Monday, November 17, 2008

TIPS PEPERIKSAAN: LATIHAN MINDA HEBAT


1.Duduk dikerusi anda dengan selesa. Tangan diletakkan diatas peha. Badan tidak bersandar. Tenangkan fikiran dan kendurkan setiap otot, sendi, uratsaraf dan pejamkan mata anda.

2.Tarik nafas beberapa kali dalam-dalam. Tarik melalui hidung dan hembuskan melalui mulut. Ketika nafas ditarik, gambarkan yang anda menyedut keyakinan diri. Ketika nafas dibuang, gambarkan yang anda membuang segala ketakutan dan kebimbangan.

3.Saya percaya anda pernah capai kejayaan sebelum ini, sama ada kecil atau besar. Saya mahu anda kembali kepada peristiwa kejayaan itu. Kejayaan itu mungkin berkaitan dengan pelajaran, sukan, debat dan sebagainya. Pilih satu yang paling bermakna kepada anda. Dimana ia berlaku? Apa yang berlaku? Apa yang anda dapat lihat? Suara apa yang anda dengar? Kalau ada tepukkan, dengar tepukan gemuruh ketika itu. Kalau ada puji-pujian dengarkan suara siapa yang memuji itu. Gambarkannya secara jelas mengikut kemampuan anda. Dengar suara yang ada dengan jelas. Rasakan apa perasaan anda ketika itu. Rasakan keseronokan anda pernah dipuji. Rasakan kebanggaan anda sebagai orang yang berjaya ketika itu. Hadirkan perasaan itu kembali.

4.Apabila perasaan yakin dan bangga mula memuncak, cubit sedikit kedua-dua peha anda dengan tangan. Biar terasa sedikit sakit. Buka mata anda, dan pejam kembali. Ulang langkah 2 - 4 beberapa kali.

5.Kini pejamkan mata, gambarkan anda melangkah masuk ke dewan peperiksaan. Gambarkan anda duduk dikerusi dan diatas meja tersedia kertas soalan. Rasakan ketenangan dalam dewan. Gambarkan kini anda membelek-belek kertas soalan dan anda dapati semua apa yang anda baca keluar. Rasakan kegembiraan itu. Gambarkan bagaimana anda menjawab setiap soalan satu persatu dengan penuh keyakinan. Ide keluar mencurah-curah. Gambarkan 8A/9A dalam PMR atau12/13/14/15/16A untuk SPM. Ketika ini sekali lagi cubit kedua-dua peha anda seperti yang telah anda lakukan dalam langkah 4 tadi.

6.Buka mata anda, ulangi langkah 5 beberapa kali.

7.Buatkan latihan minda ini 10 - 15 minit setiap hari. Sekiranya anda lakukan latihan ini sungguh-sungguh setiap hari, anda dapat mengawal perasaan takut anda ketika berada didewan peperiksaan dengan menarik nafas dan mencubit kedua-dua peha.

Kejayaan latihan minda di atas banyak bergantung kepada kesungguhan anda melatih diri, kekerapan latihan dan tumpuan anda.

Thursday, November 13, 2008

KEM MOTIVASI MFH PENGGUGAHAN KENDIRI 2008 - SMK TASEK UTARA











Assalamualaikum dan Salam Kehebatan...
Sedia...Yes Sir....Siapa Anda....Pelajar Hebat....Dari Mana....SMK Tasek Utara...Satu...Yes...Dua..Yes Yes..Tiga...Yes Yes Yes Sir....Masih ingat tak lagi laungan semangat ini. Laungan ini yang telah anda zahirkan dengan penuh semangat sewaktu kem yang dijalankan pada 10-11 November 2008 yang lepas. Kenangan indah kami bersama-sama anda dalam kem ini amat bermakna kerana anda semua telah menunjukkan perubahan sikap yang positif untuk menjadi pelajar yang Hebat, Hebat dalam akhlak, tingkahlaku, pertuturan, perbuatan dan akhirnya berazam untuk cemerlang dalam peperiksaan. Segala pembelajaran yang telah anda perolehi sewaktu kem ini kami harapkan dapat digunakan dengan cara yang terbaik. Dalam kem ini anda telah belajar bagaimana perlunya semangat yang tidak mengenal erti putus asa untuk mencapai sesuatu kejayaan. "NEVER EVER EVER GIVE UP". Anda telah membanggakan kami dengan telah melaksanakan segala tugasan yang telah diberikan secara Hebat dan cekap. Ini menunjukkan bahawa dalam diri anda mempunyai potensi diri untuk menjadi orag yang Hebat satu hari nanti.

