Assalamualaikum dan Salam Kehebatan pada semua...
Pada 29-31 Januari yang lepas bermulalah perjuangan warga TMFH untuk tahun 2010 ini. Tahun ini bermula dengan program Motivasi Jatidiri Hebat yang telah dijalankan untuk peserta seramai 45 orang dari SMV Tanjung Puteri Johor Bahru yang dahulunya dikenali sebagai SMT Tanjung Puteri Johor Bahru. Walaupun hampir 2 minggu program ini berlangsung, namun saya masih lagi dapat merasakan kesannya kerana jauh dilubuk hati saya sentiasa mendoakan agar semua peserta yang mengikuti program ini mendapat menafaat yang terbaik serta mengotakan segala janji-janji yang telah mereka buat semasa program tersebut berlangsung. Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terimakasih kepada pihak penganjur iaitu PIBG SMV Tanjung Puteri khususnya kepada En. Halim dan ahli jawatankuasanya kerana telah berinisiatif untuk menjalankan program ini. Saya yakin, dengan niat yang ikhlas dan kudus, Insyaallah objektif program ini akan tercapai.
SEMUA ORANG BERHAK BERUBAH!!!! Demikianlah slogan yang saya dan rakan-rakan di TMFH gunakan untuk program kali ini. Perubahan diri adalah hak individu. Tiada siapa pun yang boleh menghalang setiap manusia untuk berubah kecuali dirinya sendiri. Allah sendiri telah berfirman bahawa "Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu kecuali mereka sendiri yang mengubahnya". Ini menunjukkan, setiap perubahan mestilah dimulakan dengan diri sendiri. Saya harap, semua peserta yang telah mengikuti program tersebut bertanya pada diri anda sendiri : "BILA AKU AKAN BERUBAH??", "BILA AKU NAK MULA UNTUK BERUBAH MENJADI LEBIH BAIK DARI SEBELUM INI". Berbagai petua dan cara telah saya kongsikan bersama ketika program tersebut dan saya amat berharap agar semua peserta mengambil sedikit iktibar dari kisah-kisah yang telah saya bawa dan ingatkan segala harapan-harapan yang disandarkan oleh semua orang yang ingin melihat kejayaan diri anda pada masa kini dan pastinya pada masa akan datang. KITA TIDAK MAMPU MELIHAT MASA HADAPAN TETAPI APA YANG KITA LAKUKAN SEKARANG INI AKAN MENCERMINKAN MASA HADAPAN KITA. Marilah kita sama-sama berfikir untuk menjadi orang yang HEBAT DIRI DAN FIKIRANNYA.
Akhirnya, saya dan rakan-rakan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peserta dari SMV Tanjung Puteri kerana telah memberikan kerjasama yang TERBAIK kepada kami sepanjang program ini berlangsung. ANDA MEMANG HEBAT DAN ANDA MEMANG BERHAK HEBAT!!!!!!! TERUSKAN BERUBAH!!!!
4 comments:
mana anak gadis smv tj puteri? hm, rindu nk kem dgn kwn2.
tak der ler student pompuan dalam kem tu...semua lelaki je..mungkin akan datang kot..apappun, setiap kali sy berprogram dengan skola SMT Tanjung Puteri, memang hapening krn diaorg sporting sgt...moga berjumpa lagi nt...
hehe. insyaA.
semuga kursus yg dijalani menguatkan jiwa utk menempuh hari2 mendatang, sukses selalu tq
Post a Comment