Sunday, March 28, 2010

KEM PEMIMPIN HEBAT SMK TAMAN BUKIT INDAH JOHOR BAHRU

Assalamualaikum dan Salam Kehebatan pada semua...

Apa khabar pemimpin-pemimpin muda dari SMK Taman Bukit Indah Johor Bahru. Program yang telah dijalankan pada 12-13 Mac 2010 di Tiram Indah Village, Ulu Tiram Johor. Semoga anda terus bersemagat untuk meneruskan cita-cita menjadi pemimpin muda. Terima kasih atas kerjasama dan penglibatan terbaik yang telah ditunjukkan dalam program tempohari. Kesungguhan yang telah ditunjukan sepanjang program berkenaan mencerminkan semangat setiap peserta untuk memperolehi seberapa banyak ilmu untuk menjadi seorang pemimpin. Anda mesti memulakannya sekarang kerana masih lagi jauh perjalanan anda untuk menjadi Pemimpin Hebat.

















Sepanjang 2 hari program tersebut, semua peserta telah diberikan pelbagai pendedahan yang berguna sebagai seorang pemimpin di sekolah. Program ini menekankan kepada "Pembelajaran Secara Praktikal" iaitu jurulatih hanya berperanan sebagai moderator manakala segala aktiviti akan dilakukan oleh peserta. Pendekatan yang santai disamping memasukan unsur-unsur penting seperti Kerjasama Pasukan, Tanggungjawab pada diri dan sekolah, Tolak Ansur dan Tolarensi.
Kami di TMFH mengharapkan anda dapat menggunakan segala pengalaman yang telah diperolehi sepanjang program untuk menjadi pemimpin yang HEBAT. Semoga kita bertemu lagi dalam keadaan yang lebih baik pada masa akan datang. Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada semua yang telah terlibat memastikan program ini berjalan dengan lancar seperti pihak pengurusan SMK Taman Bukit Indah, semua jurulatih dan fasilitator TMFH dan akhirnya semua peserta2.

KEM PEMIMPIN MUDA HEBAT SEKOLAH AGAMA KG. KASTAM 2010


Assalamualaikum dan Salam Kehebatan buat semua..
Pada 6 Mac 2010 yang lalu, TMFH yang terdiri dari Ustaz Halim, Syahir, Jaafar dan Soleihin telah mengadakan Program Kem Pemimpin Muda Hebat kepada pemimpin-pemimpin muda dari Sekolah Agama Kampung Kastam, Johor Bahru. Program ini berlangsung selama sehari iaitu bermula jam 8 pagi hingga 5 petang. Program ini menekankan persiapan mental dan fizikal yang perlu dilakukan oleh setiap pemimpin muda sebelum menjadi pemimpin pada masa akan datang.
Pihak TMFH telah menyentuh pelbagai aspek seperti Formula Membina Pasukan Hebat, Komunikasi Berkesan, Mengenali Tugas sebagai pengawas, Tanggunjawab kepada sekolah dan keluarga. Program selama sehari ini telah mendapat kerjasama yang terbaik dari pihak sekolah dan pihak TMFH amat berbesar hati kerana telah diberikan peluang untuk mengendalikan program Kepimpinan Muda di Sekolah Agama Kampung Kastam ini. Semoga program ini akan memberikan manafaat yang terbaik khususnya kepada semua peserta untuk menjadi Pemimpin Hebat pada satu hari nanti.











Tuesday, March 9, 2010

KEM PERKASA DIRI REMAJA LELAKI MALABAR MUSLIM NEGERI JOHOR

Assalamualaikum dan Salam Kehebatan buat semua...














Pada 27-28 Februari 2010 yang lepas, saya dan warga TMFH (Ust Halim, Syahir, Jaafar dan Soleihin) telah berpeluang untuk bersama-sama seramai 60 orang remaja lelaki malabar muslim dalam program yang dipanggil Kem Perkasa Diri Remaja Lelaki Malabar Muslim Negeri Johor bagi zon selatan.



















