Sunday, December 7, 2008

SALAM AIDILADHA






















Assalamualaikum dan Salam Kehebatan kepada semua...


Alhamdulillah dengan izin Allah esok kita akan sama-sama menyambut Hari Raya Aidiladha iaitu perayaan yang lebih dikenali sebagai hari raya korban. Teringat kembali saya kepada pengorbanan Akbar yang telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s kepada anaknya yang dikasihi, Nabi Ismail a.s. Begitu mulia pengorbanan yang telah dilakukan oleh mereka berdua dengan hanya berladaskan iman dan takwa yang menebal dalam diri iaitu menunjung kalimah ' TIADA TUHAN YANG DI SEMBAH SELAIN ALLAH'. Pengorbanan ini menunjukkan bahawa kita hanyalah hamba Allah yang sangat memerlukan kekuataan dari Allah untuk menjadi Hebat. Cuba kita renung kembali asal kejadian diri kita dari setitis air mani yang tak bernilai sehinggalah kita diberikan segala-galanya oleh Allah sehinggalah akhirnya kita menjadi manusia yang tinggi darjatnya berbanding dengan makhluk lain ciptaan Allah. Hebat sangat kejadian diri kita kan. Subhanallah. Selama lebih kurang 9 bulan Allah hidupkan kita di tempat yang amat gelap dan dipenuhi air tanpa sebarang bantuan dari peralatan moden dan canggih. Akhirnya sedikit demi sedikit kita bertambah sempurna sehinggalah kita menjadi manusia Hebat seperti sekarang ini. Lihatlah kejadian ini dengan mata hati nescaya kita semua akan merasai bahawa Allah menjadikan kita dengan penuh keHebatan dan kesempurnaan.


Tapi, apa yang telah kita lakukan untuk membalas pengorbanan yang telah Allah buat kepada kita selama ini. Adakah kita telah menjadi hamba yang mengaku dirinya bertakwa tetapi masih lagi sombong dengan Allah, adakah kita telah menjadi hanba yang mengaku dirinya beriman tetapi masih lagi meninggalkan solat lima waktu dan adakah kita telah menjadi hamba yang mengaku dirinya bertawakal tetapi kerap berputus asa dan mengatakan diri dilahirkan untuk gagal. Adakah kita......adakah kita......adakah kita....Oleh itu, saya ingin mengajak pada semua untuk menghayati erti pengorbanan yang telah kita lakukan untuk menunjukkan yang kita adalah hamba Allah yang bersyukur dengan segala kenikmatan yang telah diberikan selama ini. Apakah kita sanggup meninggalkan solat hanya kerana ingin bermain bola sepak bersama rakan, adakah kita sanggup meninggalkan solat hanya kerana takut rambut cantik kita basah kerana mengambil wudu' atau adakah kita sanggup meninggalkan solat hanya kerana melihat rakan-rakan yang bersama kita tidak bersolat. Marilah kita insafi bersama segala pengorbanan kita untuk melawan nafsu jahat dan diganti dengan akhlak yang mulia dan menjadi hamba Allah yang bertakwa. Hidup hanya sementara kerana bila-bila masa Allah akan menjemput kita untuk kembali menemuinya semula sebagaimana permulaan kita dulu. Mudah-mudahan kita semua termasuk dalam golongan hamba-Nya yang mendapat petunjuk taufik hidayah. InsyaAllah.


Di kesempatan ini saya dan keluarga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha. Semoga kehadiran hari raya ini akan dapat mengeratkan lagi ukhuwah antara kita dan bersama-samalah kita MEMBINA MINDA FIKIR HEBAT!!

No comments:

KEM PEMIMPIN HEBAT 2009 - SEKOLAH AGAMA SENAI UTAMA

KENANGAN BERSAMA PELAJAR SMP 4 SRI PINANG, INDONESIA

KURSUS EKSPLORASI KEPEMIMPINAN PEMIMPIN SMK TASEK UTARA 2009

KURSUS KEMAHIRAN BERPERSATUAN - SMKSETA 2009

PROGRAM INTEGRASI PESERTA PLKN SIRI 6 KUMPULAN 1 2009 - KEM WARISAN MASJID TANAH, MELAKA

KEM PEMIMPIN HEBAT 2009 - SEKOLAH AGAMA TAMBATAN TINGGI

KURSUS JURULATIH MODUL INTEGRASI PLKN SESI 1 2009

KURSUS INTENSIF LEPASAN SPM 2008 - KOLEJ SAL JB

MOTIVASI MINDA FIKIR HEBAT BERSAMA SEKOLAH AGAMA KOPOK BARU

KENANGAN TERINDAH KEM PENGGUGAHAN KENDIRI SMK TASEK UTARA 2008

MEMORI KEM IHYA' RAMADHAN 2008

Bersama Fasilitator Kem Ihya Ramadhan

Bersama Fasilitator Kem Ihya Ramadhan
Jasamu Tetap Dikenang

Kem Minda Fikir Hebat

Kem Minda Fikir Hebat
kenangan bersama Sekolah Sri Johor Bahru