Assalamualaikum dan Salam Kehebatan untuk semua....
Terlebih dahulu kami di TMFH mengucapkan syabas kepada semua pelajar-pelajar dari Sekolah Agama Tambatan Tinggi kerana telah berjaya menempuh segala halangan dan rintangan dalam Kem Motivasi Minda Fikir Hebat pada 25-26 Oktober 2008 yang lepas. Tahniah...Tahniah...Tahniah....Anda memang HEBAT dan memang anda dilahirkan HEBAT. Kami mengharapkan anda teruskan semua kehebatan yang telah anda tunjukkan dalam kem ini untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Tunjukkanlah bahawa SETIAP ORANG BERHAK UNTUK BERJAYA dan KEJAYAAN BUKAN MUDAH TAPI TIDAK MUSTAHIL UNTK DICAPAI. Kepada semua ketua kumpulan, saya ucapkan tahniah kerana anda telah menjalankan tugas dengan cemerlang dan penuh didikasi. Pengorbanan yang telah anda lakukan kepada kumpulan anda untuk mengangkat kumpulan anda sebagai kumpulan yang berjaya amat menarik perhatian kami. Jika anda lakukan segala pengorbanan tersebut dalam kehidupan seharian anda, pasti anda akan menganggap bahawa diri anda punyai keHEBATan yang tersendiri. Teruskanlah berusaha untuk mencapai kejayaan tersebut. Kepada semua ahli yang lain, tahniah kerana menjadi ahli yang setia dan penuh kekuatan dalaman dan luaran. Anda juga mampu mencapai puncak keHEBATan jika anda terus berusaha.
Akhirnya, semoga anda berjaya dan terus berjaya....SALAM KEHEBATAN....SALAM PERJUANGAN...SALAM MINDA FIKIR HEBAT....
1...YES...2....YES YES...3.....YES YES SIR.....
1 comment:
A'KUM ABG AZLAN DAN TEAM MINDA FIKIR HEBAT. BOLEH TAK NAK TANYE SIKIT? BILE NAK MASUK KAN GAMBAR-GAMBAR KENANGAN MOTIVASI MINDA FIKIR HEBAT KAT SEKOLAH AGAMA KOPOK BARU MASAI.?
Post a Comment