Wednesday, June 25, 2008

BINGKISAN UNTUK RAKAN TMFH.....




Manusia yang cenderung melakukan kejahatan
Bagi mereka, mereka tak jahat mana
Sebab mereka tak bunuh orang, tak rompak orang...
Mereka cuma merosakkan iman mereka sahaja
Mereka inginkan syurga juga
Tapi mereka nak enjoy lagi...

Bagi yang sukakan kebaikan
Mereka cenderung melakukan amal-amal soleh
Bagi mereka, dunia ini sementara
Mereka takut terpesona dengan keindahan dunia
Lalu mereka sering menangis kerana takutkan Allah...

Mereka yang cenderung berbuat maksiat,
Mereka pernah jua buat amal soleh
Tapi mereka acapkali gagal untuk istiqamah
Mereka digagalkan oleh nafsu,
Oleh kawan-kawan yang sedunia dengan mereka...

Mereka sukakan santai-santai
Suka berhibur dan berpesta
Mereka menjadikan nafsu tuhan mereka
Mereka menjadikan artis idola dan kesayangan mereka
Mungkin mereka belum terfikir
Idola mereka itu belum tentu menjadi penolong buat mereka kelak

Bagi yang cenderung kepada kebaikan
Mereka sukakan jalan yang susah
Mereka tidak kisah dianggap pelik
Mereka memang lain dari yang lain
Kerana mereka golongan minoriti
Mereka hanya suka diperdengarkan ayat-ayat Allah
Mereka menjadikan Allah dan Rasul tujuan hidup mereka
Mereka menyayangi ulama' dan orang-orang beriman
Tidak mengapa mereka berkorban di dunia
Mereka yakin akan janji ALlah buat mereka


Di dunia ini...
Mereka sekadar musafir yang singgah di sepohon pokok
Lalu akan meneruskan perjalanan lagi...
Satu perjalanan yang panjang,
yang sukarPenuh ujian, penuh rintangan
Mereka tak harapkan redha manusia
Hanyalah redha Allah mereka dambakan...

Mereka kadangkala terlalai jua
Terjatuh lalu bangun kembali meneruskan langkah
Dalam perjalanan mereka
Ada saja diantara mereka yang tidak dapat meneruskan perjalanan itu
Lantaran sudah luntur nikmat iman
Lantaran tidak berdaya dan berputus asa

Tinggallah mereka yang masih lagi tegar
Mereka tetap teruskan perjalanan
Walaupun mereka juga mahukan kerehatan
Tapi mereka yakini rehat yang abadi hanya di sana....


"Dan barang siapa mentaati Allah dan Rasul (Muhammad), maka mereka itu akan bersama-sama dengan orang yang diberikan nikmat oleh Allah, (yaitu) para nabi, para pencinta kebenaran, orang-orang yang mati syahid dan orang-orang yang soleh. Mereka itulah teman yang sebaik-baiknya. (An-Nisa : 69)

PILIHLAH AKU, YA ALLAH


Apakah ini suatu anugerah pada ku?
Atau sekadar ujian untuk menguji iman ku?
Apakah ini satu destinasi akhir?
Atau satu perhentian sementara?

Semoga Kau tunjukkan aku jalan yang benar...
Tanpa kasih-sayangMu,
Tanpa belas dan rahmatMu,
Tak mungkin aku di sini
Tak mungkin aku masih di jalan ini...

Berilah aku kekuatan,
Ketabahan hati dan kesabaran yang luar biasa
Agar aku tidak tercicir diantara parajurit yang berbaris itu
Agar aku sebahagian dari cerucuk bangunan itu
Yang saling mengukuhkan antara satu sama lain
Semoga aku ada fungsinya
Walaupun sekadar pemijak kaki...

Ya Allah,Pilihlah aku!
Moga Kau tempatkan aku dikalangan hamba-hambaMu terpilih
Moga aku akan berada di sana
Di tempat dimana tiada lagi penat dan lelah
Tiada lagi bising dan hiruk pikuk
Yang ada hanyalah ketenangan dan kenikmatan...ameen

Wednesday, June 18, 2008

KEM MOTIVASI MINDA FIKIR HEBAT SM(T) TANJUNG PUTERI JOHOR BAHRU




ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM KEHEBATAN.......

