Wednesday, December 23, 2009
KEM MOTIVASI MINDA FIKIR HEBAT 2009 - SEKOLAH AGAMA KG KASTAM JB
Assalamualaikum dan Salam Kehebatan untuk semua...
Apa khabar adik-adik di Sekolah Agama Kg Kastam Johor Bahru? Semoga anda telah selamat menjalani Peperiksaan Darjah 6 yang diadakan pada awal bulan disember tempohari. Semoga semangat membara yang telah ditunjukkan semasa Kem Motivasi MFH pada 14-15 Novamber 2009 yang lepas diteruskan dan menjadi pemangkin kepada kejayaan-kejayaan pada masa akan datang.
Berbagai pengajaran dan petua-petua kejayaan telah diberikan semasa 2 hari program yang dijalani. Persediaan dari segi mental dan fizikal amat penting bagi diri adik-adik untuk mengejar dan memburu kejayaan pada masa sekarang dan akan datang. Ingatlah bahawa berbagai cabaran dan rintangan datang sekarang terutamanya di kalangan remaja seperti adik-adik sekelian.
Cabaran memilih kawan yang mengajak ke arah kebaikan amatlah hebat sekarang ini. Rakan sebaya memainkan peranan yang penting dalam membentuk sahsiah diri adik-adik sekelian kerana kebanyakkan remaja yang telah hancur hidupnya adalah berpunca dari kesalahan memilih rakan sebaya. Ini disebabkan ibu dan bapa telah cuba memberikan sepenuh perhatian kepada adik-adik di rumah tetapi apabila berada di luar rumah, rakanlah yang akan membentuk diri adik-adik sekelian sama ada ke arah kebaikan atau kejahatan/kemungkaran. Perkara yang paling penting adalah, adik-adik MESTI MENJAGA SOLAT 5 WAKTU SEHARI dan TERUSKAN BERDOA untuk kejayaan diri adik pada masa akan datang.
Semoga Allah merahmati diri adik-adik semua dan ucapan terima kasih yang tak terhingga saya berikan kepada pihak pentadbiran SEKOLAH AGAMA KAMPUNG KASTAM JOHOR BAHRU kerana sudi memberikan kepercayaan ini kepada TMFH untuk bersama-sama mendidik semua peserta menjadi modal insan yang terbaik pada masa akan datang.
Buat Guru Besar dan guru-guru pengiring yang telah bersama-sama dengan kami sepanjang kem, moga Allah terus memberikan kekuatan untuk kita berdakwah dan melahirkan pelajar yang terbaik bukan sahaja dari segi akademiknya tapi yang paling penting adalah sahsiah diri mereka.
ANDA HEBAT!!!!!!
YES!!!!
HEBAT 1!!!!!
YES!!!!
HEBAT 2!!!!
YES YES!!!!!
HEBAT 3!!!!
YES YES YES SIRRR!!!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment