Tuesday, April 22, 2008

WIRA DAN WIRAWATI SMA AL-QURAN WADDIN


Assalamualaikum dan Salam Kehebatan.....


Apa khabar anda semua peserta Kem Pemimpin Hebat 2008 yang baru berlangsung pada 19-20 April yang lepas? Bagaimana dengan ilmu-ilmu untuk menjadi pemimpin Hebat yang telah anda perolehi tempohari? Pastikan ianya sentiasa subur mekar dalam jiwa anda semua dan sentiasa meningkatkan semangat dalam diri kita untuk menjadi pemimpin yang Hebat. Sesungguhnya kurniaan terbesar yang Allah kurniakan kepada kita adalah akal fikiran. Dengan akal fikiran, kita boleh menjadi apa sahaja yang kita inginkan asalkan ianya mengikut jalan Sunnah dan Al-Quran. Jangan terlalu membataskan diri kita dengan pelbagai halangan yang kita bina sendiri. Anda semua telah buktikan kepada kami yang anda semua mempunyai bakat kepemimpinan yang boleh diasah lagi menjadi lebih baik dan berkesan pada masa akan datang. Seorang pemimpin yang beragama Islam mestilah mempunyai prinsip perjuangan yang jelas, matlamat yang padu, sentiasa berusaha dan tidak putus asa serta yang paling penting memiliki pemikiran yang tajam serta kreatif (inovatif). Anda telah buktikan semuanya!!!. Asas menjadi pemimpin yang hebat telah anda ketahui dan sekarang, terserah kepada anda untuk mengembangkan asas berkenaan. Landaskanlah ianya dengan iman yang padu serta semangat perjuangan yang tidak mengenal erti gagal. Anda Pasti Berjaya!!!!!!


Sambutlah SALAM KEHEBATAN DRI TEAM MINDA FIKIR HEBAT....HEBAT MINDA...HEBAT MEMIMPIN...HEBAT HATI....HEBAT BERIBADAH...TERUSKAN PERJUANGAN!!!!!!!!!!

No comments:

KEM PEMIMPIN HEBAT 2009 - SEKOLAH AGAMA SENAI UTAMA

KENANGAN BERSAMA PELAJAR SMP 4 SRI PINANG, INDONESIA

KURSUS EKSPLORASI KEPEMIMPINAN PEMIMPIN SMK TASEK UTARA 2009

KURSUS KEMAHIRAN BERPERSATUAN - SMKSETA 2009

PROGRAM INTEGRASI PESERTA PLKN SIRI 6 KUMPULAN 1 2009 - KEM WARISAN MASJID TANAH, MELAKA

KEM PEMIMPIN HEBAT 2009 - SEKOLAH AGAMA TAMBATAN TINGGI

KURSUS JURULATIH MODUL INTEGRASI PLKN SESI 1 2009

KURSUS INTENSIF LEPASAN SPM 2008 - KOLEJ SAL JB

MOTIVASI MINDA FIKIR HEBAT BERSAMA SEKOLAH AGAMA KOPOK BARU

KENANGAN TERINDAH KEM PENGGUGAHAN KENDIRI SMK TASEK UTARA 2008

MEMORI KEM IHYA' RAMADHAN 2008

Bersama Fasilitator Kem Ihya Ramadhan

Bersama Fasilitator Kem Ihya Ramadhan
Jasamu Tetap Dikenang

Kem Minda Fikir Hebat

Kem Minda Fikir Hebat
kenangan bersama Sekolah Sri Johor Bahru