Adik-adik semua, ibubapa dan guru merupakan orang yang bertanggungjawab untuk membentuk diri kita menjadi manusia yang Hebat. Kenangilah semua pengorbanan dan jasa yang telah mereka curahkan kepada anda selama ini kerana tiada seorang ibubapa atau guru yang ingin melihat kehancuran hidup anda pada masa hadapan. Tanamkan sikap sayangkan mereka dan hadiahkanlah kejayaan anda nanti kepada mereka dengan perasaan bangga dan buktikan segala anggapan negatif guru anda di sekolah sebagai satu cabaran kepada diri anda menjadi insan yang Hebat. Buktikanlah!!!!!!!!!!!!!!!!

Akhirnya, semoga anda terus berusaha menjadi orang yang Hebat kerana anda dilahirkan dengan segala keHebatan itu. Salam Ingatan dari kami dan jumpa anda di puncak KEHEBATAN. Hebat di Dunia Terhebat Di Akhirat..

Wednesday, November 12, 2008

MOTIVASI MINDA FIKIR HEBAT SK KOMPLEKS UDA











Assalamualaikum dan salam kehebatan..


Apa khabar adik-adik tahun 5 di SK Kompleks Uda? Ingat lagi tak apa yg telah saya ajarkan pada program 4 November 2008 tempohari. Bila ada orang bertanya 'Apa Khabar' pada kita..kita mesti jawab 'Alhamdulillah HEBAT' bagi yang beragama Islam atau 'HEBAT' bagi yang beragama lain. Letakkan perkataan HEBAT ini dalam diri adik-adik sentiasa. Dalam pertemuan singkat selama 2 jam saya bersama-sama adik semua telah saya tunjukkan bagaimana untuk menjadikan diri kita seorang yang HEBAT. Sejarah orang-orang HEBAT telah saya tunjukkan kan. Ingat lagi orang yang bernama Lin Dan, Sylvester Stallone atau Rambo, Micheal Phelps, Dr. Irfan Khairi dan lainnya. Semua mereka telah buktikan bahawa KEJAYAAN ADALAH MILIK SEMUA. Perkara yang paling penting dalam hidup kita adalah berusaha untuk berjaya.


Ingat lagi tak apa petua kejayaan yang telah saya beri pada hari itu. KEJAYAAN ADALAH SEMUDAH A B C D kan... A adalah untuk Aim atau matlamat yang ingin kita capai, B pula adalah untuk Belive atau Percaya pada diri anda sendiri kerana bukan orang lain yang boleh menjadikan kita berjaya kecuali diri kita sendiri, C pula adalah untuk Courage atau Berani untuk mencuba atau berani gagal. Jangan takut kepada peperiksaan sebaliknya sayangilah peperiksaan. Letakkan ungkapan I Love UPSR dalam diri adik-adik sekarang. Akhirnya D atau Do It iaitu adik kena bertindak dari sekarang untuk berjaya pada masa depan. Segala ilmu untuk berjaya telah adik perolehi sama ada melalui ceramah saya pada tempohari atau melalui guru-guru di sekolah. Jadi adik kena gunakan ilmu itu untuk adik cemerlang khususnya dalam UPSR tahun 2009 kelak.


