Wednesday, April 29, 2009

KEM PEMIMPIN HEBAT SMT TANJUNG PUTERI 2009
















Assalamualaikum dan Salam Kehebatan...
Apa khabar semua peserta Kem Pemimpin Hebat SMT Tanjung Puteri, Johor Bahru. Anda semua memang HEBAT!!!!! Setiap kali program bersama anda pasti rekod pungutan wang tunai akan tercipta. Terima kasih atas segala kerjasama yang telah anda semua tunjukkan dan tak lupa juga kepada pihak pentadbiran SMT Tanjung Puteri khusus kepada Pn Hjh Rohaina kerana telah memberikan kepercayaan kepada Team Minda Fikir Hebat untuk mengendalikan program ini. Kem Pemimpin Hebat telah diadakan pada 24-26 April 2009 yang lepas adalah bertujuan untuk mengasah lagi bakat kepemimpinan yang ada dalam diri semua peserta. Walaupun semua peserta terdiri dari pelbagai latarbelakang, namun semangat dan kesungguhan yang telah ditunjukkan sepanjang program amatlah baik dan bertaraf lima bintang. Walaupun ada sedikit masalah disiplin pada pertengahan program, tetapi saya yakin, dengan kesungguhan yang telah ditunjukkan oleh semua peserta untuk berubah menjadi yang terbaik, anda semua akan menjadi pemimpin yang terbaik satu hari nanti. LEADERSHIP IS ACTION NOT POSITION. Kepemimpinan adalah apa yang anda lakukan bukan sekadar jawatan sahaja. Semua orang adalah pemimpin kerana kita telah dilahirkan sebagai khalifah di muka bumi ini. Oleh itu, setiap orang mestilah cuba menjadikan diri mereka pemimpin sekurang-kurangnya untuk memimpin keluarga masing-masing satu hari nanti. Buat semua peserta, buatlah sesuatu yang bermanafaat kepada diri sendiri, jangan ulangi kesilapan lalu dan teruslah berusaha untuk mencapai sesuatu matlamat sebagaimana yang telah anda tunjukkan dalam kem ini.
Akhirnya, semoga kita berjumpa lagi satu hari nanti dalam keadaan yang lebih baik dari sekarang. Hanya anda yang mampu mengubah diri anda dari kurang baik kepada baik, dari baik kepada yang terbaik dan dari terbaik kepada HEBAT!!!!!!!!!!!! Salam Kehebatan dari Team Minda Fikir Hebat. Perhatian...Sedia, Anda Hebat?......Yes, Hebat 1....Yes, Hebat 2....Yes Yes, Hebat 3....Yes Yes Yes Sir!!!!!!!!!!!!!!!

7 comments:

ekyn(tek tj puteri) said...

TEAM MINDA FIKIR HEBAT TERBAIK WOK.
xsia2 join kem ni.

syuhada said...

best dan padat pengisian kem TMFH SMTTP hari tuh ....rugi yg tak pegi tuh..
byk yg sye dpt dr kem tuh...

ekyn(tek tj puteri) said...

rse cm nk join TMFH.jd fasi.tp cmne ek?abg azlan,tlg jwbkn.

Nor Azlan said...

Salam Kehebatan pada semua peserta SMTTTP...ANDA MEMANG HEBAT DAN ANDA BERHAK HEBAT...kalau ekyn nak jadi fasi TMFH, boleh..tak der masalah...nanti lepas spm boleh hubungi saya...yang penting, habiskan belajar dulu dan tunjukkan keHebatan anda dan nanti boleh cerita dengan adik2 dalam kem bila jadi fasi. Teruskan usaha dan jangan sekali2 putus asa

auto chaos,awesome! said...

abang!
haahaha!
memang samok gile kem abang!
xbole blah r!
huru-hare bang an?
heehehe.
harap² jmpe lagi kt kem!
tp yg pling best redah hutan!
pehhh,memang AWESOME la!
TMFH is the most greatest ever!
ap yg penting?
kerjesame~
pengalaman paling hebat menengah 5!

*wan,azam,salihin,fadhli,budak awam sowang tersesat an*

shah said...

peh!!
samok gler lorh g kem nie...
x belh bla la..
idop pklah..
x der politik...
trade mark,stoking..
hahahha
samok samok samok!!

ekyn(tek tj puteri) said...

tq abg azlan.tgu ye.insyaALLAH sy akn jd hebat dan trus usaha..doakan sy SPM 10a1 ok.sy akn trus sokong TMFH.insyaALLAH

KEM PEMIMPIN HEBAT 2009 - SEKOLAH AGAMA SENAI UTAMA

KENANGAN BERSAMA PELAJAR SMP 4 SRI PINANG, INDONESIA

KURSUS EKSPLORASI KEPEMIMPINAN PEMIMPIN SMK TASEK UTARA 2009

KURSUS KEMAHIRAN BERPERSATUAN - SMKSETA 2009

PROGRAM INTEGRASI PESERTA PLKN SIRI 6 KUMPULAN 1 2009 - KEM WARISAN MASJID TANAH, MELAKA

KEM PEMIMPIN HEBAT 2009 - SEKOLAH AGAMA TAMBATAN TINGGI

KURSUS JURULATIH MODUL INTEGRASI PLKN SESI 1 2009

KURSUS INTENSIF LEPASAN SPM 2008 - KOLEJ SAL JB

MOTIVASI MINDA FIKIR HEBAT BERSAMA SEKOLAH AGAMA KOPOK BARU

KENANGAN TERINDAH KEM PENGGUGAHAN KENDIRI SMK TASEK UTARA 2008

MEMORI KEM IHYA' RAMADHAN 2008

Bersama Fasilitator Kem Ihya Ramadhan

Bersama Fasilitator Kem Ihya Ramadhan
Jasamu Tetap Dikenang

Kem Minda Fikir Hebat

Kem Minda Fikir Hebat
kenangan bersama Sekolah Sri Johor Bahru