Tuesday, March 9, 2010

KEM PERKASA DIRI REMAJA LELAKI MALABAR MUSLIM NEGERI JOHOR

Assalamualaikum dan Salam Kehebatan buat semua...














Pada 27-28 Februari 2010 yang lepas, saya dan warga TMFH (Ust Halim, Syahir, Jaafar dan Soleihin) telah berpeluang untuk bersama-sama seramai 60 orang remaja lelaki malabar muslim dalam program yang dipanggil Kem Perkasa Diri Remaja Lelaki Malabar Muslim Negeri Johor bagi zon selatan.



















Sepanjang 2 hari bersama-sama mereka, banyak kenangan terindah telah kami perolehi di samping perkongsian pengalaman dan ilmu mengenai pembentukan sahsiah diri yang mantap untuk membentuk modal insan yang berguna pada masa akan datang. Secara keseluruhannya, melalui soal selidik yang telah kami baca dari semua peserta, rasa kesedaran mengenai tanggungjawab diri telah mula terbit di dalam jiwa mereka untuk berubah menjadi insan yang lebih baik lagi berbanding sebelumnya. Input yang diberikan secara latihan fizikal, ujian ketahanan mental dan pengisian kerohanian telah diberikan dengan pendekatan santai dan mampu diikuti oleh semua peserta.

Alhamdulillah, saya bersyukur kehadrat Allah kerana telah memberikan kami kekuatan dan kesihatan yang baik untuk menghabiskan program ini dengan berjaya dan memuaskan hati pihak penganjur. Sekalung terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak Jemaah Malabar Muslim Negeri Johor khususnya kepada Pn. Fatimah dan En. Moideen kerana telah memberikan kami peluang untuk mengendalikan program ini. Sesungguhnya segala kesempurnaan yang berlaku sepanjang program ini adalah milik Allah dan kami hanya dipinjamkan ilmu yang amat sedikit ini untuk disampaikan kepada semua peserta. Sama-samalah kita berdoa agar semua janji yang telah dilafaskan oleh peserta program akan menjadi kenyataan yang akan menjadikan mereka orang yang lebih baik pada masa akan datang. Sekalung penghargaan dan terima kasih buat semua yang terlibat dalam melancarkan perjalanan program ini. Sesungguhnya hanya Allah yang mampu membalas segala budi dan jasa anda semua. Jumpa lagi di program yang akan datang.

ANDA HEBAT!!!! YES!!! HEBAT SATU!!!!YES...HEBAT DUA!!!! YES YES!!!! HEBAT TIGA!!!! YES YES YES SIRR!!!!

No comments:

KEM PEMIMPIN HEBAT 2009 - SEKOLAH AGAMA SENAI UTAMA

KENANGAN BERSAMA PELAJAR SMP 4 SRI PINANG, INDONESIA

KURSUS EKSPLORASI KEPEMIMPINAN PEMIMPIN SMK TASEK UTARA 2009

KURSUS KEMAHIRAN BERPERSATUAN - SMKSETA 2009

PROGRAM INTEGRASI PESERTA PLKN SIRI 6 KUMPULAN 1 2009 - KEM WARISAN MASJID TANAH, MELAKA

KEM PEMIMPIN HEBAT 2009 - SEKOLAH AGAMA TAMBATAN TINGGI

KURSUS JURULATIH MODUL INTEGRASI PLKN SESI 1 2009

KURSUS INTENSIF LEPASAN SPM 2008 - KOLEJ SAL JB

MOTIVASI MINDA FIKIR HEBAT BERSAMA SEKOLAH AGAMA KOPOK BARU

KENANGAN TERINDAH KEM PENGGUGAHAN KENDIRI SMK TASEK UTARA 2008

MEMORI KEM IHYA' RAMADHAN 2008

Bersama Fasilitator Kem Ihya Ramadhan

Bersama Fasilitator Kem Ihya Ramadhan
Jasamu Tetap Dikenang

Kem Minda Fikir Hebat

Kem Minda Fikir Hebat
kenangan bersama Sekolah Sri Johor Bahru