termasuk penginapan, makan minum selama 3 hari 2 malam, bahan percetakan, fail). Kalau mendaftar sebelum 26 Mei boleh dapat potongan harga RM30.00

PMR & SPM : RM180.00 SAHAJA (Termasuk penginapan, makan minum selama 3 hari 2 malam, bahan percetakan, fail). Kalau mendaftar sebelum 26 Mei boleh dapat potongan harga RM30.00

MURAH SANGAT TUUUUUU!!!!!!!!!!!!!!!!

CEPAT!!!!!!!!!!!!!!CEPAT!!!!!!!!!!!!!!!CEPAT!!!!!!!!!!!!!!...TEMPAT TERHAD...

KEM PEMIMPIN HEBAT SK TAMAN DAMAI JAYA, SKUDAI


SALAM KEHEBATAN DARI TMFH...


Apa khabar semua? Pastinya Alhamdulillah Hebat atau Hebat Sekali....Bagaimana dengan pemimpin-pemimpin muda dari SK Taman Damai Jaya, Skudai yang menyertai Kem Pemimpin Hebat pada hujung minggu lepas. Kenangan bersama anda masih lagi segar diingatan kami. Berbagai karenah dan gelagat yang telah anda tunjukkan kepada kami mengajar kami mengenai pentingnya setiap pelajar diberikan ilmu kepemimpinan sejak dari awal lagi kerana akan mengajar kita erti disiplin dan tanggungjawab untuk menjadi pelajar yang berguna di sekolah.

Masih ingatkah adik dengan identiti pemimpin yang telah kami ajarkan dalam program itu. Identiti pemimpin adalah amat penting bagi memastikan kita sentiasa bersemangat dan menyedari yang kita adalah pemimpin. Oleh itu, sebagai pemimpin, anda mestilah mempunyai identiti yang berbeza dengan pelajar-pelajar yang lain. Anda mestilah lebih Hebat dari mereka semua kerana anda merupakan PERMATA DI ANTARA PERMATA yang ada di sekolah anda. Pelajar lain akan lebih mudah untuk mencari kesalahan anda. Walaupun ianya kecil tapi pasti memberikan kesan kepada imej pemimpin yang lain di sekolah. Jagala identiti anda sebagai pemimpin di sekolah.

Teruskan Berusaha untuk mengejar cita-cita anda sebagai pemimpin Hebat pada satu hari nanti.

Semoga kita jumpa lagi dalam program-program yang akan datang. SALAM KEHEBATAN DAN JUMPA ANDA DI MERCU JAYA.


KAMI HEBAT......YES...YES....YES....SIR!!!!!!!!!!!!!!!!

Monday, May 5, 2008

BERSAMA PELAJAR SMK TUN SYED NASIR ISMAIL



Assalamualaikum dan Salam Kehebatan untuk semua...


Ingatan pada kem pemimpin hebat minggu lepas pasti masih segar dalam ingatan anda sekelian. Begitu juga dengan kami. Kenangan bersama anda sekelian akan tetap kami ingat sebagai antara kenangan terindah sepanjang minggu lepas. Rasa tak cukup kan masa 2 hari 1 malam tersebut kerana kami merasakan antara anda baru membina hubungan mesra dan berpisah. Apapun, kami harapkan anda akan terus berjuang dalam satu kumpulan dan jadilah contoh kepada pelajar-pelajar yang lain di sekolah. Ingatlah pesan yang telah saya berikan pada malam kita bersama tersebut. Jangan mudah untuk korbankan diri kita kerana Cinta yang tidak pasti. Pengorbanan boleh anda lakukan pada tempat yang betul seperti berkorban jiwa, raga dan sepenuh semangat untuk menjadi pelajar yang Hebat di sekolah. Hebat dalam ertikata yang positif iaitu menunjukkan sikap yang boleh menjadi contoh kepada pelajar lain. Bantulah guru anda dalam memastikan keharmonian di sekolah. Jangan gadaikan maruah sekolah anda. Berjuanglah untuk menaikkan nama sekolah anda dan jadikanlah sekolah anda sebagai sekolah yang Hebat selama-lamamya. Ciptalah Sejarah untuk diri anda dan sekolah anda.


Akhir kata....SALAM KEHEBATAN dari saya dan TEAM MINDA FIKIR HEBAT....

KEM PEMIMPIN HEBAT SMK KOMPLEKS SULTAN ABU BAKAR (KSAB)


Assalamualaikum semua pemimpin-pemimpin muda SMK KSAB...


