Sunday, March 29, 2009

KEM PEMIMPIN HEBAT SEKOLAH AGAMA SENAI UTAMA 2009





















Assalamualaikum dan Salam Kehebatan...

Apa khabar semua pemimpin-pemimpin muda dari Sekolah Agama Senai Utama, Johor Bahru yan mengikuti Kem Pemimpin Hebat 2009 pada 28-29 Mac 2009 yang lepas. Kami di TMFH merasa amat bertuah kerana telah diberikan kesempatan buat kali kedua oleh pihak sekolah untuk melatih pemimpin-pemimpin Sekolah Agama Senai Utama. Berbagai pengalaman sebagai pemimpin yang telah diberikan dalam program tersebut melalui pendekatan 'Experimental Learning' diharapkan akan dijadikan asas kepada pembentukan jatidiri sebagai seorang pemimpin sekolah yang Hebat. Kami melihat adik-adik semua mempunyai bakat menjadi pemimpin pada masa akan datang dengan syarat adik-adik semua mestilah mempunyai disiplin diri yang tinggi kerana seorang pemimpin menjadi hebat bukan kerana jawatannya sebaliknya orang melihat apakah tindakan yang dilakukan olehnya (Leadership is Action not Position). Faktor disiplin merupakan faktor yang utama yang sepatutnya ditanamkan dalam diri seorang yang ingin bergelar pemimpin. Anda adalah contoh kepada orang lain. Setiap apa yang anda lakukan akan diperhatikan oleh orang lain dan mereka lebih suka mencari kesalahan diri anda berbanding ingin melihat anda berjaya. Oleh itu, kuatkanlah mental dan fizikal anda, jangan mudah goyah dengan cabaran yang mendatang semasa anda menjadi pemimpin kerana seorang pemimpin tidak boleh dipanggil Pemimpin Sejati selagi dia belum diuji dengan cabaran yang boleh menyebabkan dia rasa berputus asa. Jangan cepat mengalah sebaliknya sentiasa melihat potensi yang ada pada diri anda sendiri untuk berjaya pada masa akan datang. Jangan sentiasa melihat kesalahan orang lain sebaliknya lihatlah apa yang telah anda lakukan untuk memperbaiki diri anda sendiri.

Semoga kem ini dapat memberikan semua peserta satu pengalaman yang Hebat sebagai pemimpin Hebat. Akhirkata dari saya, renungilah ungkapan ini:

"MENJADI PEMIMPIN BUKAN BERGANTUNG KEPADA JAWATAN DAN UNIFORM TETAPI TERLETAK PADA KUALITI DIRI DAN KARISMA SESEORANG. NABI MUHAMAD S.A.W SEORANG PEMIMPIN YANG HIDUP DENGAN PENUH KESEDERHANAAN TETAPI BERJAYA MEMPERNGARUHI DAN MEMIMPIN UMAT ISLAM SEHINGGA ISLAM DIGERUNI KAWAN DAN LAWAN".

Semoga terus maju jaya dan JUMPA KITA DIPUNCAK KEHEBATAN.

Wednesday, March 25, 2009

KEM MOTIVASI UPSR YBJB 2009















Assalamualaikum dan Salam Kehebatan...

"Setiap perubahan adalah berpaksikan kepada diri sendiri kerana setiap perubahan yang positif akan menghasilkan nilai yang positif tetapi perubahan yang negatif akan menyebabkan diri semakin jauh dari kebaikan dan kebenaran kehidupan". Demikianlah ungkapan yang saya berikan khusus kepada semua peserta yang telah mengikuti program Kem Motivasi UPSR YBJB 2009 pada 21-22 Mac 2009 yang lalu. Program ini telah dijayakan dengan Hebat oleh rakan-rakan saya yang dianggotai oleh Ustaz Abdul Halim, Saudara Sidek, Ustaz Zul dan Saudara Syahir. Program yang dijalankan selama dua hari ini menitikberatkan kepada unsur membina jatidiri yang Hebat sebagai seorang hamba kepada Allah, tanggungjawab sebagai anak dan pelajar dan kekuatan mental dan fizikal untuk menghadapi segala cabaran yang akan dihadapi khususnya dalam menghadapi peperiksaan UPSR pada tahun ini. Memanglah setiap pelajar inginkan keputusan yang cemerlang iaitu 5A dalam peperiksaan UPSR tersebut tetapi apa yang diutamakan terlebih dahulu adalah setakat mana diri mereka menjadi pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan serta mempunyai sahsiah yang Hebat juga.