Apa khabar? Mesti Alhamdulillah Baik dan Hebat Sekali pada semua peserta Kem Motivasi Minda Fikir Hebat yang aktif dan sporting minggu lepas. Adakah anda masih ingat lagi pada kami di sini? Apakah anda masih ingat segala aktiviti yang telah anda lalui sepanjang kem tersebut? Walaupun kita berjumpa hanya seketika, saya harapkan agar semua peserta mendapat berbagai manafaat dan mencuba untuk menjadi pelajar yang terbaik. Ingat yang saya katakan! JANGAN SEKALI-KALI MENGATAKAN DIRI ANDA BODOH!!!!. Setiap manusia yang lahir ke dunia ini adalah mempunyai keistimewaan tersendiri. Cuma kita sahaja yang tidak ingin mencari kehebatan diri kita sendiri. Tidak semestinya bila kita kurang berjaya dalam akademik, kita akan gagal dalam hidup. Kejayaan hidup anda pada masa akan datang itu adalah lebih penting dari segalanya. Kenangkan kembali cerita pendek yang saya tayangkan kepada anda semua pada awal pertemuan kita dalam kem ini. Jangan rosakkan diri kita dengan berbuat sesuatu yang boleh memberikan mudarat kepada diri. Selalu dekatkan diri kita dengan Allah dan JANGAN TINGGAL SOLAT. InsyaAllah, anda akan mencapai kehebatan di dunia dan akhirat.

Akhirnya, semoga anda semua terus berjaya dengan HEBAT dalam akademik dan kehidupan. Jadilah orang yang berguna pada semua orang dan buatlah yang terbaik untuk semua orang yang mengharapkan kejayaan anda. ANDA PASTI BOLEH LAKUKANNYA KERANA ANDA ADALAH INSAN HEBAT!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Friday, June 6, 2008

SEKALUNG PENGHARGAAN KEPADA TENAGA PENGERAK TEAM MINDA FIKIR HEBAT & SAIDINA SMART CONSULTANT


BAKTI DAN JASA ANDA SEMUA TIDAK AKAN DAPAT DILUPAKAN SELAMANYA. TERIMA KASIH ATAS SEGALA BANTUAN DAN PERKONGSIAN ILMU SEPANJANG PROGRAM PADA 2 - 5 JUN 2008 YANG LEPAS. ANDA MEMANG HEBAT!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

KEM MOTIVASI KECEMERLANGAN MINDA HEBAT, ANAK-ANAK JKR NEGERI JOHOR




SALAMM KEHEBATAN UNTUK SEMUA....


Ingat lagi identiti ini....SEDIA.....YES SIR....1...YES...2....YES YES....3...YES YES YES....SIAPA ANDA?? ...PELAJAR HEBAT....DARI MANA??? JKR JOHOR.....




Tahniah kepada semua pelajar-pelajar hebat yang terdiri dari anak-anak ahli kelab sukan JKR Negeri Johor kerana telah dapat mengikuti kem ini dengan begitu hebat sekali walaupun pada awalnya muram jer....Masih ingat lagi SENYUM 3??? Mesti ingat kan.....Anda semua mempunyai bakat dan kesungguhan untuk cemerlang pada masa depan. Yang anda perlukan sekarang adalah semangat yang berterusan di samping usaha yang tidak mengenal erti putus asa. Jangan mudah lemah dengan segala cabaran yang mendatang. Sentiasa pertingkatkan tahap disiplin diri anda dari masa ke semasa. Ingat lagi tak pesanan saya??? Setiap kejayaan yang datang adalah hasil dari kesusahan yang telah kita hadapi sebelumnya. Sebahagian dari anda adalah merupakan anak-anak yang bertuah kerana memiliki ibubapa yang boleh memberikan apa sahaja yang anda perlukan. Tetapi ingatlah bahawa anda jangan sekali-kali menyalahgunakan apa yang telah anda perolehi sebaliknya balaslah jasa orang yang telah berbudi kepada anda dengan gengaman kejayaan anda dalam akademik dan menjadi anak yang terbaik dalam keluarga. Kejayaan adalah datang dari diri anda sendiri. Tiada orang yang dapat memberikan kita kejayaan tanpa kita sendiri yang mengusahakannya. Jadikan segala pengalaman dan nasihat yang baik dari kem ini sebagai penguat semangat anda untuk berjaya. Terus berusaha dan pastinya anda akan berjaya kelak. Mulakan Langkah Menjadi Manusia Hebat Sekarang!!!!!!




Jumpa lagi dan pastinya JUMPA ANDA DI PUNCAK KEHEBATAN!!!!!!!!!!!!!

KEM MOTIVASI MINDA FIKIR HEBAT DI SK KAMPONG PASIR, JB




Assalamualaikum dan Salam Kehebatan untuk semua....




