Assalamualaikum dan Salam Kehebatan...
DI KESEMPATAN INI, SAYA, TN HJ NOR AZLAN BIN HJ SARMUDAN MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA IDUL FITRI MINAL IDIL FA IZIN MOHON MAAF DI ATAS SEGALA KESALAHAN DAN KESILAPAN YANG TELAH SAYA LAKUKAN SAMA ADA SECARA SENGAJA ATAU TIDAK. SAYA JUGA MENGHALALKAN SEGALA ILMU YANG TELAH DIBERIKAN KEPADA SEMUA PIHAK YANG PERNAH BERSAMA-SAMA DALAM PROGRAM BERSAMA SAYA SEJAK TAHUN 1997 HINGGA SEKARANG. SAYA JUGA MOHON KEHALALAN ATAS SEGALA MAKAN MINUM ATAU APA-APA JUGA YANG TELAH SAYA TERAMBIL TANPA KEBENARAN DARI ANDA SEMUA. SESUNGGUHNYA, SEGALA KEHEBATAN DAN KEBIJAKSANAAN ITU ADALAH MILIK ALLAH DAN SAYA HANYA SEBAGAI PENYAMPAI KEPADA ILMU YANG TELAH DIANUGERAHKAN-NYA KEPADA SAYA.
BUAT SEMUA WARGA TEAM MINDA FIKIR HEBAT, TERIMA KASIH ATAS SEGALA SOKONGAN DAN BANTUAN YANG DIBERIKAN KEPADA SAYA SELAMA INI. TANPA ANDA SEMUA, TIADALAH SAYA BERADA DI TAHAP INI. MOGA ALLAH TERUS MEMBERIKAN KEKUATAN KEPADA KITA UNTUK MENERUSKAN PERJUANGAN INI.
BUAT SEMUA PESERTA YANG PERNAH MENGIKUTI PROGRAM DI BAWAH KENDALIAN SAYA SEJAK DAHULU LAGI, INGATLAH PESAN SAYA SELALU, ANDA BERHAK UNTUK BERJAYA, ANDA BERHAK UNTUK HEBAT DAN ANDA BERHAK UNTUK MENIKMATI HIDUP SEBAGAI ORANG YANG HEBAT. JANGANLAH SIA-SIAKAN PELUANG YANG DIBERIKAN KERANA IANYA DATANG HANYA SEKALI. TERUSKANLAH UNTUK BERUBAH KERANA SEBAIK-BAIK MANUSIA ADALAH MEREKA YANG HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM DAN HARI-HARI MENDATANG LEBIH HEBAT DARI HARI-HARI SEBELUMNYA. KENANGAN BERSAMA ANDA ADALAH KENANGAN AMAT MANIS BAGI DIRI SAYA.
SEMOGA KEHADIRAN SYAWAL TAHUN INI AKAN MEMBUKA LEMBARAN BARU DALAM HIDUP KITA SEMUA AGAR SENTIASA MUHASABAH DIRI DAN BERAZAM UNTUK MENJADI HAMBA ALLAH YANG TERBAIK DAN TERHEBAT. AMINNNN
3 comments:
assalamualaikum...saya nur shahirah pelajar ting. 3 MRSM Pontian ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin kepada Tn.Hj.Norazlan & semua fasilitator Team Minda Fikir Hebat......semoga pelajar tingkatan 3 MRSM Pontian mendapat 100% 8A dalam PMR 2009....Aminnnn...
walaikumsalam dan terima kasih atas ucapan dan ingatan adik shahirah dan semua pelajar tingkatan 3 mrsm pontian pada kami di TMFH....kami sentiasa mendoakan kejayaan anda semua dalam PMR...bukitkanlah yang anda adalah terHEBAT kerana anda berada di tempat yang HEBAT dan diajar oleh guru-guru yang HEBAT....
salam.saya syed mohd amirul mengucapkan salam lebaran buat abang lan.
Post a Comment