"Sesuatu kejayaan tidak akan datang secara percuma. Kejayaan adalah susah kerana setiap kejayaan mestilah menempuh halangan dan rintangan serta perlu pengorbanan yang maksima". Buat semua pelajar YBJB 2009, semoga kem ini akan dapat membina jatidiri dalam diri anda untuk menjadi pelajar yang lebih Hebat di sekolah dan anak yang bertanggungjawan serta yang paling penting menjadi hamba-Nya yang beriman. Teruskan berusaha untuk mencapai kecemerlangan yang telah tersedia dihadapan anda. Anda semakin menghampiri 5A yang diimpikan cuma mahu ataupun tidak sahaja untuk anda mencapainya. Buat semua jurulatih yang telah membantu menjayakan program ini, sekalung penghargaan saya ucapkan jutaan terima kasih semoga Allah yang dapat membalasnya. Buat urusetia dari YBJB yang turut bersama-sama dalam program ini iaitu En. Azli, Pn. Norhaya, En Izat dan En Zul, sekalung penghargaan kerana sudi membantu dan hadir dalam program pertama bagi pelajar tajaan YBJB ini. Saya amat terharu atas kerjasama yang telah anda berikan kerana amat jarang bagi saya melihatnya selama ini. Terima kasih juga pada semua dan KEHEBATAN PASTI DATANG DAN PASTINYA JUMPA DIPUNCAK KEHEBATAN!!!!!!!!!!!

Monday, March 23, 2009

PROGRAM ESQ 165 REMAJA YBJB-MBJB







Assalamualaikum dan Salam Kehebatan buat semua...

Pada 16-17 Mac 2009 yang lalu saya, Sidek dan Ustaz Zul telah berpeluang untuk mengikuti program ESQ 165 anjuran YBJB-MBJB di Dewan Merdeka, Pusat Komuniti Kg. Melayu Majidee, Johor Bahru. Kehadiran kami di dalam program tersebut adalah sebagai urusetia pengiring kepada kumpulan pelajar tingkatan 3 dan 5 Yayasan Bandaraya Johor Bahru dan Majlis Bandaraya Johor Bahru. Kami amat teruja dengan kehebatan program tersebut terutama dari sudut audio sistem dan cara penyampaian yang cukup memberangsangkan. Berpatutanlah dengan kadar bayaran yang tinggi untuk mengikuti program ini. Bagi kami, ucapan penghargaan kepada pihak YBJB, MBJB dan ZMP Management serta semua pihak yang menguruskan program ini dari mula hingga akhir dan telah memberikan peluang kepada kami untuk turut serta.

Secara keseluruhannya, melalui program ESQ 165 Remaja ini semua peserta telah didedahkan dengan 7 nilai dasar iaitu jujur, tanggungjawab, berpandangan jauh, disiplin, kerjasama, adil dan peduli untuk membina kekuatan diri secara Spiritual dan Emosional. Latihan penghayatan yang dijalankan pula menggunakan fakta-fakta yang diambil terus dari Al-Quran dan Sunnah yang mengajak manusia untuk memikirkan mengenai kejadian alam dan kejadian manusia itu sendiri. Melalui latihan yang diberikan kepada peserta, jurulatih cuba untuk menimbulkan kesedaran mengenai Outer Journey iaitu membawa peserta keluar melihat angkasa lepas sehingga yakin dengan keesaan dan kewujudan Allah S.W.T. Selain itu juga, jurulatih juga membawa peserta untuk mencari diri sendiri melalui Inner Journey iaitu untuk menjawab persoalan seperti Siapa sebenarnya kita? Apakah yang kita inginkan dalam hidup? Kalau kita ingin kebahagiaan, tanya diri sendiri, apakah kebahagiaan itu? Kalau kita suka kecantikan, kecantikan itu apa? Kalau kita suka sifat pemaaf, pemaaf itu siapa? Akhirnya, semua peserta akan dapat jawapan iaitu sebenarnya yang kita cari selama ini adalah Allah. Menarik bukan!!!!

Bagi kami yang berpeluang mengikuti program ini, kaedah yang digunakan boleh menimbulkan kesedaran mengenai pentingnya setiap manusia mengenali dirinya sendiri dan bersyukur dengan apa yang telah diberikan oleh Allah kepada kita semua. Segala nikmat yang telah dikurniakan tidak terbilang jumlahnya dan jika ingin dinilai, pasti tidak boleh dinilai kehebatan nikmat tersebut. Semoga semua peserta yang telah mengikuti program ini mendapat manafaat yang baik dan mampu berubah untuk menjadi manusia yang Hebat Di Dunia dan Terhebat Di Akhirat. Akhirnya, Salam Kehebatan untuk semua dan pastinya JUMPA ANDA DI PUNCAK KEHEBATAN!!!!!

Wednesday, March 18, 2009

KURSUS MOTIVASI PELAJAR SMP 4, TANJUNG PINANG INDONESIA











Assalamualaikum dan Salam Kehebatatan buat semua peserta Kem Motivasi Pelajar SMP 4, Tanjung Pinang, Indonesia yang telah mengikuti Kem Motivasi bersama Team Minda Fikir Hebat (TMFH) pada 16-17 Mac 2009 yang lepas. Saya mewaklili semua jurulatih dan fasilitator TMFH mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi peluang kepada kami untuk mengendalikan pelajar dari SMP4 Tanjung Pinang, Indonesia ini. Ucapan terima kasih juga kami berikan kepada pengurus Tiram Indah Village, Pn Halimah kerana sudi menjemput kami untuk bersama-sama pelajar ini dalam program tersebut. Kami di TMFH amat terharu atas segala perhatian dan bantuan yang telah Kak Limah berikan kepada kami selama ini dan kami akan kenang sampai bila-bila. Bagi kami, jalinan ikatan persaudaraan antara Kak Limah dengan TMFH adalah seperti satu keluarga, tidak boleh dinilai dengan wang ringgit dan segalanya. Moga kita dapat terus bekerjasama pada masa-masa akan datang.

Buat semua pelajar dari SMP4 Tanjung Pinang, anda cukup sporting dan memberikan kerjasama yang baik kepada kami sepanjang program ini. Ternyata semangat anda untuk berjaya adalah cukup tinggi melalui aktiviti-aktiviti yang telah kami jalankan. Anda semua adalah bakal pewaris pemimpin pada masa akan datang. Semangat dan kesungguhan yang telah ditunjukkan dalam kem ini menunjukkan anda semua mempunyai potensi untuk menjadi lebih baik lagi pada masa akan datang. Cuma anda perlukan kesabaran dan disiplin yang tinggi dalam mengejar cita-cita pada masa akan datang.

Akhirnya, kami harap akan berjumpa anda lagi pada masa akan datang. Mungkin kami pula akan buat lawatan di Tanjung Pinang, Indonesia dan kita boleh berjumpa dan berkongsi ilmu dengan lebih banyak lagi nanti di sana. Semoga anda terus suksess dalam apa juga yang dilakukan.

Salam Kehebatan dan JUMPA ANDA DI PUNCAK KEHEBATAN!!!

Tuesday, March 17, 2009

KURSUS EKSPLORASI KEPEMIMPINAN PEMIMPIN 2009 - SMK TASEK UTARA











Assalamualaikum dan Salam Kehebatan buat semua...




Kursus Eksplorasi Kepemimpinan Pemimpin 2009 SMK Tasek Utara Johor Bahru....Hebat kan nama kursus tu. Terlebih dahulu saya dan semua rakan TMFH ingin mengucapkan TAHNIAH kepada semua peserta yang mengikuti kursus tersebut dengan begitu cemerlang dan HEBAT. Memang ada semua Hebat belaka kerana dapat melaksanakan segala tugasan dan aktiviti yang diberikan dengan Hebat dan penuh semangat kerjasama. Masihkah anda ingat mengenai aktiviti antaranya Lubang Maut, Satu Straw, Kembara Hebat, Pengucapan Awam, Explorace Juara dan Deal or No Deal di samping aktiviti-aktiviti lain seperti Senyum 3, Sorak Hebat dan Tepuk Hebat di samping Ceria Pagi dan Kuliah Maghrib dan Subuh. Berbagai pengalaman telah anda perolehi semasa program tersebut yang kesemuanya dibuat khas untuk mengilap bakat kepemimpinan anda seperti pengalaman untuk menguatkan pengaruh, teknik menegur orang lain, teknik berkomunikasi dan teknik membina pasukan hebat. Kursus 2 hari memang tak cukup untuk kami memberikan berbagai pengalaman secara mendalam dalam kepemimpinan anda tetapi diharapkan segala yang telah diperolehi dalam kursus ini akan dijadikan sebagai panduan untuk anda memimpin orang lain khususnya di sekolah.




Terima kasih yang terhebat kami ucapkan kepada pihak sekolah SMK Tasek Utara kerana telah memberikan sepenuh kepercayaan untuk melaksanakan modul 'Experimental Learning' yang telah dirangkakan. Terima Kasih juga kepada semua peserta pemimpin dari SMK Tasek Utara kerana telah memberikan kerjasama yang terbaik kepada saya dan kami di TMFH bagi memastikan program ini berjalan dengan lancar. Insyaallah, kita akan berjumpa pada satu hari nanti dalam keadaan yang lebih Hebat lagi. JUMPA ANDA DI PUNCAK KEHEBATAN!!!!!!

Sunday, March 15, 2009

KURSUS MOTIVASI BELAJAR BERKESAN SEKOLAH SENI JOHOR BAHRU







Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....Salam Kehebatan kepada semua peserta Kursus Motivasi Pelajar Hebat dari Sekolah Seni Johor Bahru yang mengikuti ceramah saya pada 6 Mac 2009 yang lepas yang bertajuk "Kemahiran Belajar Berkesan". Kelihatan anda semua bersemangat dan tekun terhadap apa yang disampaikan pada masa lebih kurang 2 jam. Serba sedikit pengalaman belajar yang telah saya kongsikan dengan anda antaranya teknik membaca pantas, teknik mencatat nota dan sedikit motivasi minda hebat. Walau apa juga teknik yang telah diberikan kepada anda, segalanya adalah terserah kepada diri anda sendiri untuk menyesuaikan dengan kemahiran belajar diri anda sendiri. Apa yang penting adalah anda sentiasa mengekalkan tahap disiplin yang tinggi di samping meletakkan diri anda sentiasa mempunyai Minda Fikir Hebat. Kehebatan diri setiap manusia adalah terletak setakat mana usaha yang dibuat olehnya untuk sentiasa berubah menjadi bertambah baik dari hari ke hari. Saya harap anda masih lagi mengingati rangkuman petua yang telah saya berikan pada sesi perkongsian ilmu tersebut iaitu sentiasa ceriakan diri anda dengan senyuman, berfikiran positif, berdisiplin dan sentiasa menjaga hubungan baik dengan Tuhan, Ibubapa, Guru, Masyarakat dan semua rakan-rakan anda. Akhirkata, semoga anda terus berjaya dalam apa juga bidang yang diceburi dan sentiasalah memiliki MINDA FIKIR HEBAT!!!!!!. Salam kehebatan dari saya, semoga JUMPA ANDA DI PUNCAK KEHEBATAN!!!!!

Wednesday, March 11, 2009

SUNNAH ORANG BERJUANG







Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid membela taufiq..

Dipisah dia berkelana
Dibelenggu dia uzlah mula dibina
Namun jiwa tetap marak memburu cinta
Membara demi Allah dan Rasulnya

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang, resah silih berganti
Inilah sunnah..orang berjuang..

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat mencurah tenaga

Itulah sunnah..berjuang..ke jalan Allah..
Berjuang memang pahit..
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan.
Dunia yang fana atau syurga..

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang, resah silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat mencurah tenaga

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan.
Dunia yang fana atau syurga..

Lirik Nasyid :Hijjaz

Semoga lagu ini dijadikan renungan buat semua mengenai sejauhmana kekuatan kita dalam perjuangan membina bangsa yang bermaruah dan bertakwa kepada Allah.

