Sunday, June 28, 2009

KEM MOTIVASI MINDA FIKIR HEBAT 2009 - SK KLUANG BARAT, KLUANG JOHOR














Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Apa khabar semua peserta-peserta Kem Motivasi Minda Fikir Hebat dari Sk Kluang Barat, Kluang Johor. Semoga anda sentiasa HEBAT dan sentiasa ada MINDA FIKIR HEBAT. Alhamdulillah, bersyukur saya dan rakan-rakan di TMFH kepada Allah kerana telah berjaya menjalankan program ini dengan selamat dan hampir sempurna. Program ini telah dijalankan pada 26-28 Jun 2009 yang lepas. Pihak TMFH mengucapkan jutaan terima kasih atas kepercayaan yang telah diberikan ini khususnya kepada pihak Tiram Indah Village dan guru-guru dari SK Kluang Barat kerana telah bersama-sama menjayakan program ini. Mudah-mudahan segala usaha yang kita lakukan untuk melahirkan pelajar yang mempunyai jatidiri yang mantap luaran dan dalaman dapat direalisasikan satu hari nanti.

Buat semua peserta yang telah mengikuti program ini dengan cemerlang, kami di TMFH mengharapkan perubahan diri yang telah anda tunjukkan sepanjang kita bersama akan diteruskan bagi menguatkan jatidiri anda mnghadapi cabaran-cabaran yang bakal mendatang kelak. Memang sukar untuk seseorang manusia itu berubah dalam masa yang singkat. Perubahan diri memerlukan masa dan penyesuaian suasana persekitaran. Setiap perubahan boleh dilakukan walaupun sedikit, asalkan ianya akan membuatkan diri anda lebih baik berbanding dengan sebelum anda menyertai program ini. Tingkatkan disiplin anda di sekolah dan jadikanlah sekolah sebagai tempat anda melatih diri menjadi insan yang HEBAT untuk digunakan pada masa akan datang. TERUSKANLAH BERUBAH KERANA SETIAP PERUBAHAN ITU MESTILAH DIMULAKAN DENGAN LANGKAH PERTAMA.

Semoga kita jumpa lagi pada satu masa nanti. Kami doakan anda akan terus menjadi insan yang HEBAT di dunia dan TERHEBAT di akhirat.

ANDA HEBAT!!!! YES.....HEBAT 1...YES HEBAT 2....YES YES...HEBAT 3...YES YES YES SIR!!!!!

KEM PEMIMPIN HEBAT 2009 - SEKOLAH AGAMA PERMAS JAYA















Assalamualaikum dan Salam Kehebatan pada semua...

Alhamdulillah, pada 28 Jun 2009 yang lalu, TMFH telah berpeluang untuk bersama-sama dengan pelajar dari Sekolah Agama Permas Jaya, Johor Bahru dalam program sehari Kem Pemimpin Hebat yang diadakan di perkarangan sekolah ini. Program yang berobjektif utama untuk memberikan pendedahan awal kepada murid-murid di tahun 4-6 mengenai asas untuk menjadi pemimpin yang Hebat. Program yang menggunakan pendekatan 'Smart Leadership Training' ini menggabungkan unsur pengajaran, pembelajaran dan berhibur secara positif dan menyeronokkan. Program ini menekankan latihan menjadi pemimpin yang diberikan melalui aktiviti-aktivit yang dijalankan untuk menguji minda, kreativiti, kekuatan fizikal dan mental semua peserta program ini.

