Sunday, June 7, 2009

KEM MOTIVASI MINDA FIKIR HEBAT 2009 - SK KAMPONG PASIR JOHOR BAHRU












Assalamualaikum dan Salam Kehebatan untuk semua...
Pada 29-31 Mei 2009 yang lepas, pihak TMFH telah berkesempatan untuk mengadakan program Kem Motiasi Minda Fikir Hebat bersama dengan murid-murid tahun 6 SK Kampong Pasir Johor Bahru. Tahun ini merupakan tahun kedua pihak TMFH diberikan kepercayaan oleh pihak sekolah SK Kampong Pasir untuk mengendalikan program merangsang motivasi dalam diri peserta untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR 2009 kelak. Program ini telah dibahagikan kepada 2 sesi iaitu peringkat 1 adalah dikhususkan kepada murid dari kelas 6 rajin dan 6 usaha. Manakala peringkat 2 pula adalah dikhususkan kepada murid dari kelas 6 cekal dan 6 tabah. Walaupun program ini dijalankan dalam jangkamasa yang singkat iaitu sehari setengah bagi setiap peringkat, namun pihak TMFH berusaha sedaya upaya untuk menyampaikan mesej kepada semua peserta mengenai kejayaan adalah hak semua, 5A juga adalah hak mereka semua walaupun mereka berada di kelas yang agak terkebelakang. Faktor kegagalan bagi setiap manusia adalah apabila mereka menganggap diri mereka telah gagal untuk mencapai sesuatu impian yang mereka inginkan.

Kesungguhan mereka terbukti apabila saya melakukan sesi 'Semak Misi' iaitu untuk mengenalpasti arah tuju mereka dalam hidup pada masa depan. Kesemua mereka mempunyai matlamat dan tujuan hidup yang jelas dan menyatakan mereka ingin berjaya dalam kehidupan. Keadaan ini membuktikan bahawa tiada manusia yang dilahirkan untuk gagal dalam hidup mereka. Walau sesusah mana pun kehidupan keluarga kita, setiap kita adalah dilahirkan untuk berjaya dalam hidup cuma yang membezakan antara kita adalah usaha yang dilakukan untuk mencapai kejayaan pada masa depan.

Buat semua adik-adik di SK Kampong Pasir, saya dan rakan-rakan di TMFH mengharapkan agar program yang telah dilalui pada tempohari akan memberikan lebih lonjakkan semangat kepada diri anda untuk berjaya dengan cemerlang dalam UPSR. Ingat ikrar janji yang telah adik-adik lafazkan pada hari penutup program selepas sesi bersama ibubapa dan guru anda tempohari. Letakkan satu tekad dalam diri yang 'EVERYONE IS NO. 1'. Sekiranya anda rasa kecewa dalam hidup anda, sebutkan nama anda dan sebutkan 'EVERYONE IS NO.1'. Buat selalu dan yang paling penting jaga hubungan anda dengan:

a) HUBUNGAN DENGAN PENCIPTA IAITU ALLAH - Tunaikanlah Solat 5 waktu dan yakinlah bahawa Allah akan sentiasa bersama dengan anda walau di mana anda berada.

b) HUBUNGAN DENGAN IBUBAPA - Hormati dan taatilah segala kata-kata mereka demi kebaikan di dunia dan akhirat, sentiasa doakan agar mereka juga sentiasa bersolat dan memberikan kasih sayang dan membawa adik-adik ke arah kebaikan.

c) HUBUNGAN DENGAN GURU - Hormatilah selalu semua guru-guru kerana tiada seorang pun guru yang ingin melihat murid-muridnya gagal dalam peperiksaan apa lagi dalam kehidupan. Sentiasa tumpukan perhatian semasa guru mengajar dalam kelas dan jadilah murid yang boleh berbakti kepada sekolah apabila tamat darjah 6 nanti.
d) HUBUNGAN DENGAN RAKAN-RAKAN - Berkawanlah dengan rakan yang sentiasa membawa kepada kebaikan dan hindari dari rakan yang selalu mengajak anda ke arah kegagalan dan kelalaian. Sentiasalah berdoa agar rakan-rakan anda semua berjaya dalam kehidupan mereka di dunia dan akhirat.
e) HUBUNGAN DENGAN JIRAN - Sentiasa menjaga budi bahasa dan sikap anda dengan jiran-jiran anda dan sentiasa doakan agar mereka juga diberkati kehidupan dunia dan akhirat.
Akhirnya, teruskan usaha dan jika anda inginkan kejayaan, ingatlah formula HEBAT yang telah saya berikan tempohari. Saya yakin, anda pasti berjaya dengan cemerlang dengan izin Allah....aminnnnn. Semoga jumpa lagi nanti dan BERSAMA MEMBINA MINDA FIKIR HEBAT!!!!

No comments:

KEM PEMIMPIN HEBAT 2009 - SEKOLAH AGAMA SENAI UTAMA

KENANGAN BERSAMA PELAJAR SMP 4 SRI PINANG, INDONESIA

KURSUS EKSPLORASI KEPEMIMPINAN PEMIMPIN SMK TASEK UTARA 2009

KURSUS KEMAHIRAN BERPERSATUAN - SMKSETA 2009

PROGRAM INTEGRASI PESERTA PLKN SIRI 6 KUMPULAN 1 2009 - KEM WARISAN MASJID TANAH, MELAKA

KEM PEMIMPIN HEBAT 2009 - SEKOLAH AGAMA TAMBATAN TINGGI

KURSUS JURULATIH MODUL INTEGRASI PLKN SESI 1 2009

KURSUS INTENSIF LEPASAN SPM 2008 - KOLEJ SAL JB

MOTIVASI MINDA FIKIR HEBAT BERSAMA SEKOLAH AGAMA KOPOK BARU

KENANGAN TERINDAH KEM PENGGUGAHAN KENDIRI SMK TASEK UTARA 2008

MEMORI KEM IHYA' RAMADHAN 2008

Bersama Fasilitator Kem Ihya Ramadhan

Bersama Fasilitator Kem Ihya Ramadhan
Jasamu Tetap Dikenang

Kem Minda Fikir Hebat

Kem Minda Fikir Hebat
kenangan bersama Sekolah Sri Johor Bahru