Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....Salam Kehebatan kepada semua peserta Kursus Motivasi Pelajar Hebat dari Sekolah Seni Johor Bahru yang mengikuti ceramah saya pada 6 Mac 2009 yang lepas yang bertajuk "Kemahiran Belajar Berkesan". Kelihatan anda semua bersemangat dan tekun terhadap apa yang disampaikan pada masa lebih kurang 2 jam. Serba sedikit pengalaman belajar yang telah saya kongsikan dengan anda antaranya teknik membaca pantas, teknik mencatat nota dan sedikit motivasi minda hebat. Walau apa juga teknik yang telah diberikan kepada anda, segalanya adalah terserah kepada diri anda sendiri untuk menyesuaikan dengan kemahiran belajar diri anda sendiri. Apa yang penting adalah anda sentiasa mengekalkan tahap disiplin yang tinggi di samping meletakkan diri anda sentiasa mempunyai Minda Fikir Hebat. Kehebatan diri setiap manusia adalah terletak setakat mana usaha yang dibuat olehnya untuk sentiasa berubah menjadi bertambah baik dari hari ke hari. Saya harap anda masih lagi mengingati rangkuman petua yang telah saya berikan pada sesi perkongsian ilmu tersebut iaitu sentiasa ceriakan diri anda dengan senyuman, berfikiran positif, berdisiplin dan sentiasa menjaga hubungan baik dengan Tuhan, Ibubapa, Guru, Masyarakat dan semua rakan-rakan anda. Akhirkata, semoga anda terus berjaya dalam apa juga bidang yang diceburi dan sentiasalah memiliki MINDA FIKIR HEBAT!!!!!!. Salam kehebatan dari saya, semoga JUMPA ANDA DI PUNCAK KEHEBATAN!!!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment