Sunday, February 15, 2009

KEM PEMIMPIN HEBAT SRABJB











Salam Kehebatan untuk semua....FIKIR HEBAT MINDA HEBAT




Apa khabar pemimpin-pemimpin muda dari Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) Johor Bahru? Adakah anda masih lagi bersemangat setelah mengharungi 3 hari 2 malam program kepemimpinan yang meletihkan. Semangat dan kesungguhan anda menjalankan segala tugasan yang diberikan oleh jurulatih menunjukkan anda telah bersedia untuk menjadi Pemimpin Hebat di sekolah. Bakat anda perlu terus digilap agar terus bersinar dan dapat menyerlahkan lagi kehebatan anda sebagai pemimpin muda. Memang sukar untuk menjadi pemimpin Hebat kan!! Cabaran yang telah kami berikan dalam program berkenaan sewajarnya dijadikan sebagai penentu setakat mana kemampuan anda untuk mempengaruhi orang lain. Bila anda pulang semula ke sekolah, segalanya adalah berbeza dari yang anda telah alami dalam kursus berkenaan. Di sekolah anda akan berhadapan dengan 1001 sikap rakan-rakan anda yang kadang-kadang menguji kesabaran anda sebagai pemimpin. Adakah anda semakin yakin dengan diri anda sendiri untuk menjalankan tugas tersebut dengan cekap dan penuh rasa tanggungjawab setelah menghadiri program ini? Dari soal selidik yang telah anda tulis dalam borang penilaian telah meunjukkan bahawa kesemua anda cukup bersemangat untuk menjadi pemimpin di sekolah. Kami harapkan agar semangat ini tidak hanya bertahan dalam masa yang singkat sahaja. Teruskanlah kesungguhan tersebut dan terus belajar....belajar...belajar dan belajar menjadi Pemimpin Hebat. Insyaallah, satu hari nanti pasti saya akan Jumpa Anda Di Puncak Kehebatan. Akhirnya, Salam Minda Fikir Hebat dari saya dan semua jurulatih dan fasilitator yang telah bersama-sama dalam program ini. Ceria selalu dan mulakan hidup anda dengan SENYUM 3 :-)








Wednesday, February 11, 2009

JURULATIH MODUL INTEGRASI KEM PLKN WARISAN MASJID TANAH MELAKA










Salam Kehebatan buat semua....Fikir Hebat...Minda Hebat....

Sepanjang minggu lepas dari 1-6 Februari 2009 saya telah berpeluang untuk menjadi jurulatih modul integrasi peserta PLKN di Kem Warisan, Masjid Tanah, Melaka. Wah...terasa memang mencabar untuk mengalas tugas yang diberikan ini. Selain dari menyampaikan pengajaran dan pemahaman berkaitan dengan kebudayaan, keagamaan dan persamaan gander lelaki perempuan kepada semua peserta PLKN di sana, saya juga perlu memberikan imput berbentuk motivasi kerjaya kepada mereka khususnya kumpulan saya iaitu Alfa 2. Agak memeranjatkan kerana sebelum saya menyertai kem ini, diberitahu kumpulan 1 ini terdiri dari pelajar-pelajar yang agak baik dari segi akademik dan sahsiahnya. Tetapi apabila berada pad situasi yang sebenar, segalanya berubah dan berlainan sangat dari apa yang dinyatakan dalam TOT tempohari. Keadaan ini memberikan cabaran khususnya kepada jurulatih-jurulatih lain yang baru pertama kali menceburkan diri dalam bidang kejurulatihan modal insan ini. Kami telah mengharungi berbagai cabaran khususnya sikap peserta-peserta PLKN yang berbagai ragam tetapi oleh kerana kami telah dibekalkan dengan berbagai ilmu sebelum mengikuti program ini, jadi tiada masalah bagi kami untuk menyesuaikan diri. Bagi pendapat saya, program PLKN ini merupakan program yang baik pada objektifnya kerana di dalam program ini peserta akan diajar dengan pelbagai ilmu berkaitan dengan kekuatan diri, sikap saling tolong menolong dan kerjasama, saling mengenali antara kaum dan agama dan yang paling penting dapat membentuk disiplin diri yang tinggi. Saya dan rakan-rakan amat berbangga kerana telah diberikan peluang untuk bersama-sama dalam program PLKN ini. Segala pengalaman yang ditimba dalam program ini pastinya akan dapat mematangkan lagi penampilan saya dalam program-program yang akan dijalankan kelak.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih dan selamat berjaya kepada semua komandan kem, timbalan komandan dan semua jurulatih khususnya jurulatih Integrasi iaitu Cikgu Arif (Ketua Jurulatih), Cikgu Fathi, Cikgu Aizat, Cikgu Aemi, Cikgu Anis, Cikgu Fizah dan Cikgu Saridah kerana pertemuan singkat tetapi penuh bermakna bagi saya. Kenangan bersama anda semua tetap saya abadikan sebagai kenangan yang tidak dapat dilupakan buat selama-lamanya. Semoga kita akan dapat bertemu pada satu masa nanti dalam keadaan yang lebih baik lagi. Akhir kata, Salam Khidmat Negara....Salam Perpaduan dari saya Cikgu Azlan.