Apa khabar??? Ingat...mesti...Alhamdulillah Hebat!!!!...ingat tu...Bagaimana dengan adik2 dari SK Kampong Pasir yang mengikuti program motivasi hari tu??? Apakah anda berubah menjadi lebih baik atau sama sahaja dengan anda yang dulu??? Saya mengharapkan agar anda menjadi pelajar yang lebih baik dari sebelum ini kerana tiada orang yang boleh mengubah anda kecuali anda sendiri yang mengubahnya. Anda semua merupakan pelajar-pelajar yang berbakat untuk cemerlang dengan syarat anda mengubah sedikit sikap anda dari malas belajar kepada rajin sedikit untuk belajar. Mulakan perubahan secara sedikit demi sedikit kerana perubahan yang sedikit itu akan menjadikan adik2 lebih bersemangat dari hari ke hari. Tunaikan janji-janji yang telah anda buat sewaktu kem tempohari kerana ramai orang yang sedang menantikan kejayaan anda ketika ini. Ingat!!!!! 5A adalah milik semua. Jangan rasa rendah diri dengan apa yang anda miliki sekarang. Jangan malu dengan latarbelakang keluarga anda sekarang. Jangan takut dengan pencapaian anda sekarang. Sekiranya ada usaha yang gigih, pasti kejayaan akan berada dalam genggaman anda pada UPSR nanti. Ingat adik!!!!!!!!!!!!! Buktikan sesuatu bahawa ANDA ADALAH PELAJAR YANG HEBAT.......5A DALAM UPSR 2008!!!!!!Ayohhh...Buktikan!!!!!!


KEM MOTIVASI MINDA HEBAT BERSAMA SM SAINS SULTAN ISKANDAR, MERSING


Assalamualaikum wbt dan Salam Kehebatan


Apa khabar adik2 di SMS Sultan Iskandar, Mersing Johor. Bagaimana dengan program yang diikuti pada 21 dan 22 Mei yang lepas. Walaupun telah lebih 2 minggu ianya berlalu, saya mengharapkan agar ianya masih segar dalam ingatan anda semua. Segala ilmu yang telah ditimba dari program berkenaan diharap dapat digunakan dengan sebaiknya untuk memajukan diri sendiri dan membantu rakan-rakan yang lain. Ingat lagi dengan Ikrar Janji anda terhadap kami dan semua guru anda? Jadikanlah ianya sebagai satu penguat semangat untuk menjadi pelajar yang mempunyai Minda Hebat. Ciptalah sejarah yang Hebat di SM Sains Sultan Iskandar pada tahun 2008 ini. Jangan sia-siakan peluang belajar yang telah diperolehi ini kerana anda merupakan sebutir permata yang bersinar antara permata-permata yang lain. Kejayaan anda merupakan kejayaan semua orang yang mengharapkan kejayaan anda. Lipatgandakan usaha dan jangan sekali-kali GIVE UP!!!!!!!!!!!!!!


Semoga jumpa lagi dan SALAM KEHEBATAN. JUMPA ANDA ANDA DIPUNCAK KEHEBATAN!!!!!!


Team Minda Fikir Hebat

KEM PEMIMPIN HEBAT 2009 - SEKOLAH AGAMA SENAI UTAMA

KENANGAN BERSAMA PELAJAR SMP 4 SRI PINANG, INDONESIA

KURSUS EKSPLORASI KEPEMIMPINAN PEMIMPIN SMK TASEK UTARA 2009

KURSUS KEMAHIRAN BERPERSATUAN - SMKSETA 2009

PROGRAM INTEGRASI PESERTA PLKN SIRI 6 KUMPULAN 1 2009 - KEM WARISAN MASJID TANAH, MELAKA

KEM PEMIMPIN HEBAT 2009 - SEKOLAH AGAMA TAMBATAN TINGGI

KURSUS JURULATIH MODUL INTEGRASI PLKN SESI 1 2009

KURSUS INTENSIF LEPASAN SPM 2008 - KOLEJ SAL JB

MOTIVASI MINDA FIKIR HEBAT BERSAMA SEKOLAH AGAMA KOPOK BARU

KENANGAN TERINDAH KEM PENGGUGAHAN KENDIRI SMK TASEK UTARA 2008

MEMORI KEM IHYA' RAMADHAN 2008

Bersama Fasilitator Kem Ihya Ramadhan

Bersama Fasilitator Kem Ihya Ramadhan
Jasamu Tetap Dikenang

Kem Minda Fikir Hebat

Kem Minda Fikir Hebat
kenangan bersama Sekolah Sri Johor Bahru