Showing posts with label Kem Pemimpin Hebat. Show all posts
Showing posts with label Kem Pemimpin Hebat. Show all posts

Monday, April 26, 2010

KURSUS PEMIMPIN HEBAT SMK TUN SYED NASIR, MAJIDEE JOHOR BAHRU 2010
















Assalamualaikum dan Salam Kehebatan pada semua pemimpin-pemimpin muda di SMK Tun Syed Nasir Ismail, Majidee Johor Bahru. Saya harapkan anda semua sentiasa HEBAT dan mantap sebagai pemimpin muda yang dilantih untuk memimpin satu hari nanti. Kursus Pemimpin Muda Hebat yang di jalankan pada 14 Mac 2010 yang lepas telah menitikberatkan kepada pengalaman susah payah menjadi pemimpin. Memang sukar untuk bergelar seorang pemimpin dan saya serta TMFH mengucapkan tahiah kepada anda semua kerana sanggup untuk memikul tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada anda sebagai pengawas di sekolah. Gunakanlah kesempatan yang anda perolehi ini untuk mencari sebanyak mana ilmu berkaitan untuk menjadi pemimpin pada masa akan datang.
Walaupun program ini dijalankan hanya sehari sahaja, tetapi saya mengharapkan segala pengalaman dan kesungguhan yang telah anda tunjukkan sepanjang program ini akan dijadikan sebagai penguat semangat untuk anda membantu guru mempastikan undang-undang di sekolah dapat dilankasanakan dengan baik dan berkesan. Ingatlah pesanan ini:
"KEJAYAAN SEORANG PENGAWAS SEKOLAH BUKANLAH HANYA DIUKUR DARI KEKEMASAN PAKAIANNYA TETAPI YANG PALING PENTING KEKEMASAN SAHSIAH DIRINYA YANG AKAN MENJADI CONTOH KEPADA ORANG LAIN"
Moga berjumpa lagi pada masa akan datang dalam keadaan yang lebih baik. Teruskan berusaha untuk menjadi pemimpin Hebat!!!!

Sunday, March 28, 2010

KEM PEMIMPIN HEBAT SMK TAMAN BUKIT INDAH JOHOR BAHRU

Assalamualaikum dan Salam Kehebatan pada semua...

Apa khabar pemimpin-pemimpin muda dari SMK Taman Bukit Indah Johor Bahru. Program yang telah dijalankan pada 12-13 Mac 2010 di Tiram Indah Village, Ulu Tiram Johor. Semoga anda terus bersemagat untuk meneruskan cita-cita menjadi pemimpin muda. Terima kasih atas kerjasama dan penglibatan terbaik yang telah ditunjukkan dalam program tempohari. Kesungguhan yang telah ditunjukan sepanjang program berkenaan mencerminkan semangat setiap peserta untuk memperolehi seberapa banyak ilmu untuk menjadi seorang pemimpin. Anda mesti memulakannya sekarang kerana masih lagi jauh perjalanan anda untuk menjadi Pemimpin Hebat.

















Sepanjang 2 hari program tersebut, semua peserta telah diberikan pelbagai pendedahan yang berguna sebagai seorang pemimpin di sekolah. Program ini menekankan kepada "Pembelajaran Secara Praktikal" iaitu jurulatih hanya berperanan sebagai moderator manakala segala aktiviti akan dilakukan oleh peserta. Pendekatan yang santai disamping memasukan unsur-unsur penting seperti Kerjasama Pasukan, Tanggungjawab pada diri dan sekolah, Tolak Ansur dan Tolarensi.
Kami di TMFH mengharapkan anda dapat menggunakan segala pengalaman yang telah diperolehi sepanjang program untuk menjadi pemimpin yang HEBAT. Semoga kita bertemu lagi dalam keadaan yang lebih baik pada masa akan datang. Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada semua yang telah terlibat memastikan program ini berjalan dengan lancar seperti pihak pengurusan SMK Taman Bukit Indah, semua jurulatih dan fasilitator TMFH dan akhirnya semua peserta2.

Thursday, December 3, 2009

KURSUS PERSEDIAAN PEMIMPIN HEBAT SIGS 2009



Salam Kehebatan untuk semua...