Walaupun progam cuma sehari, semua peserta telah menujukkan satu kesungguhan yang terbaik sepanjang program ini berlangsung. Mereka telah melakukan semua cabaran yang telah diberikan dengan penuh kesungguhan untuk mencapai kejuaraan yang diinginkan oleh kumpulan mereka. Sekalung tahniah saya ucapkan kepada ketua kumpulan 5 dan semua ahli kumpulannya kerana telah bergelar KUMPULAN JUTAWAN dengan menjuarai kategori KUMPULAN TERBAIK KESELURUHAN....TAHNIAH!!!. Bagi kumpulan-kumpulan yang lain, walaupun anda tewas dalam program ini, tetapi anda juga telah menunjukkan kesungguhan untuk berjaya. Apa yang penting adalah anda semua perlu terus mengekalkan semangat untuk menjadi pemimpin yang HEBAT pada satu hari nanti. Teruslah belajar untuk menjadi Pemimpin Hebat dan semailah perasaan ikhlas dan bertanggungjawab terhadap amanah yang sedang ada bawa sekarang. Program ini telah mengajar anda semua bahawa pentingnya anda menjaga amanah yang diberikan dan sentiasa bertanggungjawab dan berdisiplin terhadap apa juga yang anda lakukan.

Akhir kata dari saya, teruskanlah berusaha menjadi PEMIMPIN HEBAT dan sentiasa ada MINDA FIKIR HEBAT. ANDA HEBAT!!!!! YES....HEBAT 1!!!!! YES HEBAT 2!!!!!! YES YES HEBAT 3!!!!! YES YES YES SIR!!!!!!!....Salam Minda Fikir Hebat.

Thursday, June 25, 2009

KURSUS MOTIVASI MINDA FIKIR HEBAT 2009- SK TAMAN PERLING 3













Assalamualaikum dan Salam Kehebatan untuk semua

Pada 24 Jun 2009 (Rabu) yang lepas, pihak TMFH telah berpeluang untuk bersama-sama pelajar SK Taman Perling 3 dalam program Kursus Motivasi MFH untuk semua pelajar-pelajar tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan tahun 2009 ini. Ucapan jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Guru Besar, Cikgu Musa, Cikgu Hadi dan semua guru-guru SK Taman Perling 3 kerana telah 'meminjamkan' pelajar seramai 115 orang kepada pihak TMFH untuk bersama-sama menjana minda untuk menjadi MINDA FIKIR HEBAT.

Program ini bermula pada 8.30 pagi dan berakhir pada 5.30 petang telah mengabungkan pelbagai unsur untuk membina MINDA FIKIR HEBAT iaitu:

a) Menetapkan Matlamat Belajar - Belajar Kerana Allah/Tuhan yang suruh anda belajar

b) Sentiasa Rangsang Diri Untuk Berjaya - Motivasikan diri anda untuk sentiasa ingin berjaya

c) Menumpukan Perhatian Pada Pengajaran - Tumpuan dalam kelas adalah memberikan anda 90% peluang untuk berjaya.

d) Menghargai Pengorbanan Orang Lain - Kenang kembali pengorbanan dan harapan orang-orang yang sentiasa mengharapkan anda untuk menjadi orang berjaya pada satu hari nanti.

e) Bersyukur Atas Apa Kurniaan Yang Anda Miliki Sekarang - Setiap manusia ada kelebihan masing-masing dan anda mestilah bijak untuk memaksimakan kelebihan itu untuk membina kejayaan diri anda sendiri dan orang lain.

Kami harapkan, semua peserta yang telah mengikuti program ini mendapat pelbagai manafaat untuk dijadikan bekalan diri anda membina MINDA FIKIR HEBAT. Jika anda rasa kecewa dengan diri sendiri, ingatilah kembali bagaimana manusia yang tanpa kaki dan tangan berusaha untuk mengubah dirinya dan tidak pernah menjadikan kekurangan diri sebagai penghalang untuk kejayaan diri. Teruslah berusaha untuk mencapai kejayaan diri khususnya dalam UPSR 2009. SEMUA ANDA BERHAK UNTUK HEBAT DAN BERHAK UNTUK MENCAPAI 5A DALAM UPSR!!!!!! BERTINDAKLAH SEKARANG DAN CIPTALAH SEJARAH UNTUK SEKOLAH ANDA TAHUN 2009 INI. Anda Hebat!!!!! Yes....Hebat 1...Yes....Hebat 2...Yes Yes...Hebat 3....Yes Yes Yes Sirrrrrr!!!!!!!!!!!!!!!!!!!. MINDA HEBAT ANDA PUNYA!!!