Akhir kata dari abang, semoga adik terus berjaya dan berjaya pada masa depan. Jaga keselamatan diri khususnya pada cuti sekolah ini. Wujudkan semangat baru dalam diri untuk lebih bersemangat menghadapi UPSR tahun 2009. Ingat...KEJAYAAN ADALAH HAK SEMUA. ANDA BERHAK UNTUK HEBAT....ANDA BERHAK UNTUK BERJAYA....ANDA BERHAK UNTUK MENDAPAT 5A DALAM UPSR....


Salam Minda Fikir Hebat dari saya...JUMPA ANDA DI PUNCAK KEHEBATAN.

Monday, November 3, 2008

MOTIVASI MINDA FIKIR HEBAT SA SUNGAI TIRAM 2008
















Assalamualaikum dan Salam Kehebatan buat semua..

Apa khabar? Masih ingat lagi apa perkataan yang perlu anda jawab? Alhamdulillah HEBAT!!! Sematkan ungkapan ini dalam diri anda untuk selama-lamanya kerana setiap kali anda mengatakan yang diri anda HEBAT, anda telah berterima kasih pada Allah kerana telah menjadikan anda dengan sesempurna keadaan. Lihatlah diri anda semua dari hujung rambut sampai hujung kaki...tiada yang kurang kan?? Ang harapkan agar semua peserta yang telah mengikuti program Motivasi Minda Fikir Hebat pada 1 Novamber 2008 yang lepas telah mendapat banyak manafaat yang pastinya boleh digunakan untuk menjadikan diri anda HEBAT berbanding dengan sebelum ini. Masih ingat lagi ungkapan yang abang sebutkan tempohari??? "Kejayaan Bukan Mudah"...."Kejayaan Bukan Boleh Dibeli" dan banyak lagi. Jadikan ianya sebagai tonik penguat semangat anda setiap hari agar diri anda semua dapat dimotivasikan setiap hari. Ingat lagi 7 kunci kejayaan yang telah abang berikan dalam program tersebut iaitu 1. Ghairah untuk berjaya 2. Percaya pada diri sendiri 3. Strategi yang berkesan 4. Nilai-nilai yang jelas 5. Tenaga yang hebat 6. Bina hubungan baik 7. Kemahiran berkomunikasi. Kesemua ini adalah senjata penting bagi mereka yang ingin terus meniti puncak kecemerlangan dalam akademik dan hidup mereka. Hadapilah peperiksaan anda dengan tenang dan hadiahkanlah kejayaan yang akan anda perolehi nanti kepada semua orang yang mengharapkan kejayaan anda. Jangan sia-siakan keringat mereka yang mengharap!!!!

Akhirnya....selamat maju jaya dan Jumpa Anda Dipuncak Kehebatan.

Salam Minda Fikir Hebat

SELAMAT BERPISAH KEPADA EDI


Assalamualaikum dan Salam Kehebatan untuk semua...
Semoga anda semua sentiasa dalam rahmat dan keredaan-Nya. Terima kasih kepada pihak Tiram Indah Vilage kerana sudi menjemput kami dalam majlis perpisah seorang pekerja yang telah lama berkhdimat di Tiram Indah Village kerana akan pulang semula ke negaranya pada bulan novamber 2008 nanti. Saya secara peribadi telah mengenali beliau cukup lama. Seingat saya, beliau merpakan seorang yang cukup didikasi dalam kerjanya, tidak pernah membantah dan sentiasa memberikan kerjasama yang cukup baik kepada saya dan semua rakan-rakan sewaktu kami menjalankan program di TIV. Bagi saya, kehilangan Edi di TIV merupakan satu kehilangan yang amat dirasakan. Tetapi setiap pertemuan pasti ada perpisahannya kan. Jika tidak kita berpisah secara hidup, pasti kita akan berpisah secara meninggalkan dunia ini untuk selamanya. Marilah kita sama-sama doakan agar Edi diberikan kebahagiaan hidup dan berjaya dalam apa juga kerjaya yang diceburinya selepas ini. Akhirnya, terimalah pantun dari kami di TMFH untuk saudara EDI dan isteri:

