Monday, February 25, 2008

Kem Pemimpin Hebat SA Senai Utama


Assalamualaikum wbt...

Salam kepemimpinan dari saya dan semua Team Minda Fikir Hebat. Semoga adik-adik yang telah mengikuti kem ini telah berjaya mendapat pelbagai pengalaman sebagai pemimpin muda di sekolah. Walaupun adik-adik semua masih lagi muda dan belum mengenal erti kepemimpinan sepenuhnya tetapi semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan sepanjang kem ini menggambarkan yang adik semua mempunyai keazaman yang tinggi untuk mengubah diri menjadi insan yang lebih baik berbanding sebelumnya. Untuk menjadi pemimpin Hebat memanglah sukar tetapi sebagai manusia yang dikurniakan dengan berbagai kelebihan, tidak mustahil adik-adik boleh melakukannya. Gunakanlah kepercayaan yang telah diberikan oleh guru-guru dan ibubapa adik-adik sebaiknya dan jangan berhenti untuk menjadi orang yang sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik. Kehebatan seorang manusia adalah terletak di mindanya. Sekiranya adik fikirkan yang adik hebat, pastinya diri adik akan menjadi hebat tetapi sekiranya adik sentiasa menganggap diri lemah dan terlalu banyak kekurangan, sampai bila pun adik tidak akan dapat menjadi insan yang Hebat. Oleh itu, sentiasalah berusaha untuk menjadi akan yang Hebat, pelajar yang Hebat dan pemimpin yang Hebat walau di mana adik berada.

SALAM KEPEMIMPINAN DARI SAYA....TERUS MAJU DAN JUMPA ANDA SEMUA DI PUNCAK KEHEBATAN....

Kem Pemimpin Hebat, SMK Bandar Mas 2008


Assalamualaikum wbt buat semua peserta-peserta Kem Pemimpin Hebat pada 23-24 Februari 2008 di Sri Bayu Eco Resort, Ulu Tiram Johor. Salam kepemimpinan kepada anda semua yang telah berjaya mengharungi pelbagai cabaran dan halangan sepanjang kem ini berlangsung. Sesungguhnya, anda semua adalah pemimpin-pemimpin yang berbakat besar untuk menjadi Pemmpin Hebat pada satu hari nanti. Ingatlah semua pengalaman memimpin manusia yang telah anda perolehi sepanjang kem ini berlangsung iaitu semangat berpasukan yang tinggi amat diperlukan untuk memastikan segala usaha yang anda jalankan akan berjalan dengan lancar. Tanamkan semangat saling faham memahami dan bertolak ansur serta kurangkan ego diri sendiri untuk kebaikan pasukan anda. Walaupun anda berada dipuncak kepemimpinan sekolah anda sekarang, tetapi jangan lupa mereka yang telah membawa anda sehingga ke puncak. Kenangilah jasa-jasa mereka kerana tanpa mereka, pastinya anda tiada berada di puncak seperti yang anda miliki sekarang. Selain itu, jangan lupa mereka yang di bawah anda kerana mereka inilah yang menyokong anda berdiri dan dengan merekalah anda menjadi kuat. Ingat tak lagi aktiviti Raja Dijulang yang anda lakukan tempohari? Semoga kenangan kita berjumpa walaupun cuma 2 hari akan memberikan anda lebih kekuatan dan semangat yang takkan pudar dan teruslah berusaha untuk menambahbaikkan bakat kepemimpinan anda.

Akhirnya, Salam Kepemimpinan dari saya dan semua Team Minda Fikir Hebat. Moga dapat berjumpa lagi di lain masa dalam keadaan yang lebih baik dari sekarang. Ingat Janji Anda.....STANDING IN THE EYES OF THE WORLD......SMK BANDAR MAS THE BEST!

Sunday, February 17, 2008

KURSUS REMAJA BERKARISMA, SETA JB 2008


Assalamualaikum....Salam Sejahtera.....Ni Hao Ma.....Vanakamm....