Sunday, June 21, 2009

KEM PEMIMPIN HEBAT SMK TAMAN JOHOR JAYA 2


















Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...Salam Kehebatan buat semua!!!!


PERHATIAN...SEDIA!!!...SEDIA....HAITTTT!!!....KHABAR...HEBAT!!!! SENYUM...3!!! ANDA HEBAT....YES...HEBAT 1...YES!!!...HEBAT 2...YES YES!!!...HEBAT 3...YES YES YES SIR!!!!! Adakah anda masih ingat lagi dengan laugan HEBAT ini? Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua peserta seramai 75 orang pelajar dari SMK Taman Johor Jaya 2 yang telah berjaya mengikuti program Kem Pemimpin Hebat dengan cemerlang dan HEBAT dan telah berjaya memecah rekod pungutan wang tunai terkumpul kumpulan sebanyak 3.7 juta. WOW!!!!! Tahniah diucapkan kepada ketua kumpulan 5 dan semua ahlinya serta semua kumpulan yang telah menunjukkan kerjasama yang tinggi dalam semua aktiviti yang dijalankan. Saya dan TMFH amat berbangga kerana dapat bersama-sama dengan anda semua walaupun hanya 2 hari sahaja. Kami rasa teruja dengan kerjasama antara anda yang tidak mengira kaum dan keturunan dalam melakukan semua tugasan yang diberikan. Semoga kerjasama ini anda teruskan untuk memastikan JALINAN antara anda akan terus berkekalan di samping membina AKRAB PERSAHABATAN antara anda semua untuk menaikkan nama sekolah SMK Taman Johor Jaya 2.


Saya ingin mengimbau kembali sesi perkongsian ilmu dan pengalaman yang telah kita lalui bersama sepanjang 2 hari iaitu 20-21 Jun 2009. Secara ringkasnya, jika anda ingin menjadi pemimpin yang HEBAT, anda mestilah sekurang-kurannya mempunyai formula H.E.B.A.T yang telah bersama dikongsikan tempohari. Kuatkan pengaruh terhadap orang lain dengan cara memperbaiki disiplin diri serta menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab kepada ibubapa, keluarga, sekolah, rakan-rakan dan masyarakat. Ramai orang yang ingin melihat ada gagal mencapai matlamat tapi ingat pesan saya tempohari: SEBENAR-BENAR ORANG YANG GAGAL ADALAH ORANG YANG TIDAK BERUSAHA UNTUK BANGUN SEMULA SETELAH DIA JATUH. Cuba rendungkan beberapa tayangan video yang telah dipertontonkan kepada anda dan buatlah perbandingan dengan diri anda sendiri. Saya yakin, anda akan lebih mengerti mengenai erti perjuangan dan pentingnya setiap manusia menjadi PEMIMPIN HEBAT.


Akhir kalam saya, semoga anda terus cuba untuk berubah menjadi pelajar yang positif dan sentiasa ingin BERUBAH MENJADI YANG TERBAIK DI ANTARA YANG BAIK. Salam Minda Fikir Hebat dari saya dan rakan-rakan. YES YES YES SIRRRRRRRRRRR!!!!

Friday, June 19, 2009

PILIHAN SUKAR : KERJA ATAU KERJAYA?














Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua warga TMFH. Saya doakan semoga sihat selalu di bawah lindungan Allah yang Maha Pengasih lagi Penyayang.

'Kehidupan adalah sesuatu yang perlu dinikmati bukan dideritai'. Ungkapan ini merupakan antara ungkapan2 yang menjadi nadi kekuatan bagi diri saya untuk meneruskan perjuangan yang tiada garis penamat kecuali apabila saya meninggalkan dunia ini kelak. Satu nikmat yang telah dikurniakan kepada kita semua adalah kehidupan kerana dengan kehidupan yang telah diberikan ini, kita dapat berpeluang menjadi salah seorang dari hamba Allah dari berbilion-bilion makhluk yang telah dicipta-Nya selama ini. Alhamdulillah Ya Allah. Hamba-Mu amat bersyukur kerana masih diberikan lagi udara untuk terus bernafas, bumi yang masih boleh dipijak dan langit yang masih boleh memayung diriku yang telalu kecil ini. Hamba-Mu juga bersyukur juga kerana Dirimu telah menutupkan segala keaibanku selama ini supaya aku mampu untuk terus berbakti kepada orang lain. Syukur di atas segala nikmat-Mu ya Allah.

