Assalamualaikum dan Salam Kehebatan pada semua...
Alhamdulillah, pada 28 Jun 2009 yang lalu, TMFH telah berpeluang untuk bersama-sama dengan pelajar dari Sekolah Agama Permas Jaya, Johor Bahru dalam program sehari Kem Pemimpin Hebat yang diadakan di perkarangan sekolah ini. Program yang berobjektif utama untuk memberikan pendedahan awal kepada murid-murid di tahun 4-6 mengenai asas untuk menjadi pemimpin yang Hebat. Program yang menggunakan pendekatan 'Smart Leadership Training' ini menggabungkan unsur pengajaran, pembelajaran dan berhibur secara positif dan menyeronokkan. Program ini menekankan latihan menjadi pemimpin yang diberikan melalui aktiviti-aktivit yang dijalankan untuk menguji minda, kreativiti, kekuatan fizikal dan mental semua peserta program ini.
Walaupun progam cuma sehari, semua peserta telah menujukkan satu kesungguhan yang terbaik sepanjang program ini berlangsung. Mereka telah melakukan semua cabaran yang telah diberikan dengan penuh kesungguhan untuk mencapai kejuaraan yang diinginkan oleh kumpulan mereka. Sekalung tahniah saya ucapkan kepada ketua kumpulan 5 dan semua ahli kumpulannya kerana telah bergelar KUMPULAN JUTAWAN dengan menjuarai kategori KUMPULAN TERBAIK KESELURUHAN....TAHNIAH!!!. Bagi kumpulan-kumpulan yang lain, walaupun anda tewas dalam program ini, tetapi anda juga telah menunjukkan kesungguhan untuk berjaya. Apa yang penting adalah anda semua perlu terus mengekalkan semangat untuk menjadi pemimpin yang HEBAT pada satu hari nanti. Teruslah belajar untuk menjadi Pemimpin Hebat dan semailah perasaan ikhlas dan bertanggungjawab terhadap amanah yang sedang ada bawa sekarang. Program ini telah mengajar anda semua bahawa pentingnya anda menjaga amanah yang diberikan dan sentiasa bertanggungjawab dan berdisiplin terhadap apa juga yang anda lakukan.
Akhir kata dari saya, teruskanlah berusaha menjadi PEMIMPIN HEBAT dan sentiasa ada MINDA FIKIR HEBAT. ANDA HEBAT!!!!! YES....HEBAT 1!!!!! YES HEBAT 2!!!!!! YES YES HEBAT 3!!!!! YES YES YES SIR!!!!!!!....Salam Minda Fikir Hebat.
No comments:
Post a Comment