Salam kehebatan dari saya buat semua peserta Kursus Remaja Berkarisma SMK Sultanah Engku Tun Aminah (SETA) Johor Bahru pada 16 Februari 2008. Adakah anda telah mengenali diri anda sekarang? Adakah anda lebih yakin dengan diri anda sekarang? Segalanya adalah terletak ditangan anda sendiri untuk menentukan keputusan tersebut. Saya harapkan semua peserta kursus ini mendapat berbagai manafaat hasil dari mengikuti latihan dalam ceramah serta berbagai cabaran yang memerlukan pengorbanan dan semangat kerjasama dari anda semua. Terima kasih kerana memberikan kerjasama dari mula kursus ini dijalankan sehinggalah ke akhirnya. Galaslah tugas yang dipertanggungjawabkan kepada anda dengan cemerlang dan Hebat kerana anda semua berbakat untuk menjadi pemimpin Hebat satu masa nanti. Kuatkanlah semangat dan motivasi dalam diri di samping sentiasa memberikan inspirasi kepada orang bawahan anda. Jadilah seorang pemimpin dan pelajar yang bijak menjalankan tugas dengan penuh rasa tanggungjawab, keratif, inovatif dan yang paling penting......SABAR JER LA YE...Semoga latihan menjadi remaja berkarisma yang anda ikuti ini akan menjadikan anda lebih bersedia dan jangan sekali-kali memandang rendah terhadap kemampuan diri anda sendiri. Yakinlah yang anda adalah pelajar yang terbaik antara semua pelajar yang baik di SETA dan jadikanlah SETA berada di senarai antara sekolah terbaik di Johor dan Malaysia....SIAPA KATA ANDA TIDAK BOLEH LAKUKANNYA...SIAPA KATA ANDA TAK MAMPU JADI PEMIMPIN HEBAT....SEGALANYA ADALAH BERGANTUNG PADA DIRI ANDA SENDIRI....

Salam Kepemimpinan dari saya...Tn.Hj.Nor Azlan Hj.Sarmudan dan Team Minda Fikir Hebat.....

WHO ARE YOU????? WE ARE NO 1.... SETA, STANDING IN THE EYES OF THE WORLD!

KEM PEMIMPIN HEBAT SRAB JB


Assalamualaikum w.b.t....

Salam perjuangan, salam kehebatan dan salam keceriaan kepada adik-adik di Sekolah Agama Bersepadu (SRAB) Johor Bahru. Semoga dapat menjalankan tugas-tugas kepemimpinan dengan baik dan hebat. Masih ingat lagi tak identiti pemimpin anda...cuba laungkan sekali lagi untuk anda mengimbau kembali latihan-latihan kepemimpinan yang telah anda ikuti sepanjang Kem Pemimpin Hebat pada 1-3 Februari yang lepas. Berbagai pengalaman dan cabaran telah anda lalui bersama dalam keadaan yang cukup bersemangat dan hebat. Walaupun cuma 3 hari, anda semua telah menunjukkan prestasi kepemimpinan yang hebat dan sekiranya bakat kepemimpinan ini terus digilap, tidak mustahil anda akan menjadi pemimpin yang hebat satu hari nanti. Kehebatan diri tidak akan didapati sekiranya adik terus berpeluk tubuh sahaja tanpa melakukan apa tindakan yang akan menjadikan diri adik lebih hebat dari semalam. Berbanggalah dengan diri sendiri kerana anda telah dilantik sebagai pemimpin di SRAB Johor Bahru. Gunakanlah sepenuh peluang yang diberikan ini untuk menjadikan adik seorang pemimpin dan pelajar yang menjadi contoh kepada pelajar lain. Pertingkatkanlah disiplin dan jadilah pemimpin yang sentiasa ingin menjadi lebih baik dari hari ke hari.

Akhirnya, Salam Pemimpin Hebat dari saya...semoga kita berjumpa lagi dalam keadaan yang lebih Hebat lagi pada masa akan datang. Ingatlah selalu


Salam kepemimpinan dari Tn. Hj. Nor Azlan Hj. Sarmudan dan Team Minda Fikir Hebat

