Wednesday, December 23, 2009

KEM MOTIVASI MINDA FIKIR HEBAT 2009 - SEKOLAH AGAMA KG KASTAM JB
















Assalamualaikum dan Salam Kehebatan untuk semua...


Apa khabar adik-adik di Sekolah Agama Kg Kastam Johor Bahru? Semoga anda telah selamat menjalani Peperiksaan Darjah 6 yang diadakan pada awal bulan disember tempohari. Semoga semangat membara yang telah ditunjukkan semasa Kem Motivasi MFH pada 14-15 Novamber 2009 yang lepas diteruskan dan menjadi pemangkin kepada kejayaan-kejayaan pada masa akan datang.
































Berbagai pengajaran dan petua-petua kejayaan telah diberikan semasa 2 hari program yang dijalani. Persediaan dari segi mental dan fizikal amat penting bagi diri adik-adik untuk mengejar dan memburu kejayaan pada masa sekarang dan akan datang. Ingatlah bahawa berbagai cabaran dan rintangan datang sekarang terutamanya di kalangan remaja seperti adik-adik sekelian.






















Cabaran memilih kawan yang mengajak ke arah kebaikan amatlah hebat sekarang ini. Rakan sebaya memainkan peranan yang penting dalam membentuk sahsiah diri adik-adik sekelian kerana kebanyakkan remaja yang telah hancur hidupnya adalah berpunca dari kesalahan memilih rakan sebaya. Ini disebabkan ibu dan bapa telah cuba memberikan sepenuh perhatian kepada adik-adik di rumah tetapi apabila berada di luar rumah, rakanlah yang akan membentuk diri adik-adik sekelian sama ada ke arah kebaikan atau kejahatan/kemungkaran. Perkara yang paling penting adalah, adik-adik MESTI MENJAGA SOLAT 5 WAKTU SEHARI dan TERUSKAN BERDOA untuk kejayaan diri adik pada masa akan datang.






















Semoga Allah merahmati diri adik-adik semua dan ucapan terima kasih yang tak terhingga saya berikan kepada pihak pentadbiran SEKOLAH AGAMA KAMPUNG KASTAM JOHOR BAHRU kerana sudi memberikan kepercayaan ini kepada TMFH untuk bersama-sama mendidik semua peserta menjadi modal insan yang terbaik pada masa akan datang.














Buat Guru Besar dan guru-guru pengiring yang telah bersama-sama dengan kami sepanjang kem, moga Allah terus memberikan kekuatan untuk kita berdakwah dan melahirkan pelajar yang terbaik bukan sahaja dari segi akademiknya tapi yang paling penting adalah sahsiah diri mereka.



















ANDA HEBAT!!!!!!
YES!!!!
HEBAT 1!!!!!
YES!!!!
HEBAT 2!!!!
YES YES!!!!!
HEBAT 3!!!!
YES YES YES SIRRR!!!!!

Thursday, December 3, 2009

KURSUS PERSEDIAAN PEMIMPIN HEBAT SIGS 2009



Salam Kehebatan untuk semua...

Apa khabar pemimpin-pemimpin hebat dari sekolah SIGS Johor Bahru. Semoga anda sentiasa bersemangat menjadi pemimpin muda yang akan mencorakkan bentuk kepemimpinan sekolah anda pada tahun 2010 nanti. Terlebih dahulu saya bagi pihak TMFH mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah SIGS kerana telah memberikan peluang untuk kami bersama-sama melatih pemimpin-pemimpin muda SIGS 2010 pada 14 Novamber 2009 yang lepas. Walaupun program ini hanya dijalankan selama 1 hari sahaja tetapi telah semangat memimpin yang telah ditunjukkan oleh semua peserta amat mengkagumkan pihak kami.


Melalui program ini, berbagai cabaran telah diberikan kepada setiap peserta. Antara aktiviti yang dijalankan adalah Kumpul Kawan, Rantai Kertas, Tugu Kertas, Kapal Karam dan Menara Impian. Kesemua aktiviti tersebut adalah menjurus kepada kebijaksanaan setiap peserta khususnya ketua kumpulan untuk membentuk satu pasukan yang mantap dan kuat. Melalui pemerhatian kami, pihak sekolah SIGS tidak silap memilih semua peserta-peserta ini sebagai pemimpin muda pada tahun 2010 nanti kerana mereka telah menunjukkan kesungguhan yang luar biasa dan HEBAT. Jika semangat bekerjasama dan kerja sepasukan ini diteruskan pada tahun depan, saya cukup yakin, barisan kepemimpinan SIGS tahun 2010 akan mencipta sejarah sebagai barisan pemimpin yang terbaik pernah dihasilkan oleh sekolah selama ini.



















Oleh itu, AYUHLAH SEMUA PEMIMPIN MUDA!!!!!! BUKTIKAN KEMAMPUAN ANDA MEMIMPIN SEKOLAH SIGS TAHUN 2010!!!!!CIPTA SEJARAH TERBAIK UNTUK SEKOLAH DAN DIRI ANDA SENDIRI!!!!! YES....YES....YES....SIRRRR!!!!!

Wednesday, November 11, 2009

KEM MOTIVASI MINDA FIKIR HEBAT SK PASIR GUDANG 3



Assalamualaikum dan Salam Kehebatan...

