Assalamualaikum dan Salam Kehebatan untuk semua....
Apa khabar calon-calon SPM di MRSM Pontian? Semoga bertambah Hebat lagi dalam menyusuri jalan menuju perjuangan terakhir pada bulan Novamber nanti. Peperiksaan SPM 2009 akan menjadi kayu pengukur kepada keHebatan yang telah anda semua buktikan dalam peperiksaan PMR dan UPSR yang lalu. Adakah anda mampu untuk mengekalkan keHEbatan itu? Semuanya terpulang kepada diri anda sendiri. Perubahan yang datang dari diri sendiri adalah lebih berkesan untuk menjadikan diri lebih baik. Orang lain hanya sebagai 'bahan perencah masakan' yang hendak di masak. Sama ada sedap atau tidak adalah bergantung kepada diri anda yang menentukannya.

Alhamdulillah, bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana masih lagi diizinkan untuk mengadakan program bersama-sama pelajar MRSM Pontian pada 2-4 Oktober 2009 yang lepas. Terimdak a kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada Tuan Pengetua dan guru dan pentadbiran MRSM Pontian kerana telah memberikan peluang untuk kali kedua bagi menjalankan program Kem Motivasi Minda Fikir Hebat kepada pelajar-pelajar HEBAT di MRSM Pontian, Johor. Ini merupakan satu penghargaan kepada kami dan kami di TMFH amat berterima kasih atas peluang ini.
Buat semua pelajar SPM yang mengikuti program tempohari, masih ingatkah anda dengan FORMULA H.E.B.A.T dan SIFIR KEJAYAAN? H - HASRAT YANG BERSUNGGUH-SUNGGUH E-EMOSI YANG TERKAWAL B-BERANI UNTUK BERTINDAK A-ATTITUDE / SIKAP/DISIPLIN DIRI YANG BAIK T- TINDAKAN DAN TAWAKAL. Program yang lepas telah membuktikan bahawa kejayaan akan hadir pada mereka yang mempunyai hasrat yang bersungguh-sungguh untuk berjaya, yang bijak mengawal emosi dirinya, yang sentiasa berani untuk bertindak dan mencuba perkara yang tidak diketahuinya, mestilah mempunyai sikap dan disiplin diri yang baik serta sanggup melakukan tindakan di samping bertawakal kepada Tuhan. Kesemua peserta telah diberikan kekuatan untuk mencapai kejayaan kerana "UNIVERSITI BUKAN UNTUK ORANG YANG PANDAI TAPI UNIVERSITI ADALAH UNTUK ORANG YANG RAJIN". Kami di TMFH mengharapkan anda semua akan melaksanakan segala janji-janji yang telah anda lafazkan sewaktu program tersebut. Jadilah pelajar yang sentiasa ingin berubah setiap hari dari yang baik kepada yang lebih baik dan akhirnya pasti anda akan menjadi ORANG YANG HEBAT.
Kami di TMFH sentiasa mendoakan kejayaan anda semua dalam SPM 2009 nanti. Ciptalah sejarah yang terindah untuk MRSM Pontian tahun 2009 ini. Hadiahkanlah ibubapa dan guru anda yang telah berpenat lelah memberikan segala ilmu selama ini dengan kejayaan yang cemerlang dalam SPM 2009. Di samping itu juga, janganlah lupakan tanggungjawab anda kepada yang MAHA PEMBERI dan MAHA PENYAYANG yang sentiasa bersama anda ketika anda gembira, sunyi, bersendiri, ramai, susah, senang, ketawa, sedih, berjaga, tidur dan semuanya. Teruslah berdoa kepada-Nya iaitu Allah Yang Esa dan percayalah pasti Dia akan memberikan kejayaan kepada hamba-Nya yang benar-benar ikhlas inginkannya.
Akhirkata....semoga kita berjumpa dalam keadaan yang lebih baik pada masa akan datang.....ingat GEMPUR HEBAT TMFH: ANDA HEBAT!!!!!!! YES..HEBAT 1...YES...HEBAT 2...YES YES...HEBAT 3...YES YES YES SIRRRRRRR!!!!!