Minggu ini adalah minggu yang cukup memeritkan bagi saya kerana saya terpaksa memaksa diri saya untuk membuat pilihan antara kerja dan kerjaya. Memang amat sukar untuk saya lakukan pilihan antara keduanya kerana ianya telah sebati dengan diri saya selama ini. Selama 12 tahun saya berada dan menabur bakti di bandaraya Johor Bahru dengan segala suka duka dan cabaran rintangan, penat lelah di samping kepuasan dan keceriaan telah saya alami. Saya merasakan mungkin telah tiba masanya untuk saya berhijrah ke satu tempat yang baru bagi membaiki dan meningkatkan lagi ilmu yang saya miliki dengan harapan dapat membantu lebih ramai insan lagi di negara ini. 12 tahun bukan satu masa yang pendek. 12 tahun jugalah Nabi Muhamad s.a.w berdakwah untuk menguatkan akidah umat Islam sebelum Baginda diangkat oleh Allah untuk Isra' dan Mikraj dan menerima arahan dari Allah untuk mewajibkan solat 5 waktu. Kerana itulah saya berfikir untuk mengambil peluang ini kerana saya yakin ada hikmah di sebaliknya nanti. Saya berharap apapun pilihan yang saya akan buat, biarlah ianya yang terbaik bagi diri saya dan yang paling penting untuk kebaikan semua pihak. Saya harap, Allah berikan saya kekuatan untuk membuat keputusan yang amat sukar dalam hidup saya ini.

Buat semua rakan-rakan yang telah membantu saya, bersama ketika saya ketawa dan menangis, sama susah dan senang, bakti dan jasa anda semua pasti tidak akan saya lupakan untuk seumur hidup saya. Apa juga yang saya lakukan, pasti anda akan sentiasa dalam ingatan saya buat selamanya. Pasti saya akan rindu dengan kenangan-kenangan itu malah ketika saya menulis bingkisan ini, rasa tak tertahan titisan air mata di pipi tanda keikhlasan saya bersahabat dengan anda semua selama ini. Bagi saya, persahabatan kita tidak dapat diukur dengan wang ringgit tapi keikhlasan perhubungan antara kita itulah yang telah menjalin ukhuwah kita selama ini. Doakanlah kejayaan saya nanti kerana kerana penghijrahan ini lebih berisiko yang memerlukan lebih banyak pengorbanan dari diri saya untuk lebih berjaya. Saya memetik kata dari Dato' Sri Anwar Ibrahim, 'Kalau takut dengan risiko, jangan bercakap pasal perjuangan'. Sokongan anda semua adalah sumber kekuatan bagi diri saya dan kita akan jumpa lagi nanti. Saya tetap akan bersama TMFH untuk membangunkan modal insan HEBAT di negara ini.

Akhirnya, hayatlah lagu ini tanda persahabatan kita selamanya:

UNTUKMU TEMAN

Di sini kita pernah bertemu
Mencari warna seindah pelangi
Ketika kau menghulurkan tanganmu
Membawaku ke daerah yang baru
Dan hidupku kini ceria

Kini dengarkanlah
Dendangan lagu tanda ingatanku
Kepadamu teman
Agar ikatan ukhuwah kan bersimpul padu
Kenangan bersamamu
Takkanku lupa
Walau badai datang melanda
Walau bercerai jasad dan nyawa

Mengapa kita ditemukan
Dan akhirnya kita dipisahkan
Mungkinkah menguji kesetiaan
Kejujuran dan kemanisan iman
Tuhan berikan daku kekuatan

Mungkinkah kita terlupa
Tuhan ada janji-Nya
Bertemu berpisah kita
Ada rahmat dan kasih-Nya
Andai ini ujian
Terangilah kamar kesabaran
Pergilah gelita hadirlah cahaya

ANDA HEBAT...YES.....HEBAT 1...YES....HEBAT 2....YES YES.....HEBAT 3....YES YES YES SIRRRRRRR!!!!!