KURSUS PEMIMPIN HEBAT- SA TAMBATAN TINGGI







Assalamualaikum dan Salam Kehebatan pada semua...Salam Kehebatan ditujukan khusus kepada semua pemimpin-pemimpin muda dari Sekolah Agama Tambatan Tinggi, Johor Bahru yang telah berjaya mengikuti program Pemimpin Hebat pada 31 Januari-01 Februari 2009 yang lepas. Dari pengamatan kami, anda semua berbakat untuk menjadi pemimpin yang Hebat pada satu masa nanti. Kesungguhan yang telah anda semua tunjukkan melalui aktiviti yang telah kami rancangkan menunjukkan yang anda semua berbakat dan perlu terus diasah dengan ilmu-ilmu untuk menjadi pemimpin yang Hebat. Tahniah diucapkan kepada kumpulan 1 yang telah berjaya mengumpul wang tunai melebihi RM1 juta dalam semua aktiviti yang dijalankan. Anda telah membuktikan bahawa kekuatan dan kerjasama yang erat dalam kumpulan akan menjadikan anda berpadu untuk mencapai cita-cita sebagai Juara. Teruskan kekuatan ini di sekolah dan sentiasalah bersedia untuk menjadi Juara. Buat kumpulan yang lain, kekalahan yang dialami bukan bermakna anda tidak kuat tetapi mungkin masih ada ruang-ruang kesilapan yang perlu anda perbaiki lagi dan kalau anda berjaya mengatasi masalah-masalah tersebut, pasti anda juga akan bergelar Juara pada suatu masa nanti.



Melalui Kem Pemimpin Hebat itu, berbagai ilmu yang telah anda pelajari khususnya mengenai erti PEMIMPIN dan Formula Menjadi Pemimpin Hebat antaranya Komunikasi Berkesan, Semangat Bina Pasukan Unggul dan Kerjasama Erat Antara Ahli. Kesemua faktor ini mestilah didasarkan dengan Disiplin Yang Tinggi dan Semangat Ingin Berjaya kerana hanya dengan jalan itu sahaja akan membuatkan anda mencapai kehebatan diri yang diinginkan.



Semoga latihan yang telah anda ikuti selama 2 hari tersebut akan menjadikan anda lebih bersemangat menjadi pemimpin yang Hebat di sekolah khususnya. Selamat menjalankan tugas dengan penuh rasa tanggungjawab dan berusahalah menjadi Pemimpin Hebat yang Hebat di Dunia dan Terhebat di Akhirat. Salam Kehebatan dan Salam Minda Fikir Hebat dari saya dan semua jurulatih Team Minda Fikir Hebat.

KEM PEMIMPIN HEBAT 2009 - SEKOLAH AGAMA SENAI UTAMA

KENANGAN BERSAMA PELAJAR SMP 4 SRI PINANG, INDONESIA

KURSUS EKSPLORASI KEPEMIMPINAN PEMIMPIN SMK TASEK UTARA 2009

KURSUS KEMAHIRAN BERPERSATUAN - SMKSETA 2009

PROGRAM INTEGRASI PESERTA PLKN SIRI 6 KUMPULAN 1 2009 - KEM WARISAN MASJID TANAH, MELAKA

KEM PEMIMPIN HEBAT 2009 - SEKOLAH AGAMA TAMBATAN TINGGI

KURSUS JURULATIH MODUL INTEGRASI PLKN SESI 1 2009

KURSUS INTENSIF LEPASAN SPM 2008 - KOLEJ SAL JB

MOTIVASI MINDA FIKIR HEBAT BERSAMA SEKOLAH AGAMA KOPOK BARU

KENANGAN TERINDAH KEM PENGGUGAHAN KENDIRI SMK TASEK UTARA 2008

MEMORI KEM IHYA' RAMADHAN 2008

Bersama Fasilitator Kem Ihya Ramadhan

Bersama Fasilitator Kem Ihya Ramadhan
Jasamu Tetap Dikenang

Kem Minda Fikir Hebat

Kem Minda Fikir Hebat
kenangan bersama Sekolah Sri Johor Bahru