Assalamualaikum dan Salam Kehebatan untuk semua...
Ingatan pada kem pemimpin hebat minggu lepas pasti masih segar dalam ingatan anda sekelian. Begitu juga dengan kami. Kenangan bersama anda sekelian akan tetap kami ingat sebagai antara kenangan terindah sepanjang minggu lepas. Rasa tak cukup kan masa 2 hari 1 malam tersebut kerana kami merasakan antara anda baru membina hubungan mesra dan berpisah. Apapun, kami harapkan anda akan terus berjuang dalam satu kumpulan dan jadilah contoh kepada pelajar-pelajar yang lain di sekolah. Ingatlah pesan yang telah saya berikan pada malam kita bersama tersebut. Jangan mudah untuk korbankan diri kita kerana Cinta yang tidak pasti. Pengorbanan boleh anda lakukan pada tempat yang betul seperti berkorban jiwa, raga dan sepenuh semangat untuk menjadi pelajar yang Hebat di sekolah. Hebat dalam ertikata yang positif iaitu menunjukkan sikap yang boleh menjadi contoh kepada pelajar lain. Bantulah guru anda dalam memastikan keharmonian di sekolah. Jangan gadaikan maruah sekolah anda. Berjuanglah untuk menaikkan nama sekolah anda dan jadikanlah sekolah anda sebagai sekolah yang Hebat selama-lamamya. Ciptalah Sejarah untuk diri anda dan sekolah anda.
Akhir kata....SALAM KEHEBATAN dari saya dan TEAM MINDA FIKIR HEBAT....
No comments:
Post a Comment