Thursday, November 13, 2008

KEM MOTIVASI MFH PENGGUGAHAN KENDIRI 2008 - SMK TASEK UTARA











Assalamualaikum dan Salam Kehebatan...
Sedia...Yes Sir....Siapa Anda....Pelajar Hebat....Dari Mana....SMK Tasek Utara...Satu...Yes...Dua..Yes Yes..Tiga...Yes Yes Yes Sir....Masih ingat tak lagi laungan semangat ini. Laungan ini yang telah anda zahirkan dengan penuh semangat sewaktu kem yang dijalankan pada 10-11 November 2008 yang lepas. Kenangan indah kami bersama-sama anda dalam kem ini amat bermakna kerana anda semua telah menunjukkan perubahan sikap yang positif untuk menjadi pelajar yang Hebat, Hebat dalam akhlak, tingkahlaku, pertuturan, perbuatan dan akhirnya berazam untuk cemerlang dalam peperiksaan. Segala pembelajaran yang telah anda perolehi sewaktu kem ini kami harapkan dapat digunakan dengan cara yang terbaik. Dalam kem ini anda telah belajar bagaimana perlunya semangat yang tidak mengenal erti putus asa untuk mencapai sesuatu kejayaan. "NEVER EVER EVER GIVE UP". Anda telah membanggakan kami dengan telah melaksanakan segala tugasan yang telah diberikan secara Hebat dan cekap. Ini menunjukkan bahawa dalam diri anda mempunyai potensi diri untuk menjadi orag yang Hebat satu hari nanti.

Adik-adik semua, ibubapa dan guru merupakan orang yang bertanggungjawab untuk membentuk diri kita menjadi manusia yang Hebat. Kenangilah semua pengorbanan dan jasa yang telah mereka curahkan kepada anda selama ini kerana tiada seorang ibubapa atau guru yang ingin melihat kehancuran hidup anda pada masa hadapan. Tanamkan sikap sayangkan mereka dan hadiahkanlah kejayaan anda nanti kepada mereka dengan perasaan bangga dan buktikan segala anggapan negatif guru anda di sekolah sebagai satu cabaran kepada diri anda menjadi insan yang Hebat. Buktikanlah!!!!!!!!!!!!!!!!

Akhirnya, semoga anda terus berusaha menjadi orang yang Hebat kerana anda dilahirkan dengan segala keHebatan itu. Salam Ingatan dari kami dan jumpa anda di puncak KEHEBATAN. Hebat di Dunia Terhebat Di Akhirat..

2 comments:

Anonymous said...

motivasi ni mmg best & dpt menyedarkan sesiapa yg hatinya keras, tapi ingat, tak semua akan sedar jika pintu hatinya terlalu keras dan hitam. kenangan terindah dlm form 2! Asalamualaikum

alet said...

kem yang bertapak di tiram indah village ini memang sesuai untuk budak nakal.budak nakal boleh berubah kepada baik.macam saya

KEM PEMIMPIN HEBAT 2009 - SEKOLAH AGAMA SENAI UTAMA

KENANGAN BERSAMA PELAJAR SMP 4 SRI PINANG, INDONESIA

KURSUS EKSPLORASI KEPEMIMPINAN PEMIMPIN SMK TASEK UTARA 2009

KURSUS KEMAHIRAN BERPERSATUAN - SMKSETA 2009

PROGRAM INTEGRASI PESERTA PLKN SIRI 6 KUMPULAN 1 2009 - KEM WARISAN MASJID TANAH, MELAKA

KEM PEMIMPIN HEBAT 2009 - SEKOLAH AGAMA TAMBATAN TINGGI

KURSUS JURULATIH MODUL INTEGRASI PLKN SESI 1 2009

KURSUS INTENSIF LEPASAN SPM 2008 - KOLEJ SAL JB

MOTIVASI MINDA FIKIR HEBAT BERSAMA SEKOLAH AGAMA KOPOK BARU

KENANGAN TERINDAH KEM PENGGUGAHAN KENDIRI SMK TASEK UTARA 2008

MEMORI KEM IHYA' RAMADHAN 2008

Bersama Fasilitator Kem Ihya Ramadhan

Bersama Fasilitator Kem Ihya Ramadhan
Jasamu Tetap Dikenang

Kem Minda Fikir Hebat

Kem Minda Fikir Hebat
kenangan bersama Sekolah Sri Johor Bahru