Wednesday, February 11, 2009

JURULATIH MODUL INTEGRASI KEM PLKN WARISAN MASJID TANAH MELAKA










Salam Kehebatan buat semua....Fikir Hebat...Minda Hebat....

Sepanjang minggu lepas dari 1-6 Februari 2009 saya telah berpeluang untuk menjadi jurulatih modul integrasi peserta PLKN di Kem Warisan, Masjid Tanah, Melaka. Wah...terasa memang mencabar untuk mengalas tugas yang diberikan ini. Selain dari menyampaikan pengajaran dan pemahaman berkaitan dengan kebudayaan, keagamaan dan persamaan gander lelaki perempuan kepada semua peserta PLKN di sana, saya juga perlu memberikan imput berbentuk motivasi kerjaya kepada mereka khususnya kumpulan saya iaitu Alfa 2. Agak memeranjatkan kerana sebelum saya menyertai kem ini, diberitahu kumpulan 1 ini terdiri dari pelajar-pelajar yang agak baik dari segi akademik dan sahsiahnya. Tetapi apabila berada pad situasi yang sebenar, segalanya berubah dan berlainan sangat dari apa yang dinyatakan dalam TOT tempohari. Keadaan ini memberikan cabaran khususnya kepada jurulatih-jurulatih lain yang baru pertama kali menceburkan diri dalam bidang kejurulatihan modal insan ini. Kami telah mengharungi berbagai cabaran khususnya sikap peserta-peserta PLKN yang berbagai ragam tetapi oleh kerana kami telah dibekalkan dengan berbagai ilmu sebelum mengikuti program ini, jadi tiada masalah bagi kami untuk menyesuaikan diri. Bagi pendapat saya, program PLKN ini merupakan program yang baik pada objektifnya kerana di dalam program ini peserta akan diajar dengan pelbagai ilmu berkaitan dengan kekuatan diri, sikap saling tolong menolong dan kerjasama, saling mengenali antara kaum dan agama dan yang paling penting dapat membentuk disiplin diri yang tinggi. Saya dan rakan-rakan amat berbangga kerana telah diberikan peluang untuk bersama-sama dalam program PLKN ini. Segala pengalaman yang ditimba dalam program ini pastinya akan dapat mematangkan lagi penampilan saya dalam program-program yang akan dijalankan kelak.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih dan selamat berjaya kepada semua komandan kem, timbalan komandan dan semua jurulatih khususnya jurulatih Integrasi iaitu Cikgu Arif (Ketua Jurulatih), Cikgu Fathi, Cikgu Aizat, Cikgu Aemi, Cikgu Anis, Cikgu Fizah dan Cikgu Saridah kerana pertemuan singkat tetapi penuh bermakna bagi saya. Kenangan bersama anda semua tetap saya abadikan sebagai kenangan yang tidak dapat dilupakan buat selama-lamanya. Semoga kita akan dapat bertemu pada satu masa nanti dalam keadaan yang lebih baik lagi. Akhir kata, Salam Khidmat Negara....Salam Perpaduan dari saya Cikgu Azlan.

1 comment:

JPNS said...

memang terbaik mase di kem ini. cikgu Azlan,, gambar saye pun ade tu., team alpha terbaik ! hehe

KEM PEMIMPIN HEBAT 2009 - SEKOLAH AGAMA SENAI UTAMA

KENANGAN BERSAMA PELAJAR SMP 4 SRI PINANG, INDONESIA

KURSUS EKSPLORASI KEPEMIMPINAN PEMIMPIN SMK TASEK UTARA 2009

KURSUS KEMAHIRAN BERPERSATUAN - SMKSETA 2009

PROGRAM INTEGRASI PESERTA PLKN SIRI 6 KUMPULAN 1 2009 - KEM WARISAN MASJID TANAH, MELAKA

KEM PEMIMPIN HEBAT 2009 - SEKOLAH AGAMA TAMBATAN TINGGI

KURSUS JURULATIH MODUL INTEGRASI PLKN SESI 1 2009

KURSUS INTENSIF LEPASAN SPM 2008 - KOLEJ SAL JB

MOTIVASI MINDA FIKIR HEBAT BERSAMA SEKOLAH AGAMA KOPOK BARU

KENANGAN TERINDAH KEM PENGGUGAHAN KENDIRI SMK TASEK UTARA 2008

MEMORI KEM IHYA' RAMADHAN 2008

Bersama Fasilitator Kem Ihya Ramadhan

Bersama Fasilitator Kem Ihya Ramadhan
Jasamu Tetap Dikenang

Kem Minda Fikir Hebat

Kem Minda Fikir Hebat
kenangan bersama Sekolah Sri Johor Bahru