Friday, November 28, 2008

KURSUS MOTIVASI MINDA FIKIR HEBAT SEKOLAH AGAMA KOPOK BARU









Assalamualaikum dan Salam Kehebatan untuk semua!..
Sedia....Yes Sir...Siapa Anda....Pelajar Hebat..Dari Mana....SAKB...Satu....Yes...Dua...Yes Yes...Tiga...Yes..Yes..Yes Sir!...Apa khabar semua peserta program Motivasi Minda Fikir Hebat Sekolah Agama Kopok Baru...pastikan jawapan anda adalah Alhamdulillah HEBAT....kita ubah sedikit pemikiran kita ke arah yang lebih Hebat dari sebelum ini. Selama ini anda kurang menyedari betapa semua manusia yang dilahirkan mempunyai kehebatan dan potensi diri yang Hebat. Allah telah ciptakan kita semua dari sesuatu yang tidak mempunyai apa-apa kekuatan sehinggalah kita mempunyai segala-galanya. Lihatlah apa yang ada pada diri anda sekarang. Dari hujung rambut hinggalah hujung kaki segala-galanya Hebat kan. Bukankah itu sesuatu pemberian Allah yang tak ternilai kepada diri kita semua. Kenapa kita sanggup katakan diri kita tidak mampu untuk berjaya? Kenapa selalu kita katakan diri kita dengan perkataan-perkataan negatif seperti 'Bodoh', 'Bagang', 'Lembap' dan yang lain-lain. Bukankah bila kita menyebut perkataan-perkataan tersebut menunjukkan yang kita tidak bersyukur dia atas keHebatan kejadian diri kita yang Allah telah anugerahkan kepada kita semua.
Oleh itu wahai adik-adik yang abang sayangi, kuatkanlah semangat anda untuk terus berubah menjadi insan yang lebih Hebat dari sebelum ini. Buktikan kepada diri anda sendiri bahawa anda juga BERHAK UNTUK BERJAYA. Tinggalkanlah kawan-kawan yang selalu mengajak anda ke arah kegagalan dan berdampinglah dengan rakan-rakan yang sentiasa mengingatkan anda tentang kejayaan. Biarlah kita mempunyai hanya seorang kawan yang sentiasa mengajak kita ke arah kebaikan dari mempunyai ramai kawan yang setiasa ingin melihat diri anda hancur seperti mereka. Sentiasalah Fikir Minda Hebat!!!! Tahniah kepada anda semua dan anda semua MEMANG DILAHIRKAN HEBAT!!!! TERUSKANLAH BERUBAH DAN PASTI ANDA AKAN JADI INSAN YANG HEBAT DI DUNIA DAN TERHEBAT DI AKHIRAT!!!
Salam Kehebatan dari Team Minda Fikir Hebat

No comments:

KEM PEMIMPIN HEBAT 2009 - SEKOLAH AGAMA SENAI UTAMA

KENANGAN BERSAMA PELAJAR SMP 4 SRI PINANG, INDONESIA

KURSUS EKSPLORASI KEPEMIMPINAN PEMIMPIN SMK TASEK UTARA 2009

KURSUS KEMAHIRAN BERPERSATUAN - SMKSETA 2009

PROGRAM INTEGRASI PESERTA PLKN SIRI 6 KUMPULAN 1 2009 - KEM WARISAN MASJID TANAH, MELAKA

KEM PEMIMPIN HEBAT 2009 - SEKOLAH AGAMA TAMBATAN TINGGI

KURSUS JURULATIH MODUL INTEGRASI PLKN SESI 1 2009

KURSUS INTENSIF LEPASAN SPM 2008 - KOLEJ SAL JB

MOTIVASI MINDA FIKIR HEBAT BERSAMA SEKOLAH AGAMA KOPOK BARU

KENANGAN TERINDAH KEM PENGGUGAHAN KENDIRI SMK TASEK UTARA 2008

MEMORI KEM IHYA' RAMADHAN 2008

Bersama Fasilitator Kem Ihya Ramadhan

Bersama Fasilitator Kem Ihya Ramadhan
Jasamu Tetap Dikenang

Kem Minda Fikir Hebat

Kem Minda Fikir Hebat
kenangan bersama Sekolah Sri Johor Bahru