Wednesday, March 26, 2008

BINA MINDA FIKIR HEBAT


Manusia yang dicipta oleh tuhan sebagai khalifah atau pemimpin di muka bumi ini mempunyai berbagai keistimewaan dan kelebihan berbanding dengan makhluk-makhluk lain. Kelebihan dan keistimewaan ini ialah kerana manusia dikurnialan akal. Akal fikiranlah yang membezakan secara kualitatif, di antara manusia dan haiwan. Akal atau minda adalah sumber ilmu intelek (intellectual knowledge) yang menghasilkan pengetahuan melalui proses pemikiran dan pentaakulan minda (akal). Akal adalah tempat bersemadinya kearifan dan kebijaksanaan (hikmah). Akal adalah merupakan kurniaan Allah S.W.T. yang sangat berharga kepada hambaNya. Melaluinya manusia boleh membuat pentaakulan (rationalize), membentuk konsep (conceptualize), dapat memahami (comprehend) dan sebagainya. Untuk memiliki sifat ‘hikmah’ (wisdom), seseorang perlulah menjalani latihan penajaman minda dan pendidikan pembersihan akal.

Di samping dikaitkan dengan otak, hikmah juga dikaitkan dengan ‘qalbu’ atau hati manusia. Hati adalah sumber ilmu yang menghasilkan pengetahuan melalui ilham, taufiq dan hidayah (bisikan hati dan suara qalbu). Pemberian Allah S.W.T. kepada seseorang kerana bersihnya hati yang dimiliki. Hati mempunyai keupayaan pentaakulan dan daya faham seperti kemampuan akal, boleh mengesani dan menemui kebenaran. Pengetahuan yang diperolehi melalui mata hati dapat membezakan yang benar dari yang palsu, yang betul dari yang salah,

kebaikan dari keburukan. Untuk memperolehi pengetahuan bersumberkan hati, seseorang itu perlu mempunyai hati yang suci dan ini dapat dicapai melalui latihan penyucian hati (purification of the heart). Sekiranya manusia dapat menggunakan akal dan hatinyanya dalam mengeluarkan buah fikiran, maka ia dikira sebagai telah menggunakan akalnya dengan bijak. Kemahiran mengggunakan buah fikiran yang baik dan berguna inilah yang bakal mengangkat darjat “keinsanan manusia berbanding haiwan”. Sejarah membuktikan bahawa manusia bertindak tanpa menggunakan akal dan buah fikirannya boleh terjerumus de dalam darjat kehaiwanan, bahkan lebih dahsyat daripada itu.

Keputusan-keputusan dan tindakan-tindakan yang dibuat oleh manusia ada kaitan dengan kemahiran berfikir. Sekiranya keputusan dan tindakan itu membawa natijah positif kepada dirinya dan orang lain, ia dikatakan keputusan yang berhikmah dan bijaksana. Sebaliknya, jika keputusan tidak bermanfaat kepada diri, orang lain dan alam sekelilingnya, keputusan itu dikatakan tidak bijak atau tidak berhikmah.

Betapa perlu dan pentingnya aktiviti berfikir untuk diri manusia adalah jelas sebagaimana digambarkan di dalam maksud sebuah hadis Nabi
“Berfikir sesaat itu lebih baik daripada sembahyang sunat selama tujuh puluh tahun”. Manakala di dalam kitab suci Al-Quran perkataan yang merujuk kepada kata akar aqal disebut sebanyak 40 kali. Allah SubhanahuWataala (S.W.T) juga menempelak manusia yang tidak mahu berfikir. Apabila Allah S.W.T memberitahu manusia, “Lihatlah bulan, lihatlah langit, lihatlah bintang dan fikirkan”. Menyedari kebesaran Allah Taala melalui ciptaanya seperti bumi, bulan, bintang dan matahari adalah tanda seseorang itu sebenarnya menggunakan akalnya untuk berfikir. Justeru itu, berfikir adalah sesuatu yang menjadi tuntutan dan seharusnya dilakukan oleh manusia dalam setiap aktiviti dan tindak tanduk yang dilakukan. Namun bagitu, tidak ramai antara kita yang memahami pengertian serta selok-belok berfikir yang sewajarnya.

Malahan sekiranya dilihat dalam konteks yang lebih syumul, peranan hati ‘qalbu’ yang berkait rapat dengan ‘afektif’ atau ‘EQ’ dan perananya dalam kejayaan hidup telah tekankan dengan tegas dalam satu hadis Nabi Muhammad Sallallahualaihiwasallam, lebih 1400 tahun dahulu:

Dalam badan manusia itu ada seketul daging.
Sekiranya daging itu baik, maka baiklah badan itu,
Sekiranya daging itu tidak baik atau busuk,
Maka tidak baik atau busuklah badan itu;
Daging itu adalah hati.


Sekadar berkongsi idea dan imu pengetahuan untuk kebaikan bersama. Teruslah mendidik dan menambahbaikkan diri kita dari masa ke semasa agar tergolong di kalangan hamba-hamba Allah yang beruntung di dunia dan akhiran. Wallahhualam...

1 comment:

Admin said...

bagus artikel nih bang lan :)

KEM PEMIMPIN HEBAT 2009 - SEKOLAH AGAMA SENAI UTAMA

KENANGAN BERSAMA PELAJAR SMP 4 SRI PINANG, INDONESIA

KURSUS EKSPLORASI KEPEMIMPINAN PEMIMPIN SMK TASEK UTARA 2009

KURSUS KEMAHIRAN BERPERSATUAN - SMKSETA 2009

PROGRAM INTEGRASI PESERTA PLKN SIRI 6 KUMPULAN 1 2009 - KEM WARISAN MASJID TANAH, MELAKA

KEM PEMIMPIN HEBAT 2009 - SEKOLAH AGAMA TAMBATAN TINGGI

KURSUS JURULATIH MODUL INTEGRASI PLKN SESI 1 2009

KURSUS INTENSIF LEPASAN SPM 2008 - KOLEJ SAL JB

MOTIVASI MINDA FIKIR HEBAT BERSAMA SEKOLAH AGAMA KOPOK BARU

KENANGAN TERINDAH KEM PENGGUGAHAN KENDIRI SMK TASEK UTARA 2008

MEMORI KEM IHYA' RAMADHAN 2008

Bersama Fasilitator Kem Ihya Ramadhan

Bersama Fasilitator Kem Ihya Ramadhan
Jasamu Tetap Dikenang

Kem Minda Fikir Hebat

Kem Minda Fikir Hebat
kenangan bersama Sekolah Sri Johor Bahru