Sepanjang 2 hari bersama-sama mereka, banyak kenangan terindah telah kami perolehi di samping perkongsian pengalaman dan ilmu mengenai pembentukan sahsiah diri yang mantap untuk membentuk modal insan yang berguna pada masa akan datang. Secara keseluruhannya, melalui soal selidik yang telah kami baca dari semua peserta, rasa kesedaran mengenai tanggungjawab diri telah mula terbit di dalam jiwa mereka untuk berubah menjadi insan yang lebih baik lagi berbanding sebelumnya. Input yang diberikan secara latihan fizikal, ujian ketahanan mental dan pengisian kerohanian telah diberikan dengan pendekatan santai dan mampu diikuti oleh semua peserta.

Alhamdulillah, saya bersyukur kehadrat Allah kerana telah memberikan kami kekuatan dan kesihatan yang baik untuk menghabiskan program ini dengan berjaya dan memuaskan hati pihak penganjur. Sekalung terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak Jemaah Malabar Muslim Negeri Johor khususnya kepada Pn. Fatimah dan En. Moideen kerana telah memberikan kami peluang untuk mengendalikan program ini. Sesungguhnya segala kesempurnaan yang berlaku sepanjang program ini adalah milik Allah dan kami hanya dipinjamkan ilmu yang amat sedikit ini untuk disampaikan kepada semua peserta. Sama-samalah kita berdoa agar semua janji yang telah dilafaskan oleh peserta program akan menjadi kenyataan yang akan menjadikan mereka orang yang lebih baik pada masa akan datang. Sekalung penghargaan dan terima kasih buat semua yang terlibat dalam melancarkan perjalanan program ini. Sesungguhnya hanya Allah yang mampu membalas segala budi dan jasa anda semua. Jumpa lagi di program yang akan datang.

ANDA HEBAT!!!! YES!!! HEBAT SATU!!!!YES...HEBAT DUA!!!! YES YES!!!! HEBAT TIGA!!!! YES YES YES SIRR!!!!

Wednesday, March 3, 2010

KENANGAN MENJADI JURULATIH MODUL INTEGRASI PLKN KUMP. 1 SIRI 7

Assalamualaikum dan Salam Kehebatan...

Gambar kenangan semasa menjadi Jurulatih Integrasi PLKN Siri 7 Kumpulan 1 pada 1-5 Februari 2010. Saya amat gembira sepanjang 5 hari bersama mereka kerana mereka telah memberikan kerjasama 200% kepada saya semasa menjalakan program Modul Integrasi. Berbagai ilmu telah berjaya ditimba dari program ini yang menunjukkan bahawa semua masyarakat tak kira apa juga bangsa dan agama mampu hidup bersama dalam keadaan harmoni dan saling menghormati antara satu sama lain. Semoga semangat kebersamaan ini kita teruskan sampai bila-bila demi kemakmuran dan keharmonian negara kita yang tercinta, MALAYSIA!!!

















































SEMOGA SATU HARI NANTI KITA AKAN BERTEMU DALAM KEADAAN YANG LEBIH BAIK DARI SEBELUM INI. SEMOGA ANDA SEMUA BERJAYA DENGAN CEMERLANG DALAM SPM NANTI DAN TERUS MENITI TANGGA-TANGGA KEJAYAAN. JADIKAN SEGALA NASIHAT DAN PESANAN SAYA SEMASA PROGRAM TEMPOHARI SEBAGAI PEMANGKIN SEMANGAT UNTUK TERUS CEMERLANG DAN MENJADI INSAN YANG HEBAT!!!!!!!!!!!!

Thursday, February 11, 2010

KEM MOTIVASI JATIDIRI HEBAT SMV TANJUNG PUTERI JOHOR BAHRU 2010

















































Assalamualaikum dan Salam Kehebatan pada semua...