Tuesday, March 3, 2009

KURSUS KEMAHIRAN BERPERSATUAN SMK SETA JB 2009





















Assalamualaikum...Salam Sejahtera...Salam Kehebatan....Salam MINDA FIKIR HEBAT buat semua..

Pada 28 Februari 2009 (Sabtu) yang lepas, Team Minda Fikir Hebat telah berpeluang sekali lagi mengemudi program Kursus Kemahiran Berpersatuan kepada semua AJK Tertinggi Persatuan, Kelab dan Tingkatan di SKM Sultanah Engku Tun Aminah, Johor Bahru. Program tersebut bermula pada jam 8 pagi dan berakhir pukul 4 petang. Sehari yang telah diperuntukkan kepada kami rasa amat cepat kerana masih banyak lagi pengisian yang ingin diberikan kepada pemimpin-pemimpin ini. Kami di TMFH amat mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru-guru di SMKSETA khususnya Pengetuan, Cikgu Naemah dan Cikgu Nalini dan guru-guru pengiring yang lain kerana terus memberi kepercayaan kepada TMFH untuk terus mengendalikan pelajar-pelajar Hebat di SETA.

Seperti tradisinya, setelah beberapa program kami kendalikan untuk pelajar sekolah SETA ini, kerjasama yang amat amat amat baik telah ditunjukkan oleh semua peserta. Pelajar-pelajar SETA telah menujukkan bahawa berbeza kaum bukanlah halangan untuk bersatu dan bekerjasama dalam melakukan apa juga tugasan yang diberikan. Semangat kerjasama antara kaum Melayu, Cina dan India atau kaum-kaum lain di sekolah ini amat membanggakan dan kami harap anda semua terus kekalkan semangat integrasi ini untuk terus memimpin negara Malaysia pada satu hari nanti. Kami harapkan, segala ilmu yang telah diperolehi dalam program ini khususnya dalam Merancang Persatuan seperti Penulisan Kertas Kerja, Teknik Mengendalikan Mesyuarat, Komunikasi Berkesan dan Membina Pasukan Hebat akan dapat dipraktikkan semasa anda mengendalikan urusan persatuan anda. Teruslah berusaha untuk menaikkan nama sekolah anda dan memimpin persatuan dengan cara yang terbaik agar anda boleh mencipta sejarah pada tahun 2009 ini. Akhirnya, Selamat Maju Jaya dan Jumpa Anda Di Pucak Kehebatan!!!!!!!

GEMPUR HEBAT : PEMIMPIN....SEDIA....ANDA HEBAT...YES SIR....HEBAT 1...YES...HEBAT 2...YES YES...HEBAT 3...YES..YES...YES SIR....

KEM PEMIMPIN HEBAT 2009 - SEKOLAH AGAMA SENAI UTAMA

KENANGAN BERSAMA PELAJAR SMP 4 SRI PINANG, INDONESIA

KURSUS EKSPLORASI KEPEMIMPINAN PEMIMPIN SMK TASEK UTARA 2009

KURSUS KEMAHIRAN BERPERSATUAN - SMKSETA 2009

PROGRAM INTEGRASI PESERTA PLKN SIRI 6 KUMPULAN 1 2009 - KEM WARISAN MASJID TANAH, MELAKA

KEM PEMIMPIN HEBAT 2009 - SEKOLAH AGAMA TAMBATAN TINGGI

KURSUS JURULATIH MODUL INTEGRASI PLKN SESI 1 2009

KURSUS INTENSIF LEPASAN SPM 2008 - KOLEJ SAL JB

MOTIVASI MINDA FIKIR HEBAT BERSAMA SEKOLAH AGAMA KOPOK BARU

KENANGAN TERINDAH KEM PENGGUGAHAN KENDIRI SMK TASEK UTARA 2008

MEMORI KEM IHYA' RAMADHAN 2008

Bersama Fasilitator Kem Ihya Ramadhan

Bersama Fasilitator Kem Ihya Ramadhan
Jasamu Tetap Dikenang

Kem Minda Fikir Hebat

Kem Minda Fikir Hebat
kenangan bersama Sekolah Sri Johor Bahru