Apa khabar pemimpin-pemimpin hebat dari sekolah SIGS Johor Bahru. Semoga anda sentiasa bersemangat menjadi pemimpin muda yang akan mencorakkan bentuk kepemimpinan sekolah anda pada tahun 2010 nanti. Terlebih dahulu saya bagi pihak TMFH mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah SIGS kerana telah memberikan peluang untuk kami bersama-sama melatih pemimpin-pemimpin muda SIGS 2010 pada 14 Novamber 2009 yang lepas. Walaupun program ini hanya dijalankan selama 1 hari sahaja tetapi telah semangat memimpin yang telah ditunjukkan oleh semua peserta amat mengkagumkan pihak kami.


Melalui program ini, berbagai cabaran telah diberikan kepada setiap peserta. Antara aktiviti yang dijalankan adalah Kumpul Kawan, Rantai Kertas, Tugu Kertas, Kapal Karam dan Menara Impian. Kesemua aktiviti tersebut adalah menjurus kepada kebijaksanaan setiap peserta khususnya ketua kumpulan untuk membentuk satu pasukan yang mantap dan kuat. Melalui pemerhatian kami, pihak sekolah SIGS tidak silap memilih semua peserta-peserta ini sebagai pemimpin muda pada tahun 2010 nanti kerana mereka telah menunjukkan kesungguhan yang luar biasa dan HEBAT. Jika semangat bekerjasama dan kerja sepasukan ini diteruskan pada tahun depan, saya cukup yakin, barisan kepemimpinan SIGS tahun 2010 akan mencipta sejarah sebagai barisan pemimpin yang terbaik pernah dihasilkan oleh sekolah selama ini.



















Oleh itu, AYUHLAH SEMUA PEMIMPIN MUDA!!!!!! BUKTIKAN KEMAMPUAN ANDA MEMIMPIN SEKOLAH SIGS TAHUN 2010!!!!!CIPTA SEJARAH TERBAIK UNTUK SEKOLAH DAN DIRI ANDA SENDIRI!!!!! YES....YES....YES....SIRRRR!!!!!

Tuesday, October 13, 2009

KURSUS PEMIMPIN HEBAT 2009- SMKA JOHOR BAHRU

Assalamualaikum dan Salam Kehebatan...



Pada 10 Oktober 2009 yang lepas, TMFH telah berpeluang untuk mengendalikan Kursus Pemimpin Hebat kepada pemimpin-pemimpin tingkatan 1,2,dan 4 dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Johor Bahru, Johor Jaya. Program yang dijalankan selama sehari ini dijalankan khusus kepada pengawas-pengawas yang dilantik sebagai persediaan menjadi pengawas pada tahun 2010 yang akan datang. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pentadbiran SMKAJB khususnya kepada Cikgu Latifah kerana telah memberikan peluang walau cuma sehari untuk berkongsi ilmu dan pengalaman menjadi pemimpin Hebat. Tak lupa juga kepada putera puteri pemimpin-pemimpin tingkatan 1,2,dan 4 SMKAJB yang telah memberikan kerjasama yang amat baik kepada kami untuk memastikan program-program yang dirancangkan berjalan lancar dan HEBAT.



Para pemimpin yang dikasihi sekelian,
Program sehari yang dijalankan adalah menumpukan kepada 3 perkara iaitu TANGGUNGJAWAB, KERJASAMA dan PENGORBANAN. Modul program yang dijalankan ini menumpukan kepada 3 aspek yang amat penting untuk menjadi seorang pemimpin HEBAT di samping FORMULA H.E.B.A.T yang menjadi tunjang kepada perancangan program di bawah TMFH. Melalui program ini, kami berharap semua peserta seramai 70 orang dapat menggunakan segala ilmu yang telah mereka perolehi semasa program ini dijalankan.
INGATLAH BAHAWA "SETIAP MA NUSIA ADALAH DILAHIRKAN SEBAGAI PEMIMPIN" DAN ANDA SEMESTINYA BERTUAH KERANA TELAH DIPILIH OLEH PIHAK SEKOLAH UNTUK MEMEGANG JAWATAN SEBAGAI PENGAWAS PADA TAHUN HADAPAN. BUKTIKANLAH BAHAWA PIHAK SEKOLAH TIDAK SILAP MEMILIH ANDA DAN BUKTIKANLAH BAHAWA TAHUN 2010 LEBIH BAIK DARI TAHUN-TAHUN SEBELUMNYA.