Tuesday, February 12, 2008

KEPEMIMPINAN BERKESAN


Garis panduan berikut boleh digunakan untuk menjadi pemimpin yang berkesan:
1. Mengetahui dan melatih diri anda. Kebanyakan pemimpin terdiri daripada mereka yang berpengaruh, pintar, agresif, herinisiatif dan mempunyai keyakinan diri dan kebolehan menguruskan organisasi mereka. Maka, bagi bakal-bakal pemimpin dan juga pemimpin kini, Latihan latihan dalam membuat keputusan, penilaian diri dan peningkatan keyakinan diri adalah berfaedah.
2. Mengetahui dan mengawal gaya anda. Gaya yang terbaik sekali bergantung kepada banyak faktor (selain daripada berorientasikan tugas dan berperikemanusiaan). Maka perlu bagi mereka menganalisis dan memahami gaya tersendiri untuk mengekalkan suatu keadaan fleksibel supaya dapat dipadankan kepada situasi berkenaan.
3. Mempercayai perkara-perkara terbaik tentang orang lain. Bakal-bakal pemimpin harus mengikuti andaian-andaian Teori Y, McGregor. Dengan mempercayai bahawa manusia adalah pandai, kreatif, sanggup bekerja, bertanggungjawab dan ingin menyelesai
kan masalah, dapat meningkatkan lagi pertumbuhan sifat pemimpin yang berkesan.
4. Memenuhi keperluan-keperluan orang bawahan (pengikut) ini merupakan secara mudah kenyataan pemikiran Maslow dan McGregor. Tetapi di dalam amalannya, beraneka masalah dihadapi.
Umpamanya, bagaimanakah dia mendorong pengikut yang keperluan mereka tidak dapat dipenuhi melalui tugas mereka? Bagaimanakah dia dapat meyakinkan pengikut supaya mempersetujui matlamat organisasi? McGregor telah mencadangkan suatu teknik seperti penyertaan pengikut dan sesi-sesi dialog yang membincangkan perkara-perkara seperti matlamat-matlamat organisasi.
5. Sesuaikan kepada ciri-ciri tugas. Kajian-kajian Fiedler mencadangkan bahawa bagi tugas-tugas kreatif. dan yang berbentuk keusahawan (seperti mencipta keluaran baru atau membuka syarikat baru) adalah lebih wajar bagi anda untuk menubuhkan matlamat yang menyeluruh untuk dijadikan panduan oleh pengikut, dan kemudiannya bergantung kepada budi bicara mereka untuk menjalankan tugas. Bagi kerja yang dilakukan secara berulang-ulang pula, pemimpin biasanya menguatkuasakan suatu set peraturan yang terancang dan rapi, untuk melaksanakan tugas.
6. Bertindak sebagai pemimpin. Dalam semua hal, anda perlu bertindak sebagaimana yang dijangka dan diingini oleh pengikut, agar mendapat sanjungan yang setimpal dengan taraf pemimpin.


Inilah serba sedikit panduan bagi yang ingin menjadi pemimpin yang Hebat pada masa akan datang. Sampai jumpa lagi...jangan lupa....sentiasalah ingin berubah...sentiasalah ingin mencuba berubah dan sentiasalah menjadi pemimpin yang tetap pendirian tetapi sentiasa mencipta perubahan. Salam Pemimpin Hebat dari saya.....

Monday, February 11, 2008

KEM PEMIMPIN MUDA TAMBATAN TINGGI


Assalamualaikum semua....

Salam kepemimpinan dari saya buat semua peserta-peserta pemimpin muda dari Sekolah Agama Tambatan Tinggi yang telah mengikuti Kem Pemimpin Hebat pada 26-27 Januari 2008 yang lepas. Walaupun jangkamasa kursus yang agak singkat iaitu 2 hari 1 malam kita bersama, namun pelbagai pengalaman sebagai asas untuk menjadi pemimpin telah diberikan. Pengalaman menjadi pemimpin muda ini sepatutnya digunakan dengan sebaiknya bagi memastikan adik-adik semua mendapat faedah sepenuhnya dari kem Pemimpin Hebat ini. Pengalaman adik mengumpul wang dari usaha sendiri sepatutnya memberikan satu pengajaran bahawa betapa susahnya untuk mendapat sesuatu kejayaan. Sesuatu perkara yang baik memang susah kita nak buat dan menjadi tabiat seharian tetapi sekiranya ianya dibiasakan, Insyallah adik-adik akan berjaya menjadi pemimpin yang hebat pada satu masa nanti. Kuatkan semangat dan sentiasa sematkan dalam hati dengan unsur-unsur positif agar diri sentiasa tabah menghadapai segala cabaran dan rintangan mendatang.


Akhir kata dari saya, salam Kepemimpinan Hebat dan semoga adik terus berjaya sebagai pemimpin yang Hebat di sekolah, rumah, masyarakat dan diri sendiri......Jangan lupa identiti pemimpin yang saya ajar hari tu yer....amalkan untuk penguat semangat dari masa ke semasa.