AWAN BERARAK REDUP DI MATA
MENUTUP ATAP KEMAS BERSAMPUL
BIAR JARAK MEMISAHKAN KITA
DI HATI TETAP IKATAN TERSIMPUL

DUDUK LELAP DI TEPI BENDANG
DISAPA JIRAN DATANG BERTAMU
JASAMU TETAP KAMI KENANG
MOGA KEJAYAAN SENTIASA BERSAMAMU

Selamat Berjaya untuk EDI dan Isteri......IKHLAS DARI SEMUA RAKAN TEAM MINDA FIKIR HEBAT (TMFH)

SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA UST ZUL & WAN NOR HANA


Assalamualaikum dan Salam Kehebatan untuk semua...

SELAMAT PENGANTIN BARU...SEMOGA ANDA BERDUA KEKAL BERSAMA DALAM BAHAGIA SEUMUR HIDUP...Tahniah kami ucapkan kepada pasangan Mohd Zul Roslan dan Wan Nor Hana yang juga merupakan rakan dalam TMFH kerana telah melangsungkan perkahwinan pada 26 Oktober 2008 yang lepas. Tahniah...Tahniah...Tahniah..semoga ikatan ini akan berkekalan selama-lamanya. Moga anda berdua dimurahkan rezeki yang barkah, dipanjangkan umur untuk kebaikan dan sentiasa mendapat rahmat ilahi. Perkahwinan adalah sesuatu perkara yang amat disukai oleh Rasulullah kerana ianya merupakan penyambung waris kita pada masa akan datang. Binalah kehidupan berkeluarga dengan penuh kesabaran dan awasilah segala perangkap syaitan yang sentiasa ingin menyesatkan kita. Warnai lah rumahtangga dengan kegembiraan dan keceriaan dan jika ada masalah, anggaplah tu merupakan asam garam dalam berumah tangga.

Akhirnya.....semoga berbahagia selalu. Tiada ada yang mampu saya berikan kecuali doa kepada Allah semoga anda diberikan keselamatan hidup di dunia dan akhirat. Tahniah Sahabat....

KEM MINDA FIKIR HEBAT SA TAMBATAN TINGGI 2008











Assalamualaikum dan Salam Kehebatan untuk semua....
Terlebih dahulu kami di TMFH mengucapkan syabas kepada semua pelajar-pelajar dari Sekolah Agama Tambatan Tinggi kerana telah berjaya menempuh segala halangan dan rintangan dalam Kem Motivasi Minda Fikir Hebat pada 25-26 Oktober 2008 yang lepas. Tahniah...Tahniah...Tahniah....Anda memang HEBAT dan memang anda dilahirkan HEBAT. Kami mengharapkan anda teruskan semua kehebatan yang telah anda tunjukkan dalam kem ini untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Tunjukkanlah bahawa SETIAP ORANG BERHAK UNTUK BERJAYA dan KEJAYAAN BUKAN MUDAH TAPI TIDAK MUSTAHIL UNTK DICAPAI. Kepada semua ketua kumpulan, saya ucapkan tahniah kerana anda telah menjalankan tugas dengan cemerlang dan penuh didikasi. Pengorbanan yang telah anda lakukan kepada kumpulan anda untuk mengangkat kumpulan anda sebagai kumpulan yang berjaya amat menarik perhatian kami. Jika anda lakukan segala pengorbanan tersebut dalam kehidupan seharian anda, pasti anda akan menganggap bahawa diri anda punyai keHEBATan yang tersendiri. Teruskanlah berusaha untuk mencapai kejayaan tersebut. Kepada semua ahli yang lain, tahniah kerana menjadi ahli yang setia dan penuh kekuatan dalaman dan luaran. Anda juga mampu mencapai puncak keHEBATan jika anda terus berusaha.