ANDA HEBAT????? YES!!!!!!!! YES YES!!!!!!!! YES YES YES SIRRRRRRR!!!!!!!!!

Thursday, August 13, 2009

KEM PEMIMPIN HEBAT 2009- SMK KELAPA SAWIT, KULAIJAYA JOHOR






Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Team Minda Fikir Hebat telah berpeluang untuk bersama-sama pelajar-pelajar unit beruniform SMK Kelapa Sawit, Kulaijaya Johor seramai 109 orang. Kesimpulan yang kami boleh buat ANDA SEMUA MEMANG HEBAT!!!!! Tahniah atas kesungguhan dan kerjasama yang telah diberikan oleh anda semua. Kalungan jutaan terima kasih kepada semua guru-guru yang telah memberikan sokongan dan bersama-sama kami mengendalikan program ini. Semoga program ini akan memberikan impak maksima kepada semua pihak yang terlibat sama di pihak peserta, guru atau pengedali.

Perkongsian ilmu selama 3 hari 2 malam ini dipenuhi dengan berbagai aktiviti yang secara keseluruhannya dilakukan untuk menguatkan lagi jatidiri setiap peserta di samping menekankan konsep 'KEJAYAAN ADALAH MILIK SETIAP ORANG'. Semua orang inginkan kejayaan. Sudah tentu. Apabila saya tanya kepada setiap peserta mengenai cita-cita dan impian pada masa depan, kesemuanya mempunyai impian untuk menjadi orang yang Hebat. Cita-cita dan impian tersebut memang normal dimiliki oleh setiap orang, cuma yang membezakan antara anda semua adalah USAHA DAN KERAJINAN yang ditunjukkan untuk mencapai cita-cita tersebut. Setiap impian itu pastinya ada halangan dan rintangan yang akan mencabar diri anda dari mencapai matlamat yang disasarkan. KEKUATAN MENTAL DAN FIZIKAL amatlah penting bagi memastikan anda semua sentiasa bersedia dengan segala cabaran dan halangan yang mendatang.

KEGAGALAN PASTI AKAN DATANG BAGI MEREKA YANG INGIN BERJAYA. Setiap kejayaan biasanya akan diwarnai dengan seribu malam sejuta kegagalan. Kegagalan yang sebenar adalah mereka yang telah gagal dan tidak pernah bangun setelah mereka gagal. Oleh itu, saya mengharapkan semua peserta yang mengikuti program pada 10-12 Ogos 2009 yang lepas telah mendapat banyak manafaat dari program ini. Program yang berbentuk 'PRAKTIKAL TRAINING' ini saya susun mengikut kesesuaian kemampuan anda semua. Ingatlah perkara utama yang saya tekankan dalam program ini iaitu BUATLAH SESUATU KERJA DENGAN NIAT YANG IKHLAS KERANA ALLAH / TUHAN. Pasti satu hari nanti anda akan dapati bahawa keikhlasan itu menjadikan diri anda seorang yang sentiasa bersyukur atas segala kurniaan dan yakinlah dengan diri anda sendiri yang anda adalah INSAN HEBAT!!!!!!!!!!!!!!!!.

ANDA HEBAT!!!!...YESSSS...HEBAT 1...YES...HEBAT 2...YES YES...HEBAT 3...YES YES YES SIRRRRR!!!!.

Tuesday, July 28, 2009

KEM PEMIMPIN HEBAT - SA TAMAN CEMPAKA JOHOR BAHRU








Assalamualaikum dan Salam Kehebatan buat semua...

Pada 25 Julai 2009 yang lalu, TMFH telah berada selama sehari di Sekolah Agama Taman Cempaka Johor Bahru untuk berkongsi ilmu dengan pemimpin-pemimpin muda seramai 70 orang. Terlebih dahulu ucapan ribuan terima kasih atas segala kerjasama yang telah diberikan oleh pihak pentadbiran Sekolah Agama Taman Cempaka terutama kepada Pn. Guru Besar kerana telah sudi menjemput kami untuk mengendalikan program Pemimpin Hebat ini. Terima kasih juga kepada semua guru yang telah membantu kami sepanjang program ini hingga program ini dapat dijalankan dengan lancar sebagaimana dirancangkan.