Jumpa Lagi. Wasalam....JUMPA ADA DIPUNCAK KEHEBATAN

Sunday, February 3, 2008

Kem Pemimpin Hebat SMK SETA Johor Bahru


Assalamalaikum....Vanakam......NiHaoMaa.....Kabare.....salam kepemimpinan dari saya untuk semua pelajar SETA yang telah mengikuti program Kem Pemimpin Hebat pada 26 dan 27 Januari 2008 yang lepas. Anda semua memang Hebat...Hebat....Hebat....Tahniah! Kesungguhan yag telah anda tunjukkan kepada kami Team Minda Fikir Hebat dalam program tersebut cukup menunjukkan kesungguhan anda untuk menjadi Pemimpin Hebat pada masa akan datang. Walaupun kita sukar untuk mencari kesempurnaan dalam kehidupan kita tetapi kita boleh terus mencari kesempurnaan tersebut demi satu matlamat kehidupan iaitu untuk menjadi insan yang sentiasa memberi manafaat kepada orang lain. Sesungguhnya semua pengalaman melalui aktiviti kepemimpinan yang telah dijalankan akan mendewasakan anda semua mengenai erti menjadi seorang pemimpin. Banyak lagi ilmu mengenai kememimpinan yang masih anda perlukan lagi untuk menjadi pemimpin yang Hebat. Teruslah berusaha dan gandakan minat anda menjadi pemimpin yang Hebat di sekolah dan dalam masyarakat anda. Semoga satu hari nanti saya akan berjumpa anda Di Puncak Kejayaan. Gapailah cita-cita murni untuk menaikkan nama sekolah di mata masyarakat khususnya di negara ini dan pastikan anda satu hari nanti akan..................STANDING IN THE EYES OF THE WORLD......BRAVO SETA......

SALAM KEHEBATAN.....JUMPA LAGI DALAM PROGRAM YANG LAIN NANTI...INSYALLAH

Kem Fikir Hebat Sekolah Sri Johor Bahru


Assalamualaikum semua khususnya kepada semua peserta-perserta Sekolah Sri Johor Bahru yang telah mengikuti kem Fikir Hebat yang telah saya kendalikan pada 18 hingga 19 Januari lalu di Hutan Bandar, MBJB. Walaupun program telah berlalu 3 minggu tetapi kenangan saya dan Team Minda Fikir Hebat bersama-sama dengan semua peserta masih lagi segar dalam ingatan. Sesungguhnya, Allah telah mengurniakan kita dengan kemampuan akal fikiran yang tidak bertepi. Semuanya bergantung kepada kita sahaja untuk menggunakannya dengan semaksima yang mungkin. Peserta telah menunjukkan semangat untuk berjaya kerana perjalanan masa depan masih jaud ke hadapan. Untuk menjadi seorang pelajar yang sentiasa berFIKIR HEBAT, memerlukan gabungan kemampuan antara tenaga fikikal dan minda. Kedua-duanya boleh dihasilakan apabila kita selalu menganggap diri kita sebagai hamba Allah yang diciptakan penuh dengan kesempurnaan dan mesti sentiasa bersyukur atas apa yang kita ada sekarang.



Kejayaan tidak akan dapat secara bergolek. Mungkin ada orang kata, Tuah Datang Bergolek. Tapi semua itu tidak akan muncul jika kita tidak memulakan dengan satu langkah. Sesungguhnya, selangkah akan menerbitkan beribu langkah seterusnya. Mulakanlah dengan satu langkah walaupun payah kerana dengan kepayahanlah kita akan meniti kebahagian pada masa akan datang.



Akhir kata, semoga perserta-perserta semua mendapat banyak faedah dari program ini dan jika kita berjumpa lagi nanti, pastikan anda menjadi PELAJAR YANG LEBIH BAIK DARI SEBELUMNYA. Salam manis, salam kejayaan, salam ceria dan salam Fikir Hebat dari saya. Jumpa lagi.

KEM PEMIMPIN HEBAT 2009 - SEKOLAH AGAMA SENAI UTAMA

KENANGAN BERSAMA PELAJAR SMP 4 SRI PINANG, INDONESIA

KURSUS EKSPLORASI KEPEMIMPINAN PEMIMPIN SMK TASEK UTARA 2009

KURSUS KEMAHIRAN BERPERSATUAN - SMKSETA 2009

PROGRAM INTEGRASI PESERTA PLKN SIRI 6 KUMPULAN 1 2009 - KEM WARISAN MASJID TANAH, MELAKA

KEM PEMIMPIN HEBAT 2009 - SEKOLAH AGAMA TAMBATAN TINGGI

KURSUS JURULATIH MODUL INTEGRASI PLKN SESI 1 2009

KURSUS INTENSIF LEPASAN SPM 2008 - KOLEJ SAL JB

MOTIVASI MINDA FIKIR HEBAT BERSAMA SEKOLAH AGAMA KOPOK BARU

KENANGAN TERINDAH KEM PENGGUGAHAN KENDIRI SMK TASEK UTARA 2008

MEMORI KEM IHYA' RAMADHAN 2008

Bersama Fasilitator Kem Ihya Ramadhan

Bersama Fasilitator Kem Ihya Ramadhan
Jasamu Tetap Dikenang

Kem Minda Fikir Hebat

Kem Minda Fikir Hebat
kenangan bersama Sekolah Sri Johor Bahru