ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM KEHEBATAN.......
Apa khabar? Mesti Alhamdulillah Baik dan Hebat Sekali pada semua peserta Kem Motivasi Minda Fikir Hebat yang aktif dan sporting minggu lepas. Adakah anda masih ingat lagi pada kami di sini? Apakah anda masih ingat segala aktiviti yang telah anda lalui sepanjang kem tersebut? Walaupun kita berjumpa hanya seketika, saya harapkan agar semua peserta mendapat berbagai manafaat dan mencuba untuk menjadi pelajar yang terbaik. Ingat yang saya katakan! JANGAN SEKALI-KALI MENGATAKAN DIRI ANDA BODOH!!!!. Setiap manusia yang lahir ke dunia ini adalah mempunyai keistimewaan tersendiri. Cuma kita sahaja yang tidak ingin mencari kehebatan diri kita sendiri. Tidak semestinya bila kita kurang berjaya dalam akademik, kita akan gagal dalam hidup. Kejayaan hidup anda pada masa akan datang itu adalah lebih penting dari segalanya. Kenangkan kembali cerita pendek yang saya tayangkan kepada anda semua pada awal pertemuan kita dalam kem ini. Jangan rosakkan diri kita dengan berbuat sesuatu yang boleh memberikan mudarat kepada diri. Selalu dekatkan diri kita dengan Allah dan JANGAN TINGGAL SOLAT. InsyaAllah, anda akan mencapai kehebatan di dunia dan akhirat.
Akhirnya, semoga anda semua terus berjaya dengan HEBAT dalam akademik dan kehidupan. Jadilah orang yang berguna pada semua orang dan buatlah yang terbaik untuk semua orang yang mengharapkan kejayaan anda. ANDA PASTI BOLEH LAKUKANNYA KERANA ANDA ADALAH INSAN HEBAT!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
No comments:
Post a Comment