Bagaimana anda sekarang? Apakah kesan program yang telah anda ikuti tempohari ke atas kepemimpinan anda di sekolah? Berbagai ilmu dan kemahiran menjadi pemimpin telah anda perolehi dalam Kem Pemimpin Hebat yang lepas kan. Apakah semangat berpasukan yang tinggi masih lagi anda kekalkan sehingga sekarang. Segalanya berada di tangan anda sekarang. Gunakanlah segalanya dengan cara yang terbaik. Kekalkan sikap bekerjasama dan tidak mengenal erti putus asa serta berjuang dan terus berjuang untuk satu matlamat iaitu mencipta sejarah di sekolah anda pada tahun 2008 ini. Bina pasukan anda sebagai pasukan yang mantap dari segenap sudut. Buktikan walaupun anda berasal dari keluarga yang kurang berkemampuan dan kurang pendedahan terhadap ilmu kepemimpinan, tapi anda mampu menunjukkan prestasi yang membanggakan setiap hari. Banggalah dengan sekolah anda dan sentiasa berusaha menaikkan nama guru-guru anda kerana tanpa mereka, sukar untuk anda berada pada tahap sekarang.


Akhirnya.....ingat IKRAR PEMIMPIN HEBAT yang telah anda lafaskan dihadapan guru-guru anda tempohari. Jadikan ianya sebagai ingatan dalam minda anda kerana anda semua mampu menjadi PEMIMPIN HEBAT pada satu masa nanti. Teruskan berusaha dan jangan mudah putus asa.


SALAM KEHEBATAN DARI TEAM MINDA FIKIR HEBAT...

Tuesday, April 22, 2008

WIRA DAN WIRAWATI SMA AL-QURAN WADDIN


Assalamualaikum dan Salam Kehebatan.....


Apa khabar anda semua peserta Kem Pemimpin Hebat 2008 yang baru berlangsung pada 19-20 April yang lepas? Bagaimana dengan ilmu-ilmu untuk menjadi pemimpin Hebat yang telah anda perolehi tempohari? Pastikan ianya sentiasa subur mekar dalam jiwa anda semua dan sentiasa meningkatkan semangat dalam diri kita untuk menjadi pemimpin yang Hebat. Sesungguhnya kurniaan terbesar yang Allah kurniakan kepada kita adalah akal fikiran. Dengan akal fikiran, kita boleh menjadi apa sahaja yang kita inginkan asalkan ianya mengikut jalan Sunnah dan Al-Quran. Jangan terlalu membataskan diri kita dengan pelbagai halangan yang kita bina sendiri. Anda semua telah buktikan kepada kami yang anda semua mempunyai bakat kepemimpinan yang boleh diasah lagi menjadi lebih baik dan berkesan pada masa akan datang. Seorang pemimpin yang beragama Islam mestilah mempunyai prinsip perjuangan yang jelas, matlamat yang padu, sentiasa berusaha dan tidak putus asa serta yang paling penting memiliki pemikiran yang tajam serta kreatif (inovatif). Anda telah buktikan semuanya!!!. Asas menjadi pemimpin yang hebat telah anda ketahui dan sekarang, terserah kepada anda untuk mengembangkan asas berkenaan. Landaskanlah ianya dengan iman yang padu serta semangat perjuangan yang tidak mengenal erti gagal. Anda Pasti Berjaya!!!!!!


Sambutlah SALAM KEHEBATAN DRI TEAM MINDA FIKIR HEBAT....HEBAT MINDA...HEBAT MEMIMPIN...HEBAT HATI....HEBAT BERIBADAH...TERUSKAN PERJUANGAN!!!!!!!!!!

Monday, April 21, 2008

PEMIMPIN MASA DEPAN SIGS


Salam Minda Fikir Hebat untuk semua...


Bagaimana anda sekarang? Adakah anda semua semakin bersemangat untuk menjadi pemimpin yang hebat? Tanpa melangkah selangkah, anda tak mungkin akan tiba ke destinasi yang dituju. Tahniah kepada semua peserta yang telah menunjukkan semangat yang MENYERLAH JAUH DARI YANG BIASA. Memang tidak silap guru anda memilih anda sebagai pemimpin di sekolah yang mempunyai sejarah kegemilangan yang tersendiri. Pasti sekolah anda berbangga mempunyai pemimpin seperti anda untuk menjadi PENYAMBUNG WARISAN KEGEMILANGAN yang dibina oleh pelajar yang terdahulu. Tingkatkanlah semangat memimpin setiap hari dan ingatlah, seorang pemimpin yang hebat memerlukan kekuatan mental dan fizikal. Jangan mudah putus asa dan bersedia menjalankan apa juga tugas yang diarahkan. Anda telah buktikan kepada kami dalam aktiviti TITANIC tempohari kan.