Sunday, June 14, 2009

PERCUTIAN DI LANGKAWI






Assalamualaikum dan Salam Kehebatan buat semua..

Pada 10-13 Jun 2009 yang lepas saya dan keluarga telah berkesempatan untuk bercuti di Pulau Lagenda Mahsuri, Langkawi, Kedah. Percutian yang telah dirancangkan selama 3 bulan ini rasa amat menyeronokkan dan hampir semua tempat-tempat utama pelancongan di Langkawi telah kami pergi. Walaupun suasana di sana agak panas iaitu pada siang hari suhu sekitar 36-38 darjah celcius, kami teruskan juga 'lawatan sambil belajar' di sana. Berbagai tempat telah kami lawati antaranya Underwater World, Pantai Chenang, Bandar Kuah, Makam Mahsuri, Kota Kedah, Pearl Harbour, Awana Porto Malai, Cable Car, Pusat Memproses Gamat Rozas dan Nusantara, Laksa Power, Lobster Villa, Dataran Helang dan banyak lagi lagi tempat menarik di sana.

Sepanjang percutian ini, saya merasakan bahawa pentingnya setiap manusia kepada kasih dan sayang kerana ianya adalah sesuatu yang subjektif dan tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Kebahagian adalah keperluan naluri bagi setiap orang dan kerana itulah, kebahagian mestilah dicari walau dengan apa cara sekalipun. Sebab itulah, sifat saling bertolak ansur dan saling memahami antara satu sama lain amat perlu dalam merealisasikan hubungan kasih sayang antara manusia dengan manusia yang lain.

Kepada semua rakan-rakan dan ahli TMFH dan tak lupa juga peserta yang pernah mengikuti program di bawah TMFH, carilah kebahagian dalam diri kita selagi kita masih lagi diberikan kekuatan oleh Pencipta kerana apabila ada nikmat pemberian-Nya yang ditarik balik, maka baru kita akan rasakan betapa selama ini Dia telah cuba memberikan kebahagiaan kepada kita semua cuma kita yang tidak pernah bersyukur dengan segala pemberian-Nya. Luangkanlah sedikit masa untuk mencari kebahagiaan diri sendiri kerana jika kita terlalu mengejar harta, ianya akan lebih cepat meninggalkan kita tapi apabila kita mengejar Allah, Dia akan semakin dekat pada kita. Mudah-mudahan kita semua akan menjadi seorang hamba yang sentiasa bersyukur dan sentiasa muhasabah diri sendiri bertapa bertuahnya kita diciptakan oleh Allah sebagai manusia bukan sebagai makhluk yang lain. Carilah kebahagiaan dengan cara murah memberikan kasih sayang kepada orang lain, Insyaallah kita semua akan menjadi hamba-Nya yang HEBAT DI DUNIA DAN TERHEBAT DI AKHIRAT. BERSAMA MENITI KEHEBATAN DUNIA DAN AKHIRAT.

Salam Minda Fikir Hebat dari saya......