Akhirnya, semoga anda berjaya dan terus berjaya....SALAM KEHEBATAN....SALAM PERJUANGAN...SALAM MINDA FIKIR HEBAT....

1...YES...2....YES YES...3.....YES YES SIR.....

Tuesday, October 28, 2008

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SK TAMAN DAYA 3







Assalamualaikum dan Salam Kehebatan Untuk Semua Pelajar SK Taman Daya 3



Apa khabar anda semua? Pastinya HEBAT kan. Masih lagi segar Perkhemahan Unit Beruniform yang baru sahaja dilalui pada 24-26 Oktober 2008 yang lepas. Masih lagi segar di ingatan kami gelagat dan keletah anda semua sewaktu berprogram yang semua itu pastinya akan menjadi kekuatan untuk kami meneruskan perjuangan melahirkan insan-insan HEBAT di atas muka bumi ini. Segala pengalaman dan pengajaran yang telah anda perolehi sepanjang program tersebut diharapkan akan menjadi ingatan selamanya untuk memastikan anda terus berusaha bersungguh-sungguh dalam mengejar sebuah impian kerana KEJAYAAN BUKAN MUDAH. Pengalaman bersama kami sama ada melalui akitiviti di dalam dewan atau di luar, pahit manis perjuangan kumpulan anda untuk mencapai kejayaan, karenah ahli kumpulan yang berbagai-bagai dan sakit hati bila hak anda diambil dengan cara yang mudah diharapkan dapat memberikan kesan yang mendalam dalam diri adik-adik semua. Ingatlah bahawa adik-adik semestinya bersyukur kerana memiliki segalanya dengan mudah pada ketika ini. Kenangilah susah payah orang lain yang telah banyak berkorban untuk memenuhi segala hasrat adik-adik itu seperti ibubapa,keluarga dan guru yang sentiasa memikirkan untuk menjadikan adik insan yang HEBAT pada masa akan datang. Oleh itu, teruslah berusaha untuk mengembirakan hati mereka dan ingatlah IKRAR PELAJAR HEBAT yang telah adik lafaskan tempohari.



Semoga asik-adik terus maju jaya dan SELAMAT MENITI PUNCAK KEJAYAAN DENGAN KEHEBATAN

Monday, October 13, 2008

RENUNGAN BERSAMA


a) Mengikut hadith umat Rasulullah akan hidup selama 1500 tahun... sekarang sudah 1439 = 426 + 13 tahun hijrah.... daripada ini kita ketahui kita akan bertahan dalam masa 61 tahun lagi.. Jikalau ini benar, bumi akan kiamat pada tahun 2066...

b) Saintis telah menjumpai sebuah planet yang lebih kecil daripada bumi yang menghala ke bumi.. Ia telah dianggarkan bahawa planet itu akan melanggar bumi pada tahun 2014. Amerika akan cuba untuk menukarkan orbitnya dengan menembaknya dengan sebuah roket... Dan saintis juga telah menjumpai sebuah planet yang juga akan menghentam bumi... Ia dianggarkan akan melanggar bumi dalam masa 60 tahun lagi.. Dan planet ini lebih besar daripada bumi... Jikalau ini benar, dunia akan musnah pada tahun 2065.....

c) Dan dikatakan kuasa Israel akan mencapai puncaknya pada tahun 2007.... Dan kuasanya akan jatuh semula dalam 14 tahun, iaitu tahun 2022, disebabkan oleh penurunan semula Nabi Isa..... . Dan hadith mengatakan bahawa Nabi Isa hanya akan hidup selama 40 tahun dan dunia akan kiamat pada hari Nabi Isa wafat.. Jikalau ini benar dunia akan kiamat pada tahun 2062... Dianggarkan Bumi Akan K iamat Antara Tahun 2062-2066...