Pada 29-31 Januari yang lepas bermulalah perjuangan warga TMFH untuk tahun 2010 ini. Tahun ini bermula dengan program Motivasi Jatidiri Hebat yang telah dijalankan untuk peserta seramai 45 orang dari SMV Tanjung Puteri Johor Bahru yang dahulunya dikenali sebagai SMT Tanjung Puteri Johor Bahru. Walaupun hampir 2 minggu program ini berlangsung, namun saya masih lagi dapat merasakan kesannya kerana jauh dilubuk hati saya sentiasa mendoakan agar semua peserta yang mengikuti program ini mendapat menafaat yang terbaik serta mengotakan segala janji-janji yang telah mereka buat semasa program tersebut berlangsung. Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terimakasih kepada pihak penganjur iaitu PIBG SMV Tanjung Puteri khususnya kepada En. Halim dan ahli jawatankuasanya kerana telah berinisiatif untuk menjalankan program ini. Saya yakin, dengan niat yang ikhlas dan kudus, Insyaallah objektif program ini akan tercapai.

SEMUA ORANG BERHAK BERUBAH!!!! Demikianlah slogan yang saya dan rakan-rakan di TMFH gunakan untuk program kali ini. Perubahan diri adalah hak individu. Tiada siapa pun yang boleh menghalang setiap manusia untuk berubah kecuali dirinya sendiri. Allah sendiri telah berfirman bahawa "Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu kecuali mereka sendiri yang mengubahnya". Ini menunjukkan, setiap perubahan mestilah dimulakan dengan diri sendiri. Saya harap, semua peserta yang telah mengikuti program tersebut bertanya pada diri anda sendiri : "BILA AKU AKAN BERUBAH??", "BILA AKU NAK MULA UNTUK BERUBAH MENJADI LEBIH BAIK DARI SEBELUM INI". Berbagai petua dan cara telah saya kongsikan bersama ketika program tersebut dan saya amat berharap agar semua peserta mengambil sedikit iktibar dari kisah-kisah yang telah saya bawa dan ingatkan segala harapan-harapan yang disandarkan oleh semua orang yang ingin melihat kejayaan diri anda pada masa kini dan pastinya pada masa akan datang. KITA TIDAK MAMPU MELIHAT MASA HADAPAN TETAPI APA YANG KITA LAKUKAN SEKARANG INI AKAN MENCERMINKAN MASA HADAPAN KITA. Marilah kita sama-sama berfikir untuk menjadi orang yang HEBAT DIRI DAN FIKIRANNYA.
Akhirnya, saya dan rakan-rakan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peserta dari SMV Tanjung Puteri kerana telah memberikan kerjasama yang TERBAIK kepada kami sepanjang program ini berlangsung. ANDA MEMANG HEBAT DAN ANDA MEMANG BERHAK HEBAT!!!!!!! TERUSKAN BERUBAH!!!!

KEM PEMIMPIN HEBAT 2009 - SEKOLAH AGAMA SENAI UTAMA

KENANGAN BERSAMA PELAJAR SMP 4 SRI PINANG, INDONESIA

KURSUS EKSPLORASI KEPEMIMPINAN PEMIMPIN SMK TASEK UTARA 2009

KURSUS KEMAHIRAN BERPERSATUAN - SMKSETA 2009

PROGRAM INTEGRASI PESERTA PLKN SIRI 6 KUMPULAN 1 2009 - KEM WARISAN MASJID TANAH, MELAKA

KEM PEMIMPIN HEBAT 2009 - SEKOLAH AGAMA TAMBATAN TINGGI

KURSUS JURULATIH MODUL INTEGRASI PLKN SESI 1 2009

KURSUS INTENSIF LEPASAN SPM 2008 - KOLEJ SAL JB

MOTIVASI MINDA FIKIR HEBAT BERSAMA SEKOLAH AGAMA KOPOK BARU

KENANGAN TERINDAH KEM PENGGUGAHAN KENDIRI SMK TASEK UTARA 2008

MEMORI KEM IHYA' RAMADHAN 2008

Bersama Fasilitator Kem Ihya Ramadhan

Bersama Fasilitator Kem Ihya Ramadhan
Jasamu Tetap Dikenang

Kem Minda Fikir Hebat

Kem Minda Fikir Hebat
kenangan bersama Sekolah Sri Johor Bahru