Tuesday, October 13, 2009

KURSUS PEMIMPIN HEBAT 2009- SMKA JOHOR BAHRU

Assalamualaikum dan Salam Kehebatan...



Pada 10 Oktober 2009 yang lepas, TMFH telah berpeluang untuk mengendalikan Kursus Pemimpin Hebat kepada pemimpin-pemimpin tingkatan 1,2,dan 4 dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Johor Bahru, Johor Jaya. Program yang dijalankan selama sehari ini dijalankan khusus kepada pengawas-pengawas yang dilantik sebagai persediaan menjadi pengawas pada tahun 2010 yang akan datang. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pentadbiran SMKAJB khususnya kepada Cikgu Latifah kerana telah memberikan peluang walau cuma sehari untuk berkongsi ilmu dan pengalaman menjadi pemimpin Hebat. Tak lupa juga kepada putera puteri pemimpin-pemimpin tingkatan 1,2,dan 4 SMKAJB yang telah memberikan kerjasama yang amat baik kepada kami untuk memastikan program-program yang dirancangkan berjalan lancar dan HEBAT.



Para pemimpin yang dikasihi sekelian,
Program sehari yang dijalankan adalah menumpukan kepada 3 perkara iaitu TANGGUNGJAWAB, KERJASAMA dan PENGORBANAN. Modul program yang dijalankan ini menumpukan kepada 3 aspek yang amat penting untuk menjadi seorang pemimpin HEBAT di samping FORMULA H.E.B.A.T yang menjadi tunjang kepada perancangan program di bawah TMFH. Melalui program ini, kami berharap semua peserta seramai 70 orang dapat menggunakan segala ilmu yang telah mereka perolehi semasa program ini dijalankan.
INGATLAH BAHAWA "SETIAP MA NUSIA ADALAH DILAHIRKAN SEBAGAI PEMIMPIN" DAN ANDA SEMESTINYA BERTUAH KERANA TELAH DIPILIH OLEH PIHAK SEKOLAH UNTUK MEMEGANG JAWATAN SEBAGAI PENGAWAS PADA TAHUN HADAPAN. BUKTIKANLAH BAHAWA PIHAK SEKOLAH TIDAK SILAP MEMILIH ANDA DAN BUKTIKANLAH BAHAWA TAHUN 2010 LEBIH BAIK DARI TAHUN-TAHUN SEBELUMNYA.





ANDA HEBAT????? YES!!!!!!!! YES YES!!!!!!!! YES YES YES SIRRRRRRR!!!!!!!!!

1 comment:

Anonymous said...

terima kasih cikgu norazlan..... mudah-mudahan anak-anak didik kita mampu menjadi pemimpin hebat .....mampu memimpin dengan kuasa akal yang hebat..mampu mentadbir dengan akal budi yang hebat..... mampu mendidik generasi terbilang dunia dan akhirat.... insyaAllah!!! cikgu latifah..

KEM PEMIMPIN HEBAT 2009 - SEKOLAH AGAMA SENAI UTAMA

KENANGAN BERSAMA PELAJAR SMP 4 SRI PINANG, INDONESIA

KURSUS EKSPLORASI KEPEMIMPINAN PEMIMPIN SMK TASEK UTARA 2009

KURSUS KEMAHIRAN BERPERSATUAN - SMKSETA 2009

PROGRAM INTEGRASI PESERTA PLKN SIRI 6 KUMPULAN 1 2009 - KEM WARISAN MASJID TANAH, MELAKA

KEM PEMIMPIN HEBAT 2009 - SEKOLAH AGAMA TAMBATAN TINGGI

KURSUS JURULATIH MODUL INTEGRASI PLKN SESI 1 2009

KURSUS INTENSIF LEPASAN SPM 2008 - KOLEJ SAL JB

MOTIVASI MINDA FIKIR HEBAT BERSAMA SEKOLAH AGAMA KOPOK BARU

KENANGAN TERINDAH KEM PENGGUGAHAN KENDIRI SMK TASEK UTARA 2008

MEMORI KEM IHYA' RAMADHAN 2008

Bersama Fasilitator Kem Ihya Ramadhan

Bersama Fasilitator Kem Ihya Ramadhan
Jasamu Tetap Dikenang

Kem Minda Fikir Hebat

Kem Minda Fikir Hebat
kenangan bersama Sekolah Sri Johor Bahru