Wallahu'alam. .. Semua ini telah dikaji... Dan yang dipercayai paling tepat ialah hadith yang mengatakan bahawa umat Rasulullah akan bertahan selama 1500 tahun... K ita telah berada di bumi ini selama 1439 tahun... Cubalah anda kirakan sendiri... Beribadatlah wahai umat Islam sekalian... Ini adalah antara berpuluh-puluh artikel di internet yg seperti ini.. Dan jangan tunggu artikel seperti ini dikeluarkan baru kita nak buat amal. Perkara ni dah diajar sejak kita kecil lagi. K iamat pasti tiba. Hhanya orang yang leka dengan dunia shj yang akan rugi. Berhibur tidak salah tapi jangan lupa apa yang disuruh oleh Allah. Patuhi suruhan Allah dan tinggalkan yang mungkar. dan semoga bahagia dunia akhirat..sama- sama kita doakan kesejahteraan untuk semua umat Islam..

Thursday, October 9, 2008

DI UFUK FAJAR SYAWAL


Sayup bening di kaki langit

Fajar Syawal muncul kembali

tanda Ramadhan sudah

pamit untuk pulang!

Wahai Tuhan

ini adalah hari kemenangan

dalam sebuah perang nafsu

yang tidak pernah sirna

Ayuh aduhai taulan

marilah kita raikan saat kejayaan

dalam pintalan ukhuwah yang erat

menghulur tangan maaf dipohon

tanda kita saudara seagama

tak pernah berbeza

hanya amal dan taqwa

menjadi pemisahnya!

Pulanglah si perantau

kerana ayah bonda

sudah amat merindu

lupakanlah sengketa lalu....

kerana harga kerinduan sepasng mata tua

nan tidak pernah jemu menantimu di sana

usah biarkan mereka melakar duka dalam rebas air mata!

Garaplah purnama Syawalmu kali ini dalam seribu erti

kerana yang jauh sudah mula merepat kembali

dan yang dekat sudah kian mesra menaut rasa

sesungguhnya Syawal punya agenda istimewa

untuk disemat dalam kenangan

dalam larikan mimpi yang tidak pernah pudar!

Salam munajat yang kian panjang

sering ditadah doa agar amal terus diterima-Nya

kerana belum pasti Syawal

dapat menjengah diri

pada musim datang kembali....

Wahai Tuhan Rabul Izzati

Kau makbulkan munajat kami

agar Syawal ini adalah detik mula

bahawa esok adalah cahaya jaya

buat menambah amalan bekalan

untuk aku pulang ke negeri abadi

kerana hidup itu

sempadannya adalah MATI!
(Dipetik dari Majalah Anis, terbitan Oktober 2008)

KEM PEMIMPIN HEBAT 2009 - SEKOLAH AGAMA SENAI UTAMA

KENANGAN BERSAMA PELAJAR SMP 4 SRI PINANG, INDONESIA

KURSUS EKSPLORASI KEPEMIMPINAN PEMIMPIN SMK TASEK UTARA 2009

KURSUS KEMAHIRAN BERPERSATUAN - SMKSETA 2009

PROGRAM INTEGRASI PESERTA PLKN SIRI 6 KUMPULAN 1 2009 - KEM WARISAN MASJID TANAH, MELAKA

KEM PEMIMPIN HEBAT 2009 - SEKOLAH AGAMA TAMBATAN TINGGI

KURSUS JURULATIH MODUL INTEGRASI PLKN SESI 1 2009

KURSUS INTENSIF LEPASAN SPM 2008 - KOLEJ SAL JB

MOTIVASI MINDA FIKIR HEBAT BERSAMA SEKOLAH AGAMA KOPOK BARU

KENANGAN TERINDAH KEM PENGGUGAHAN KENDIRI SMK TASEK UTARA 2008

MEMORI KEM IHYA' RAMADHAN 2008

Bersama Fasilitator Kem Ihya Ramadhan

Bersama Fasilitator Kem Ihya Ramadhan
Jasamu Tetap Dikenang

Kem Minda Fikir Hebat

Kem Minda Fikir Hebat
kenangan bersama Sekolah Sri Johor Bahru