Semoga pemimpin SIGS terus Hebat dari hari ke hari. Berilah kerjasama penuh pada Ketua Pengawas anda. Lupakan soal kepentingan diri dan binalah kerjasama dan semangat berpasukan yang jitu antara anda.


SALAM KEHEBATAN DARI TEAM MINDA FIKIR HEBAT....HEBAT DAN TERUS HEBAT!!!!!

PEMIMPIN MUDA SK MAJIDI BAHRU


Assalamualaikum dan Salam Kehebatan kepada semua,


Apa khabar pemimpin-pemimpin hebat dari SK Majidi Bahru. Semoga bakat kepemimpinan yang anda miliki dan telah anda tonjolkan pada kursus sehari tempohari dapat digunakan dengan sebaik-baiknya untuk masa depan yang lebih gemilang. Teruskanlah berusaha memimpin pelajar-pelajar lain di sekolah adik-adik dan tunjukkan bahawa adik mempunyai keinginan yang tinggi untuk menjadi pemimpin yang berjaya. Selalulah tersenyum. Jangan lupa SENYUM 3 .....Semoga kita berjumpa lagi pada masa akan datang. Jangan malu untuk laungkan:


ANDA HEBAT????........YES!!!!

ANDA HEBAT????........YES...YES...!!!!!!!!!!!

ANDA HEBAT????........YES...YES...YES!!!!!!!!!!!

Sunday, April 13, 2008

KEM PEMIMPIN HEBAT SMK TANJUNG PUTERI RESORT


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...

Masih segar lagi ingatan anda pada Kem Pemimpin Hebat yang baru berlalu kan. Pastinya!!!!. Kami pun masih lagi teringat kenangan indah bersama pemimpin-pemimpin yang hebat dan 'nakal' dari SMK Tanjung Puteri Resort. Semoga semua peserta mendapat berbagai manafaat dari aktiviti-aktiviti yang telah anda lalui sepanjang kem ini. Memang sukar kan menjadi seorang pemimpin yang hebat. Mungkin anda boleh menjadi pemimpin yang biasa, tetapi untuk menjadi Pemimpin Hebat, anda memerlukan semangat dan kerjasama yang hebat juga dari semua yang terlibat. Buanglah semua sikap-sikap negatif yang boleh menjejaskan bakat kepemimpinan anda pada masa kini dan akan datang. Cuba melatih fikiran anda agar bersikap terbuka dan sentiasa sedia menerima tunjuk ajar dan teguran yang diberikan oleh orang lain khususnya guru-guru anda. Anda semua sepatutnya merasa bertuah kerana mempunyai guru-guru yang ikhlas ingin membantu anda berjaya menjadi pemimpin kepada diri sendiri dan masyarakat anda. Hormati dan sokonglah usaha-usaha mereka yang ingin menjadikan anda insan cemerlang dan hebat. Jadikanlah pengajaran segala apa yang telah anda pelajar di kem ini sebagai satu titik tolak untuk menjadikan anda MENYERLAH JAUH DAR YANG BIASA!!!!!. Ingat janji dan ikrar yang telah anda buat kepada kami semua. Jangan sekali-kali mudah mengalah dan sentiasalah berfikir untuk membuktikan bahawa anda akan mampu "STANDING IN THE EYES OF THE WORLD" pada satu hari nanti.


SALAM PEMIMPIN HEBAT DARI KAMI. MOGA TERUS MAJU DAN CIPTALAH SEJARAH UNTUK PERSATUAN ANDA PADA TAHUN 2008 INI !!!!!!!! BUKTIKAN LAH SEKARANG!!!!!!

KURSUS SEHARI PEMIMPIN HEBAT SMK AMINUDDIN BAKI


Salam Kepemimpinan Semua....

Bagaimana anda sekarang? Adakah semangat menjadi pemimpin yang telah ditunjukkan dalam kursus sehari itu masih lagi membara hingga kini? Kami harapkan anda dapat mengekalkan semangat perjuangan itu dan menambahkannya dari hari ke hari untuk mencapai tahap sebagai PEMIMPIN HEBAT pada satu hari nanti. Pastinya banyak perubahan yang anda lakukan untuk mengukuhkan lagi badan Pengawas di sekolah anda. Penelitian yang telah saya buat terhadap tindakbalas yang anda berikan menunjukkan anda merupakan pemimpin yang Hebat dan pihak sekolah tidak silap memilih anda untuk menjadi pemimpin di sekolah. Teruskanlah kehebatan ini!!! Jangan sia-siakan peluang yang telah diberikan oleh pihak sekolah kepada anda. Balas semua kepercayaan yang telah diberikan oleh pihak sekolah kepada anda dengan berbagai perubahan yang telah anda janjikan dalam Ikrar Pemimpin Hebat yang telah anda lafaskan di hadapan mereka tempohari. Anda mampu lakukannya. Gerakkan seluruh jentera kekuatan badan pengawas di sekolah, susun strategi semula dan kukuhkan kerjasama antara ahli. Buang sikap mementingkan diri sendiri kerana semua ahli juga ingin berjaya dalam akademik dan kerjaya pada masa akan datang. Ingat pesanan saya ini:

