Tuesday, March 17, 2009

KURSUS EKSPLORASI KEPEMIMPINAN PEMIMPIN 2009 - SMK TASEK UTARA











Assalamualaikum dan Salam Kehebatan buat semua...




Kursus Eksplorasi Kepemimpinan Pemimpin 2009 SMK Tasek Utara Johor Bahru....Hebat kan nama kursus tu. Terlebih dahulu saya dan semua rakan TMFH ingin mengucapkan TAHNIAH kepada semua peserta yang mengikuti kursus tersebut dengan begitu cemerlang dan HEBAT. Memang ada semua Hebat belaka kerana dapat melaksanakan segala tugasan dan aktiviti yang diberikan dengan Hebat dan penuh semangat kerjasama. Masihkah anda ingat mengenai aktiviti antaranya Lubang Maut, Satu Straw, Kembara Hebat, Pengucapan Awam, Explorace Juara dan Deal or No Deal di samping aktiviti-aktiviti lain seperti Senyum 3, Sorak Hebat dan Tepuk Hebat di samping Ceria Pagi dan Kuliah Maghrib dan Subuh. Berbagai pengalaman telah anda perolehi semasa program tersebut yang kesemuanya dibuat khas untuk mengilap bakat kepemimpinan anda seperti pengalaman untuk menguatkan pengaruh, teknik menegur orang lain, teknik berkomunikasi dan teknik membina pasukan hebat. Kursus 2 hari memang tak cukup untuk kami memberikan berbagai pengalaman secara mendalam dalam kepemimpinan anda tetapi diharapkan segala yang telah diperolehi dalam kursus ini akan dijadikan sebagai panduan untuk anda memimpin orang lain khususnya di sekolah.




Terima kasih yang terhebat kami ucapkan kepada pihak sekolah SMK Tasek Utara kerana telah memberikan sepenuh kepercayaan untuk melaksanakan modul 'Experimental Learning' yang telah dirangkakan. Terima Kasih juga kepada semua peserta pemimpin dari SMK Tasek Utara kerana telah memberikan kerjasama yang terbaik kepada saya dan kami di TMFH bagi memastikan program ini berjalan dengan lancar. Insyaallah, kita akan berjumpa pada satu hari nanti dalam keadaan yang lebih Hebat lagi. JUMPA ANDA DI PUNCAK KEHEBATAN!!!!!!

3 comments:

Anonymous said...

cikgu ingat x saya dari smk tasek utara????boleh x saya nak n0 cikgu???
CAYALA BUDK TASEK

norazlansarmudan said...

Salam Kehebatan...saya sentiasa ingat anda semua. Peserta program smk tasek utara yang paling sporting dan happening. Kalau anda ingin hubungi saya, boleh kita berurusan dengan email ye di norazlansarmudan@yahoo.com. Moga pertemuan tempohari bukanlah yang terakhir bagi kita semua. Salam Pemimpin Hebat

Anonymous said...

nice blog.bykkan lagi koleksi gmbar2. - ikhlas dari peminat cikgu..-frm pulau pinang with lovee---

KEM PEMIMPIN HEBAT 2009 - SEKOLAH AGAMA SENAI UTAMA

KENANGAN BERSAMA PELAJAR SMP 4 SRI PINANG, INDONESIA

KURSUS EKSPLORASI KEPEMIMPINAN PEMIMPIN SMK TASEK UTARA 2009

KURSUS KEMAHIRAN BERPERSATUAN - SMKSETA 2009

PROGRAM INTEGRASI PESERTA PLKN SIRI 6 KUMPULAN 1 2009 - KEM WARISAN MASJID TANAH, MELAKA

KEM PEMIMPIN HEBAT 2009 - SEKOLAH AGAMA TAMBATAN TINGGI

KURSUS JURULATIH MODUL INTEGRASI PLKN SESI 1 2009

KURSUS INTENSIF LEPASAN SPM 2008 - KOLEJ SAL JB

MOTIVASI MINDA FIKIR HEBAT BERSAMA SEKOLAH AGAMA KOPOK BARU

KENANGAN TERINDAH KEM PENGGUGAHAN KENDIRI SMK TASEK UTARA 2008

MEMORI KEM IHYA' RAMADHAN 2008

Bersama Fasilitator Kem Ihya Ramadhan

Bersama Fasilitator Kem Ihya Ramadhan
Jasamu Tetap Dikenang

Kem Minda Fikir Hebat

Kem Minda Fikir Hebat
kenangan bersama Sekolah Sri Johor Bahru