Sunday, June 7, 2009

KEM MOTIVASI MINDA FIKIR HEBAT 2009 - SK KAMPONG PASIR JOHOR BAHRU












Assalamualaikum dan Salam Kehebatan untuk semua...
Pada 29-31 Mei 2009 yang lepas, pihak TMFH telah berkesempatan untuk mengadakan program Kem Motiasi Minda Fikir Hebat bersama dengan murid-murid tahun 6 SK Kampong Pasir Johor Bahru. Tahun ini merupakan tahun kedua pihak TMFH diberikan kepercayaan oleh pihak sekolah SK Kampong Pasir untuk mengendalikan program merangsang motivasi dalam diri peserta untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR 2009 kelak. Program ini telah dibahagikan kepada 2 sesi iaitu peringkat 1 adalah dikhususkan kepada murid dari kelas 6 rajin dan 6 usaha. Manakala peringkat 2 pula adalah dikhususkan kepada murid dari kelas 6 cekal dan 6 tabah. Walaupun program ini dijalankan dalam jangkamasa yang singkat iaitu sehari setengah bagi setiap peringkat, namun pihak TMFH berusaha sedaya upaya untuk menyampaikan mesej kepada semua peserta mengenai kejayaan adalah hak semua, 5A juga adalah hak mereka semua walaupun mereka berada di kelas yang agak terkebelakang. Faktor kegagalan bagi setiap manusia adalah apabila mereka menganggap diri mereka telah gagal untuk mencapai sesuatu impian yang mereka inginkan.

Kesungguhan mereka terbukti apabila saya melakukan sesi 'Semak Misi' iaitu untuk mengenalpasti arah tuju mereka dalam hidup pada masa depan. Kesemua mereka mempunyai matlamat dan tujuan hidup yang jelas dan menyatakan mereka ingin berjaya dalam kehidupan. Keadaan ini membuktikan bahawa tiada manusia yang dilahirkan untuk gagal dalam hidup mereka. Walau sesusah mana pun kehidupan keluarga kita, setiap kita adalah dilahirkan untuk berjaya dalam hidup cuma yang membezakan antara kita adalah usaha yang dilakukan untuk mencapai kejayaan pada masa depan.

Buat semua adik-adik di SK Kampong Pasir, saya dan rakan-rakan di TMFH mengharapkan agar program yang telah dilalui pada tempohari akan memberikan lebih lonjakkan semangat kepada diri anda untuk berjaya dengan cemerlang dalam UPSR. Ingat ikrar janji yang telah adik-adik lafazkan pada hari penutup program selepas sesi bersama ibubapa dan guru anda tempohari. Letakkan satu tekad dalam diri yang 'EVERYONE IS NO. 1'. Sekiranya anda rasa kecewa dalam hidup anda, sebutkan nama anda dan sebutkan 'EVERYONE IS NO.1'. Buat selalu dan yang paling penting jaga hubungan anda dengan:

a) HUBUNGAN DENGAN PENCIPTA IAITU ALLAH - Tunaikanlah Solat 5 waktu dan yakinlah bahawa Allah akan sentiasa bersama dengan anda walau di mana anda berada.

b) HUBUNGAN DENGAN IBUBAPA - Hormati dan taatilah segala kata-kata mereka demi kebaikan di dunia dan akhirat, sentiasa doakan agar mereka juga sentiasa bersolat dan memberikan kasih sayang dan membawa adik-adik ke arah kebaikan.

c) HUBUNGAN DENGAN GURU - Hormatilah selalu semua guru-guru kerana tiada seorang pun guru yang ingin melihat murid-muridnya gagal dalam peperiksaan apa lagi dalam kehidupan. Sentiasa tumpukan perhatian semasa guru mengajar dalam kelas dan jadilah murid yang boleh berbakti kepada sekolah apabila tamat darjah 6 nanti.
d) HUBUNGAN DENGAN RAKAN-RAKAN - Berkawanlah dengan rakan yang sentiasa membawa kepada kebaikan dan hindari dari rakan yang selalu mengajak anda ke arah kegagalan dan kelalaian. Sentiasalah berdoa agar rakan-rakan anda semua berjaya dalam kehidupan mereka di dunia dan akhirat.
e) HUBUNGAN DENGAN JIRAN - Sentiasa menjaga budi bahasa dan sikap anda dengan jiran-jiran anda dan sentiasa doakan agar mereka juga diberkati kehidupan dunia dan akhirat.
Akhirnya, teruskan usaha dan jika anda inginkan kejayaan, ingatlah formula HEBAT yang telah saya berikan tempohari. Saya yakin, anda pasti berjaya dengan cemerlang dengan izin Allah....aminnnnn. Semoga jumpa lagi nanti dan BERSAMA MEMBINA MINDA FIKIR HEBAT!!!!

