Wednesday, March 18, 2009

KURSUS MOTIVASI PELAJAR SMP 4, TANJUNG PINANG INDONESIA











Assalamualaikum dan Salam Kehebatatan buat semua peserta Kem Motivasi Pelajar SMP 4, Tanjung Pinang, Indonesia yang telah mengikuti Kem Motivasi bersama Team Minda Fikir Hebat (TMFH) pada 16-17 Mac 2009 yang lepas. Saya mewaklili semua jurulatih dan fasilitator TMFH mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi peluang kepada kami untuk mengendalikan pelajar dari SMP4 Tanjung Pinang, Indonesia ini. Ucapan terima kasih juga kami berikan kepada pengurus Tiram Indah Village, Pn Halimah kerana sudi menjemput kami untuk bersama-sama pelajar ini dalam program tersebut. Kami di TMFH amat terharu atas segala perhatian dan bantuan yang telah Kak Limah berikan kepada kami selama ini dan kami akan kenang sampai bila-bila. Bagi kami, jalinan ikatan persaudaraan antara Kak Limah dengan TMFH adalah seperti satu keluarga, tidak boleh dinilai dengan wang ringgit dan segalanya. Moga kita dapat terus bekerjasama pada masa-masa akan datang.

Buat semua pelajar dari SMP4 Tanjung Pinang, anda cukup sporting dan memberikan kerjasama yang baik kepada kami sepanjang program ini. Ternyata semangat anda untuk berjaya adalah cukup tinggi melalui aktiviti-aktiviti yang telah kami jalankan. Anda semua adalah bakal pewaris pemimpin pada masa akan datang. Semangat dan kesungguhan yang telah ditunjukkan dalam kem ini menunjukkan anda semua mempunyai potensi untuk menjadi lebih baik lagi pada masa akan datang. Cuma anda perlukan kesabaran dan disiplin yang tinggi dalam mengejar cita-cita pada masa akan datang.

Akhirnya, kami harap akan berjumpa anda lagi pada masa akan datang. Mungkin kami pula akan buat lawatan di Tanjung Pinang, Indonesia dan kita boleh berjumpa dan berkongsi ilmu dengan lebih banyak lagi nanti di sana. Semoga anda terus suksess dalam apa juga yang dilakukan.

Salam Kehebatan dan JUMPA ANDA DI PUNCAK KEHEBATAN!!!

4 comments:

gheaa odol said...

mksihh ya cek gu ats pelajaran kmren..
kami semua senang..
berjaya selalu smpn 4 tanjungpinang.

Anonymous said...

saya seronok sangat di kem kemari..
rasanya nak balik lagi kesana..
mksih cekgu,
bnyk peLajaran yg kami ambL

raa always with you said...

saya seronok sangat di kem kemari..
rasanya nak balik lagi kesana..
mksih cekgu,
bnyk peLajaran yg kami ambL..
thanks, thanks, thanks!!!

norazlansarmudan said...

Sama-sama buat semua dari pak ustaz halim, johar, syahir dan jaafar buat semua pelajar spm4 tanjung pinang. Semoga sihat selalu dan jadi pelajar yang hebat. Seronok dan gembira bersama dengan anda semua walau masanya sangat singkat. Harap dapat berjumpa lagi nanti.

KEM PEMIMPIN HEBAT 2009 - SEKOLAH AGAMA SENAI UTAMA

KENANGAN BERSAMA PELAJAR SMP 4 SRI PINANG, INDONESIA

KURSUS EKSPLORASI KEPEMIMPINAN PEMIMPIN SMK TASEK UTARA 2009

KURSUS KEMAHIRAN BERPERSATUAN - SMKSETA 2009

PROGRAM INTEGRASI PESERTA PLKN SIRI 6 KUMPULAN 1 2009 - KEM WARISAN MASJID TANAH, MELAKA

KEM PEMIMPIN HEBAT 2009 - SEKOLAH AGAMA TAMBATAN TINGGI

KURSUS JURULATIH MODUL INTEGRASI PLKN SESI 1 2009

KURSUS INTENSIF LEPASAN SPM 2008 - KOLEJ SAL JB

MOTIVASI MINDA FIKIR HEBAT BERSAMA SEKOLAH AGAMA KOPOK BARU

KENANGAN TERINDAH KEM PENGGUGAHAN KENDIRI SMK TASEK UTARA 2008

MEMORI KEM IHYA' RAMADHAN 2008

Bersama Fasilitator Kem Ihya Ramadhan

Bersama Fasilitator Kem Ihya Ramadhan
Jasamu Tetap Dikenang

Kem Minda Fikir Hebat

Kem Minda Fikir Hebat
kenangan bersama Sekolah Sri Johor Bahru