Negara kita amat memerlukan pemimpin yang karismatik dan mempunyai misi dan visi yang jelas dalam kepemimpinannya. Walaupun saya hanya bersama selama lebih kurang 4 jam dalam program ini, namun saya dapat melihat yang semua peserta telah menunjukkan satu usaha yang positif untuk cuba menjadi pemimpin yang Hebat di sekolah. Semangat dan kesungguhan dalam menghadapi cabaran dan kreatif terhadap sebarang permasalahan yang timbul menjadikan saya yakin, sekiranya bakat mereka terus digilap, tak mustahil satu hari nanti ada di kalangan mereka akan menjadi pemimpin yang Hebat.

Pemimpin-pemimpin muda SA Taman Cempaka sekelian, menjadi pemimpin bukanlah sesuatu yang kita boleh banggakan. Ianya adalah satu tanggungjawab yang terlalu berat untuk dilaksanakan kerana ianya merupakan amanah yang telah diberikan kepada anda sekelian. Jawatan pemimpin yang anda semua pegang bukanlah untuk bermegah-megah tetapi mestilah digunakan untuk melatih diri anda untuk belajar erti tanggungjawab dan cuba menjalankan tugas yang diberikan kepada anda sekarang. Jika anda mampu menjalankannya dengan baik dan berkesan, itu menunjukkan anda telah berjaya menjalankan sebahagian tanggungjawab sebagai pemimpin muda di sekolah. Apa yang penting dalam menjadi pemimpin adalah ' JAGALAH DISIPLIN DIRI ANDA TERLEBIH DAHULU SEBELUM ANDA MENJAGA DISIPLIN ORANG LAIN' dan 'PEMIMPIN ADALAH CONTOH KEPADA ORANG LAIN, JIKA BURUK YANG ANDA TUNJUKKAN, MAKA SEMAKIN BURUK LAH ORANG LAIN'. Oleh itu, jika anda telah bersedia untuk menjadi pemimpin, teruslah belajar ilmu kepemimpinan dan sentiasa ingat yang anda sentiasa menjadi perhatian dari orang lain.

MOga anda semua terus ceria dan sentiasa bantulah guru-guru anda untuk menjadikan Sekolah Agama Taman Cempaka menjadi SEKOLAH YANG HEBAT DAN BERSIDIPLIN. Jumpa lagi....

ANDA HEBAT?...YES...HEBAT 1...YES..HEBAT 2...YES YES...HEBAT 3...YES YES YES SIRRRR!!!!

KEM PEMIMPIN HEBAT 2009 - SEKOLAH AGAMA SENAI UTAMA

KENANGAN BERSAMA PELAJAR SMP 4 SRI PINANG, INDONESIA

KURSUS EKSPLORASI KEPEMIMPINAN PEMIMPIN SMK TASEK UTARA 2009

KURSUS KEMAHIRAN BERPERSATUAN - SMKSETA 2009

PROGRAM INTEGRASI PESERTA PLKN SIRI 6 KUMPULAN 1 2009 - KEM WARISAN MASJID TANAH, MELAKA

KEM PEMIMPIN HEBAT 2009 - SEKOLAH AGAMA TAMBATAN TINGGI

KURSUS JURULATIH MODUL INTEGRASI PLKN SESI 1 2009

KURSUS INTENSIF LEPASAN SPM 2008 - KOLEJ SAL JB

MOTIVASI MINDA FIKIR HEBAT BERSAMA SEKOLAH AGAMA KOPOK BARU

KENANGAN TERINDAH KEM PENGGUGAHAN KENDIRI SMK TASEK UTARA 2008

MEMORI KEM IHYA' RAMADHAN 2008

Bersama Fasilitator Kem Ihya Ramadhan

Bersama Fasilitator Kem Ihya Ramadhan
Jasamu Tetap Dikenang

Kem Minda Fikir Hebat

Kem Minda Fikir Hebat
kenangan bersama Sekolah Sri Johor Bahru