Apa khabar adik-adik peserta Kem Motivasi Minda Fikir Hebat dari SK Pasir Gudang 3? PASTINYA HEBAT!!!! Masih ingat lagi 'tagline' program hari tu....PERHATIAN....SEDIA...SEDIA...HAITTTT....KHABAR...HEBAT....SENYUM...3....saya yakin anda semua masih lagi bersemangat setelah mengikuti program selama 2 hari 1 malam di Tiram Indah Village pada 7-8 Novamber 2009. Saya bagi pihak TMFH mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada pihak SK Pasir Gundang 3 khususnya kepada Guru Besar, Pn.Hjh. Zainon kerana telah memberikan sepenuh komitmen yang terbaik sepanjang program ini berlangsung, bersama-sama dengan pihak kami untuk memastikan program ini berjalan dengan lancar. Segala kerjasama cikgu amat saya hargai dan saya doakan agar SK Pasir Gudang 3 terus maju dan mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik, ko-kurikulum dan sahsiah murid-muridnya.

Program selama 2 hari ini cuba menggunakan pendekatan yang lebih menumpukan kepada pengubahan sikap peserta dari lalai kepada yang lebih berfokus dan mengetahui mengenai perlunya mereka menjadi insan yang berjaya. Pada awal pertemuan lagi saya telah menekankan tentang NIAT. Apa juga yang hendak dilakukan, mestilah dimulakan dengan NIAT. Jika anda masuk ke dalam kelas dengan niat hendak setakat belajar sahaja, niat anda masih lagi belum cukup lagi. Jadi anda mestilah memulakan niat dengan mengatakan bahawa AKU PERGI KE SEKOLAH NAK BELAJAR KERANA ALLAH / TUHAN. Niat yang sempurna akan mempengaruhi jiwa dan perasaan kita semua dalam melakukan apa juga pekerjaan. Dengan niat yang sempurna, anda akan mengetahui bahawa anda lebih ikhlas datang ke sekolah tanpa disebabkan oleh sesiapa atau sebarang paksaan.

Program ini juga cuba menunjukkan kepada setiap murid mengenai ERTI KEJAYAAN. Semua orang berhak untuk berjaya dan kejayaan akan datang hanya kepada orang yang rajin berusaha. Masihkah anda ingat formula H.E.B.A.T yang telah kita gunakan sepanjang kem ini. Untuk menjadi orang yang berjaya mestilah mempunyai HASRAT YANG BERSUNGGUH-SUNGGUH, EMOSI YANG TERKAWAL, BERANI UNTUK BERTINDAK, ATTITUDE/SIKAP YANG BAIK DAN TINDAKAN / TAWAKAL KEPADA ALLAH/TUHAN. Berbagai aktiviti telah anda jalani dengan cemerlang dan keseluruhannya menggambarkan bertapa pentingnya manusia itu untuk menjadi HEBAT.

Akhirnya, saya ingin berpesan kepada semua adik-adik yang telah mengikuti program ini agar sentiasa IKHLAS untuk berubah kerana TIADA ORANG YANG DAPAT MENGUBAH DIRI ANDA KECUALI DIRI ANDA SENDIRI. Anda semua akan tinggalkan bangku sekolah rendah dan anda akan melangkah kaki ke sekolah menengah. Pasti cabarannya berbeza dan segalanya terpulang kepada diri anda sendiri untuk menghadapinya.
Sekiranya anda gagal untuk menunjukkan prestasi terbaik di UPSR yang lalu, ingatlah banyak lagi peluang menanti anda di hadapan untuk anda buktikan kepada semua orang khususnya ibubapa anda yang ANDA JUGA BERHAK UNTUK HEBAT. Jika anda mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR, teruskanlah kecemerlangan itu kerana cabaran yang lebih getir lagi menanti anda di sekolah menengah khususnya di sekolah berasrama penuh nanti. Anda semua baru memulakan langkah yang pertama. Jalan yang berliku dan cabaran yang berbagai menanti anda di hadapan.
TERUSKANLAH LANGKAH KEJAYAAN ANDA DAN JANGAN TERUS MERATAPI KEGAGALAN LALU KERANA ORANG YANG BANGKIT SETELAH DIA JATUH ITU ADALAH SEBENARNYA ORANG YANG TELAH BERJAYA!!!!! AYUHHHHH.....BUKTIKAN LAH SEKARANG!!!!!!!!!!!!!!

KEM PEMIMPIN HEBAT 2009 - SEKOLAH AGAMA SENAI UTAMA

KENANGAN BERSAMA PELAJAR SMP 4 SRI PINANG, INDONESIA

KURSUS EKSPLORASI KEPEMIMPINAN PEMIMPIN SMK TASEK UTARA 2009

KURSUS KEMAHIRAN BERPERSATUAN - SMKSETA 2009

PROGRAM INTEGRASI PESERTA PLKN SIRI 6 KUMPULAN 1 2009 - KEM WARISAN MASJID TANAH, MELAKA

KEM PEMIMPIN HEBAT 2009 - SEKOLAH AGAMA TAMBATAN TINGGI

KURSUS JURULATIH MODUL INTEGRASI PLKN SESI 1 2009

KURSUS INTENSIF LEPASAN SPM 2008 - KOLEJ SAL JB

MOTIVASI MINDA FIKIR HEBAT BERSAMA SEKOLAH AGAMA KOPOK BARU

KENANGAN TERINDAH KEM PENGGUGAHAN KENDIRI SMK TASEK UTARA 2008

MEMORI KEM IHYA' RAMADHAN 2008

Bersama Fasilitator Kem Ihya Ramadhan

Bersama Fasilitator Kem Ihya Ramadhan
Jasamu Tetap Dikenang

Kem Minda Fikir Hebat

Kem Minda Fikir Hebat
kenangan bersama Sekolah Sri Johor Bahru