1. CIPTA SEJARAH UNTUK BADAN PENGAWAS TAHUN 2008 INI.

2. BERKHIDMATLAH DENGAN SEPENUH KEIHKLASAN HATI BUKAN KERANA NAMA ATAU SIJIL.

3. MENYOKONG KETUA ANDA DALAM MENJALANKAN APA-APA JUGA TUGAS SELAGI IANYA MEMBERIKAN KEUNTNGAN KEPADA BANYAK PIHAK.

4. MENJAGA NAMA BAIK SEKOLAH ANDA KERANA ANDA ADALAH CERMIN KEPADA SEKOLAH. BURUK ANDA BURUKLAH NAMA SEKOLAH ANDA.

5. SENTIASA BERFIKIRAN BAHAWA ANDA DILAHIRKAN SEBAGA INSAN YANG HEBAT.


Teruskan usaha. Teruskan Tekad. Teruskan Perjuangan. Teruskan Kehebatan.


Salam Perjuangan dari Team Minda Fikir Hebat.

Tuesday, April 8, 2008

KEM PEMIMPIN HEBAT SMK SERI KOTA PUTERI 2


SALAM KEPEMIMPINAN untuk semua peserta.....


Bagaimana anda semua ketika ini? Adakah anda telah merasakan bahawa diri anda telah menjalankan semua tugas-tugas yang telah dijanjikan semasa kem pemimpin hebat tempohari. Anda semua mempunyai bakat yang besar untuk menjadi pemimpin pada masa akan datang. Segalanya berada di tangan anda sendiri. Anda yang menentukan sejauhmana corak kepemimpinan yang akan anda pilih untuk memastikan anda terus dilihat unggul di pesada kepemimpinan anda. Adakah anda merasakan perkara-perkara seperti di bawah:

1. Anda sentiasa berfikir mengenai apa yang anda lihat

2. Anda ingin melihat dahulu barulah anda berfikir mengenainya.

3. Anda tidak berbuat apa-apa mengenai perkara yang anda lihat.

4. Anda sentiasa melihat dan berfikir tetapi tidak berbuat apa-apa tindakan untuknya.


Sebagai pemimpin, kekalkanlah sikap tidak mengenal erti putus asa dan sentiasalah berusaha untuk menjadi pemimpin yang hebat. Semua orang mampu lakukannya dengan syarat anda sentiasa FIKIR HEBAT. Semoga kita berjumpa lagi dalam keadaan yang lebih baik dari semalam dan sambutlah SALAM KEPEMIPINAN dari TEAM MINDA FIKIR HEBAT.


JUMPA ANDA DI PUNCAK KEHEBATAN!!!!!!

KEM PEMIMPIN HEBAT 2009 - SEKOLAH AGAMA SENAI UTAMA

KENANGAN BERSAMA PELAJAR SMP 4 SRI PINANG, INDONESIA

KURSUS EKSPLORASI KEPEMIMPINAN PEMIMPIN SMK TASEK UTARA 2009

KURSUS KEMAHIRAN BERPERSATUAN - SMKSETA 2009

PROGRAM INTEGRASI PESERTA PLKN SIRI 6 KUMPULAN 1 2009 - KEM WARISAN MASJID TANAH, MELAKA

KEM PEMIMPIN HEBAT 2009 - SEKOLAH AGAMA TAMBATAN TINGGI

KURSUS JURULATIH MODUL INTEGRASI PLKN SESI 1 2009

KURSUS INTENSIF LEPASAN SPM 2008 - KOLEJ SAL JB

MOTIVASI MINDA FIKIR HEBAT BERSAMA SEKOLAH AGAMA KOPOK BARU

KENANGAN TERINDAH KEM PENGGUGAHAN KENDIRI SMK TASEK UTARA 2008

MEMORI KEM IHYA' RAMADHAN 2008

Bersama Fasilitator Kem Ihya Ramadhan

Bersama Fasilitator Kem Ihya Ramadhan
Jasamu Tetap Dikenang

Kem Minda Fikir Hebat

Kem Minda Fikir Hebat
kenangan bersama Sekolah Sri Johor Bahru