PERKHEMAHAN PENGAKAP KANAK-KANAK 2009 - SEKOLAH RENDAH AGAMA BERSEPADU JOHOR BAHRU
















Assalamualaikum dan Salam Kehebatan buat semua..

Pada 22-24 Mei 2009 yang lepas, TMFH telah mengendalikan satu Perkemahan Pengakap Muda bersama ahli-ahli pengakap SRABJB. Peserta yang mengikuti program ini seramai 67 orang ahli pengakap telah mengikuti berbagai kemahiran-kemahiran asas yang perlu mereka tahu sebagai ahli pengakap. Antara kemahiran yang telah diberikan kepada mereka adalah

a) Persetiaan dan Undang-Undang Pengakap
b) Tepukan dan Nyanyian dalam Pengakap
c) 5 Ikatan Asas dalam Pengakap iaitu Simpul Manuk, Buka Sila, Bunga Keti, Belit dan Tindih Kasih.
d) Asas Kawad Kaki
e) Camp Fire dan Persembahan setiap kumpulan
f) Asas Memasak

Di samping aktiviti-aktiviti ini, peserta telah diberikan sedikit suntikan motivasi melalui slot Kuliah Maghrib yang bertajuk 'Tanggungjawab Terhadap IbuBapa dan Guru' serta Kuliah Subuh yang bertajuk 'Bersyukur Pada Pencipta'.

Pihak TMFH mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peserta yang telah mengikuti program ini dengan cemerlang dan Hebat serta penghargaan kepada semua ustaz dan ustazah dari SRABJB yang telah bersama-sama mengikuti program ini. Semoga program ini akan memberikan lebih kefahaman kepada semua peserta mengenai asas-asas untuk menjadi seorang ahli pengakap yang mengetahui tujuan mereka menyertai persatuan Pengakap. Buat Guru Besar serta ustaz dan ustazah di SRABJB, terima kasih yang tak terhingga atas kepercayaan yang tak putus-putus diberikan kepada TMFH untuk mengendalikan program kepada murid-murid di SRABJB. TMFH akan cuba melakukan yang terbaik dalam setiap program untuk faedah bersama dan yang paling penting, TMFH AKAN CUBA MEMBERIKAN YANG TERBAIK KERANA SETIAP MANUSIA ITU ADALAH TERHEBAT!!!!!!!! Semoga berjumpa lagi pada program akan datang. BERSAMA MEMBINA MINDA HEBAT!!!!!

KEM PEMIMPIN HEBAT 2009 - SEKOLAH AGAMA SENAI UTAMA

KENANGAN BERSAMA PELAJAR SMP 4 SRI PINANG, INDONESIA

KURSUS EKSPLORASI KEPEMIMPINAN PEMIMPIN SMK TASEK UTARA 2009

KURSUS KEMAHIRAN BERPERSATUAN - SMKSETA 2009

PROGRAM INTEGRASI PESERTA PLKN SIRI 6 KUMPULAN 1 2009 - KEM WARISAN MASJID TANAH, MELAKA

KEM PEMIMPIN HEBAT 2009 - SEKOLAH AGAMA TAMBATAN TINGGI

KURSUS JURULATIH MODUL INTEGRASI PLKN SESI 1 2009

KURSUS INTENSIF LEPASAN SPM 2008 - KOLEJ SAL JB

MOTIVASI MINDA FIKIR HEBAT BERSAMA SEKOLAH AGAMA KOPOK BARU

KENANGAN TERINDAH KEM PENGGUGAHAN KENDIRI SMK TASEK UTARA 2008

MEMORI KEM IHYA' RAMADHAN 2008

Bersama Fasilitator Kem Ihya Ramadhan

Bersama Fasilitator Kem Ihya Ramadhan
Jasamu Tetap Dikenang

Kem Minda Fikir Hebat

Kem Minda Fikir Hebat
kenangan bersama Sekolah Sri Johor Bahru